Saturday, 10 March 2018

Akaun SPM D, Universiti? A- ?!!!

Asalamualaikum.

Semoga korang semua berada dalam keadaan baik. Hari ini ada terdetik nak kongsi tentang pengalaman aku tentang prinsip perakaunan. Nak dijadikan cerita, walaupun aku suka nak belajar Prinsip Perakaunan di sekolah, tetapi ada satu barrier yang membuatkan aku rasa aku tak boleh nak get along dengan subjek ini.

and i don't even know why.

Tup tap tup tap peperiksaan SPM aku dapat gred D dalam Prinsip Perakaunan. Alhamdulillah lulus. Itu sahaja yang aku nak hahaha. (ye la tu). Jadi, selepas SPM aku masuk KUIS stand for Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Di situ aku ambil kos Diploma Islamic Banking

Bila sebut sahaja Islamic B-A-N-K-I-N-G mestilah tak lari daripada akaun bukan?. Huwaaa. Masa itu hanya Allah sahaja tahu betapa perasaan risau, gelisah, tidak tentu arah menjelma dalam diri aku. Aku takut aku tak boleh nak bawa. Sudahla baru Sem 1, macammana dengan carrymarks semua? Kalau aku gagal subjek business accounting ini mestilah akan memberi effect kepada CGPA aku!

I cried.

Subjek Business Accounting paling aku risau!. Hari pertama kelas Business Accounting, belajar basic account. I know it's basic but since my gred Prinsip Akaun SPM is terible, i don't have strenght to move on. Malam itu, aku tanya Kak Farah dan Kak Anati (dua-dua degree islamic banking). Aku tanya semua perkara, buat latihan walaupun 1 soalan. Walaupun tak belajar lagi aku rasa aku ada tanggujawab untuk belajar. Belajar. Belajar. Belajar.

Kerana kalau tidak belajar sekarang?. Bila lagi?. 

Hari semakin hari aku rasa tetibe senang pula Prinsip Perakaunan ini. Walaupun dalam bahasa Inggeris. Bersyukur sangat kepada Allah diberi kefahaman. Kalau tanya tentang latihan apa yang aku buat, jangan cakap! semua latihan aku nak buat. Dari latihan past year Business Accounting KUIS, sehinggalah latihan politeknik (kawan aku di politeknik bagi aku latihan). 

Hari berganti hari, tibalah waktu peperiksaan sem akhir. Alhamdulillah aku boleh jawab. Sebenarnya carrymarks juga membantu aku. Aku terkejut aku mendapat 92% dalam test Business Accounting. Dari situ aku mendapat kekuatan. Aku mendapat semangat. Untuk terus belajar belajar belajar.

Tiba hari pengumuman peperiksaan di web pelajar. Pertama sekali aku tengok markah Business Accounting. (nampak tak keobsessannya account ini hahaha). Alhamdulillah A-. Bayangkan kau dapat D pada waktu SPM. Masa itu terharu sangat sampaikan tak boleh nak nangis. (huhu). 

Jadi pengajarannya di sini adalah.
Jangan putus asa belajar.
Jangan putus asa belajar.
Jangan putus asa belajar.

Banyak buat latihan.
Rapat dengan pensyarah.
Ulangkaji.
Kurangkan ada masalah kawan. Bersangka baik.
Kalau ada orang ingin menjatuhkan kita, biarkan
Love yourself.

Tribute untuk kawan-kawan aku yang banyak beri dorongan.
Ibubapa yang menjadi tulang belakang.
PTPTN yang membuatkan aku lebih struggle untuk belajar.

Korang pun jangan putus asa tau nak capai impian korang!.

----------------------------
Alhamdulillah sekarang aku berada UiTM Kampus Puncak Alam. Bukan lagi di KUIS. (sempat 1 Semester). Mengambil jurusan Diploma Mumalat (sama sahaja dengan Islamic Banking.) Subjek ofcourse lah lain-lain kan. 

Sekarang sebenarnya aku tengah stress tentang subjek Business Math. Hahaha. Tetapi aku teringat pengalaman aku dengan Business Accounting. That's why aku tak boleh putus asa! kalau aku boleh buat untuk Business Accounting, kenapa tidak kepada Business Math bukan?.

Nurul Najihah Chaiyok! Business Math!!! mari sini kau aku kerjakan!!!.

5 comments:

  1. Fighting!!! Betul lah, salah satu perkara yang sangat membantu adalah bila kita rapat dengan pensyarah lagi lagi bila dekat universiti :) sebab dorang punya pendedehan lagi dahsyat ._.

    ReplyDelete
  2. hehehe.. teringat masa study dulu2.. berlumba2 dgn kawan2 nak buat akaun jadi balance.. hehehe.. satu kelas riuh dgn bunyi kalkulator.. haha

    ReplyDelete
  3. hehehe
    teringat pula zaman SPM dari ujian sampai trial mat mod tak pernah lulus...gagal memanjang
    keluar result dapat A2
    lega
    heheh

    ReplyDelete
  4. chaiyokkk dear ! mse spm aff takde ambik perakaunan tp msuk unikl ade sbjek akaun. hamekaw. terkontang kanting and alhamdulillah kwn2 bantu. jgn give up dear. u can do it ! :D

    ReplyDelete
  5. thank you for sharing this, rasa macam bersemangat sikit nak amik result esok, key dia, jangan putus asa!

    ReplyDelete