Hari ini first day masuk semeseter 1. Arghhh. Pagi tadi Najihah dan kawan-kawan terkesima. Terkesima bukan kerana ternampak beruk (walaupun Tasha dan Putri dah kena kejar beruk). Kami terkejut ramai sangat pelajar pada waktu pagi itu! hahaha
Bukan apa, pelajar sem lepas, cuti sebulan. Tapi masa mereka cuti kami pelajar interim belajar!. Belajar dengan tenang kerana percaya atau tidak kami sahaja yang ada di situ. Seamai 100 orang pelajar Diploma Muamalat dan Diploma Pengurusan Halal sahaja yang belajar bulan lepas.
So sekarang semua pelajar sudah balik ke kolej dan teruskan pembelajaran seperti biasa.
Apa-apapun, dah ramai macamni rasa penuh sahaja bila nak beli makanan di kafe Angsana. Alhamdulillah dapat makan Nasi + Telur Masak Kicap (RM2.50). Tapi makan tidak berhenti di situ sahaja!.
Aku makan Roti Kopi + Pizza yang mak Tasha buat. Tambah lagi dengan biskut yang aku bawa dari rumah.
Mak Tasha buatkan Pizza untuk semua housemate.
Tolonglah bertahan untuk Sem 1 hahaha. Aku si Hantu Biskut
BY: 16 NUR SABRINA
Makanan itu penting ok. Ini Najihah kongsikan lagi nasihat kawan aku di UiTM Machang. Terima kasih Nana!. Aku ada baca kalau nak belajar dengan elok/cerdas/ok perlu makan pagi. Jangan skip breakfast. Sebab tenaga itulah yang akan bantu otak untuk memerah dan mengingat apa yang dibelajar. Apa-apapun fighting!
7 comments:
okay pizza tu nampak sedap
betul tu, pepagi jangan biar perut kosong. Dulu masa study beli biskut dengan susu kotak so sambil tunggu bas sambil breakfast. Anyway pizza tu sedapnya!
petang petang gini duduk kat opis tgk apa semua lapar hahaa
Hehe
Wahhh biskut adaah makanan yang diperlukan masa belajar ini! Pizza homemade itu - bak kata Tasha (mak tasha buatkan pizza)
Hehe sabar...sabar...
terbaek.. hidup sbg student kene pandai jimat cermat.. ehehe
Post a Comment