Saya gembira...

Asalamualaikum.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah kerana diberi peluang untuk menulis lagi. Hari ini saya sangat sangat gembira (mode aku bertukar ---> saya) Kenapa? Jangan tanya. Saya pun tak tahu kenapa hahaha.

Saya gembira kerana semangat belajar saya kembali lagi setelah hampir seminggu hilang tanpa dikesan.

Saya gembira kerana kek coklat yang saya tidak mampu beli pagi tadi kerana habis diganti dengan kek pisang yang sedap alhamdulillah.

Saya gembira kerana saya sudah meluahkan perasaan sedih saya kerana tidur selepas subuh kepada ibu tercinta dan berusaha untuk tidak mengulangi perbuatan sebegitu lagi. Sis cuba.

Saya gembira kerana saya dapat semangat untuk menulis blog lagi

Saya gembira kerana saya download game tap tap fish yang sangat menarik untuk main pada waktu petang.

Saya gembira kerana Safura (housemate) jumpa terjemahan Kitab Iman kerana saya sudah tidak perlu translate kitab aqidah yang bahasanya dalam bahasa arab satu persatu. Sudahlah esok kena bentang. Tak apa. Jangan kacau mood saya. Saya sedang gembiraaa. (Senyum gigi mata buntang.)

Saya gembira kerana dapat tahan nafsu saya untuk tidak tengok korean drama hari ini kerana hari ini saya perlu study. Bersyukur sangat kerana saya ini kan hantu drama.

Saya gembira kerana saya sudah gosok tudung dan baju untuk 3 hari berturut-turut. Walaupun tudung yang saya gosok itu kedut. Saya tetap gembira. (tahan marah)

Saya gembira kerana malam ini malam yang dimakbulkan doanya. Maka marilah kita semua berdoa sama-sama. Jangan lepaskan peluang ini.

Jom doa dan lakukan amalan soleh yang lain!!!

3 comments:

  1. wahhh, seronoknya awak hari semalam. hari ni macam mana? moga di permudahkan segala urusan hari ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah hari ini bertambah gembira!

      Delete
  2. semoga nikmat kegembiraan terus berpanjangan :D have a nice day! ^^

    ReplyDelete

Baca lagi :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...