Sunday, 29 April 2018

Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa


click sini untuk join
3/4/2018 ------------- 3/5/2018

ITS TIME FOR A GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI





Its Time For A Giveaway By OmbakBergigi bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 24 April 2018 sehingga 11.59 malam 8 May 2018. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 5 pemenang bertuah dicari. Hadiah berupa ole-ole fridge magnet dan keychain (will upload soon).

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Ombak BergigiAdd To Circle Google+ Ombak Bergigi, dan Follow Instagram @ombakbergigi (jika ada)
  2. Buat entri bertajuk ITS TIME FOR A GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen 
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 8 May 2018.

Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah manual dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 8 May 2018.

** support I ya.....




Giveaway Saya Nak Menang Buku Terbaru Teme

Nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Menaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangggggg



Eh lupa. Asalamualaikum kembali lagi, saya Peguam Nurul Najihah.
Hari ini ada satu kes yang penting untuk dibicarakan dalam Makhamah Little Light Of Mine. Jadi saya harap anda semua boleh tarik nafas dan hembus kerana ada satu giveaway yang sangat sangat sangat saya harap untuk menang. (tak habis-habis menang...menang..MENANG APA????!)

Baiklah sabar...sabar para penonton sekalian. Makhamah ini akan beritahu kes yang akan dibincangkan sekarang juga!.

Iaitu Giveaway Saya Nak Menang Buku Terbaru Teme oleh S.K.
Kalau korang nak join cepat cepat join. Kerana saya! dengan hujah mantap saya ini (ececece) akan memperkuatkan lagi alasan MENGAPA SAYA PERLU MENANG BUKU TERBARU TEME.

Join di sini ya...ahli dewan sekalian. ----->  SINI ataupun boleh tekan gambar je senang.

MENGAPA?
MENGAPA NAJIHAH PERLU MENANG?
KENAPAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!?

Hujah yang pertama adalah.

  1. Saya dah Follow blog SK (https://stnrsyfh.blogspot.my/) lama dah. Saya juga follow twitter @capiyayaa dan! dan! Instagram @sitinur_syafiah. 
  2. Kedua...para dewan sekalian, kedua! Saya mungkin tak dapat pergi PBKL walaupun kaki saya mahu menjejakkan di PBKL. Kerana apa? kerana saya ada kelas ahli dewan sekalian...kelas! dan juga banyak pakai duit kalau nak pergi. Saya pun student lagi huhu.
  3. Yang ketiga! ketiga! ahli dewan sekalian. SAYA JELES wahai ahli dewan sekalian... jeles! kerana semalam Teme sendiri turun padang sign untuk orang yang beli buku dia. Saya yang di kolej ini terkebil-kebil tengok hp ramai kawan-kawan ambil gambar dengan Teme. JUMPA DALAM LIF PULAK ITU! Bestnyaaaa!!!!
  4. Saya ini peminat Buku Teme Abdullah. Lagi-lagi buku pertamanya. Saya dah ada buku Pelukis Jalanan, Arkitek Jalanan dan! buku Lukisan juga!. Saya dah ada! Jadi kalau diizinkan, saya nak nak nak nak nak nak nak nak nak nak nak nak nak sangat BUKU TERBARU TEME.
  5. Kalau bukan saya siapa lagi? kannnnnnn. (ok ini bajet hahaha jk)
Itulah hujah-hujah saya. Saya harap kemenangan berpihak pada saya. Sob..sob...

#untunglasiapayangdapatjumpateme.

#4 Korang post apa hari ini? Share lah link di comment supaya Najihah baca...


Saturday, 28 April 2018

Kenapa lawak + comel sangat abahku seorang ini?


Nak dijadikan cerita, ayah aku tak bawa kunci rumah dan buat video menggunakan Samsung 9+. Ada app macam muka kartun di atas. Sambil guna app itu abah minta bukakan pintu...hehe semoga Allah merahmati beliau selalu.

#3 Korang post apa hari ini? Share lah link di comment supaya Najihah baca...


Friday, 27 April 2018

Rasa beruntung tak belajar oversea

Asalamualaikum.

Bila dah baca tajuk mesti panas kan?. Apahal budak ini tiba-tiba beruntung tak belajar oversea. Padahal itulah impiannya sejak sekolah rendah. Kan pelik kan?. Meh aku cerita.
Mula-mula universiti yang aku nak pergi adalah Alexandria University di Mesir. Kenapa?. Sebab terpengaruh dengan sejarah Alexander yang dikatakan itu Zulqarnain dalam surah Al-Kahfi. Tetapi ada banyak pendapat di situ. Korang jangan tanya, aku memang suka gila-gila lah dekat tokoh yang bernama Zulqarnain ini. Kalau boleh, dekat pesta buku itu, semua pasal Zulqarnain aku nak beli.

ALEXANDRIA UNIVERSITY

Lepas itu, tahun bila entah, aku nak pergi Universiti Marmara kerana apa?. Terpengaruh dengan Allahyarham Ahmad Ammar yang menuntut di sana. Lagipun memang aku minat gila dengan sejarah turki. Bukan sepenuhnya pengaruh Allahyarham, tetapi ada banyak tokoh-tokoh seperti Muhammad Al-Fateh, Badiuzzaman An-Nursi juga tokoh liberal seperti Mustafa Kamal Atartuk. Sampailah habis SPM ada minat dan keinginan nak belajar luar negara di Turki.

MARMARA UNIVERITY
Dan tup tap tup tap masuk sekejap KUIS selama 1 semester. Alhamdulillah dapat pengalaman belajar di Universiti swasta. Alhamdulillah tetapi tak banyak sangat sejarah yang diajar di sini. Bagi aku la. Tetapi apa yang bestnya KUIS, diorang kebanyakannya buat program di dewan sejuk aircond, Best la juga. Banyak wayang bertemakan cerita islam, memang happening lah kalau buat program malam-malam dekat fakulti.

KOLEJ UNIVERITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

Dan...akhirnya dah ke Mesir, Turki semua itu. Boom! Aku belajar di UITM Puncak Alam. Dari segi ilmu memang aku bersyukur dan beruntung belajar di sini. 

UITM PUNCAK ALAM
Sebenarnya dah terlajak sungguh ini. Hahaha Baiklah aku bawa cerita ini ke jalan lurus.

credit : Zaid

Gambar di atas adalah gambar ustadku yang mengajar Aqidah Islamiyah. Namanya Ustad Dasuki. Dan! dan! dan! serius kalau dengar ceramah dari ustad Dasuki, memang tak cukup nak tulis hanya menggunakan 1 mukas surat! apa yang bestnya ustad selalu cerita tentang remaja+sejarah+ilmu akhir zaman. 

Belakang Britain ada siapa?
Kenapa Salaf dan Khalaf bergaduh padahal mereka ini memerlukan antara satu sama lain?.
Pandangan orang yang tidak beragama.
Siapa pembelot agama yang menjatuhkan Sultan Abdul Hamid ii?.
Berita di Malaysia pandang ke arah mana? Barat, timur, utara, selatan?
Siapa Sheikh Imran Hussein yang mengajar ilmu akhir zaman?.
Conference Freemasonly di Penang siapa yang hadir?.
Dalam Al-Quran, yakjuz dam makjuz hanya diceritakan 2 kali sahaja dalam AQ.
Kenapa ustad itu cakap ustad itu sesat?
dan sebagainya...
Mana Morsi?
Betulkan umat Islam akan bergabung dengan Rom yang dikatakan kristian ortodoks?
Boleh kita memakan daging sembelihan ahlul kitab?

Jadi, aku berfikir sejenak. Beruntung aku tak ke luar negara. Kerana apa? kerana aku akan dapat belajar agama menggunakan satu aliran sahaja. Padahal di sini aku belajar menggunakan semua aliran. Mazhab Shafie, Maliki, Hanafi dan sebagainya. Belajar aqidah dengan lebih mendalam. Bagi aku, sejarah dengan aku tak dapat dipisahkan. Aku suka gila gila gila sejarah.

Alhamdulillah. Walaupun cita-cita tidak kesampaian untuk belajar di luar negara di mana tempat sejarah islam berkembang, tetapi sebenarnya apa yang diri aku mahu sebenarnya bukanlah belajar di luar negara. Tetapi mahu ilmu sejarah. Serius aku rasa beruntung sangat Allah temukan aku dengan Ustad Dasuki ini. 

Apa yang aku nak adalah = SEJARAH ISLAM!.

#2 Korang post apa hari ini? Share lah link di comment supaya Najihah baca...



Thursday, 26 April 2018

#1 Korang post apa hari ini? Share lah link di comment supaya Najihah baca...


Lazada Birthday Festival Blogger Contest

Asalamualaikum.





First sekali, aku just nak ajak korang yang belum join Contest Lazada ini. Kalau korang new to dunia blog it's okay!. Seriously it's okay. Follower blog tak ramai tak apa. Join sahaja. Sebab mengikut pemerhatian aku, diorang ini tak pilih kasih. Aku pernah join masa aku mula-mula buat blog. Bayangkan follower hanya boleh dikira dengan jari tapi alhamdulillah menang  voucher dalam saguhati. See?. Kalau ada rezeki korang pasti korang menang. Asalkan korang bersungguh-sungguh dalam menulis. Menjawab soalan dan insyalallah kalau ada rezeki zoom! Voucher di tangan anda.
Kesimpulannya?.


Jom Join. Pendek dan padat bukan hahaha?!.

Saya ada kawan nama dia Ada,
Happy Birthday Lazada!

Ok, ok macam hambar sahaja pantun ini. 
Apa-apapun kalau korang ada nak buat parti hari jadi boleh tekan link di bawah kerana apa??? kerana ada Saleeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee


a. Which location would you pick for Lazada's birthday party?  

OK,OK i'm so exited~ Tempat yang aku akan pilih adalah Fish & Co Main Place. Sebab apa...? sebab memang sesuai pun untuk tempat birthday party!. Tempat itu boleh dijadikan tempat majlis Baby Shower, birthday party, dinner party, kids party dan sebagainya!

Jadi tak salah kalau aku nak jadikan location untuk Lazada Birthday Party! yeayyy. Dan salah satu sebab juga kenapa aku pilih tempat ini adalah kerana tempat ini memang dah sesuai dengan tema pilihan hati.



Menurut web VMO alamatnya di
LG-13, Ground Floor, Main Place, 
Jalan USJ 21/10, 
47630 Subang Jaya, 
Selangor, 
Malaysia

b. Choose a party theme and pick one or several products on Lazada to decorate the venue. 
So! Kalau aku diberi pilihan untuk tentukan tema warna Lazada. Aku akan pilih warna oren, biru, putih kerana itulah watermark Lazada. Warna inilah yang boleh jadi kemegahan dalam birthday festival nanti! Menarik bukan?!!!

Dan. Banyak sebenarnya produk hias-hias yang boleh kita guna dalam Lazada ini. Tapi kena pandai pilih dengan tema yang sesuai. Antaranya :

UNTUK PROP MAJLIS
1) Belon berbentuk nombor 6
Kenapa pilih belon nombor 6?. Sebab...Lazada mungkin akan menyambut ulang tahunnya yang ke-6!. Belon ini mungkin boleh letak di mana-mana sahaja. Boleh letak di pintu masuk, meja makan dan sebagainya!. 

2) Perlu ada PHOTOBOOTH!
Perlu sangat sangat sangat sangat ada photobooth!. Iyalah...mestilah kita mahu ambil gambar kenangan untuk disimpan jadi memori akan datang bukan?. So bila aku survey backdrop dalam Lazada ini, jumpalah backdrop seperti gambar di atas! menarik bukan!!! 

UNTUK DOORGIFT
1) Tupperware bewarna orange 
Biasanya, yang ramai pergi festival birthday ini orang perempuan. Dan perempuan/mommy's di luar sana pasti tak boleh dipisahkan dengan tupperware. I don't even know why...tapi apa-apapun tupperware bewarna oren memang sesuai dengan tema dan tupperware itu sendiri boleh beri manfaat juga. Boleh jadikan bekal anak-anak, letak kerepek dan sebagainya!.

Wahhh mesti cantik sahajakan tempat birthday nanti kalau ikut tema warna! Bestnyaaa...

2) Paperbag untuk anak-anak yang datang ke Lazada Birthday Festival.

Dalam paperbag ini boleh letak coklat-coklat Hershey's Kisses, Milo Energy Cube dan sebagainya! Tak payah susah-susah keluar beli di shopping mall kerana coklat-coklat itu pun ada dekat Lazada. Beli online sahaja mudah!. Tekan vroom vroom ting tong dah ada orang hantar di depan rumah anda.
Huwaaaaa nak ceklatttt ceklattttt!!!!
c. Which birthday cake will be served and which products on Lazada can help you prepare it? 
O-M-Gee. Cake! I love cakes!!!. So banyak cake yang aku berkenan untuk melengkapkan lagi birthday party ini. Oleh itu! 3 cake aku akan sediakan kerana of coarse la ramai orang datang festival ini, jadi cake pun kena lah cukup-cukup untuk semua yang hadir nanti!. Dan! cake pun kena perlu sama dengan warna tema! Omaigodd rasa nak nangis je. Mesti cantik tempat birthday nanti. Huhu...


So, tetiba lah korang dah siap buat kek seperrti dia atas dan hanya nak tunggu siap hias sahaja. Tiba-tiba! Ribbon biru untuk hias cake tak adaaaaaaa omaigoddddd ottokkeeeee. Jangan panik jangan risau jangan gelabah kerana Lazada ada penyelesaiannya. Beli online sahaja! mudah kan!



dTime to shine, pick your outfit on Lazada! 

Aku memang kena pakai jubah saiz budak-budak sebab memang saiz aku begitu. Huhu. Wahhh colour blocking tak? Tak kisah! asalkan kena tema birthday itu pun dah cantik. Tudung neelofar bewarna orange dan kasut dari Taobao pasti rock dipakai! Eiiii kalaulah majlis yang dirancang ini betul-betul terjadi...
What is a party without a guest?.
Nothing. 
Dalam dictionary google sendiri dah kata, 

MY INSTAGRAM = najihah_amzi
Jadi apa gunanya party tetapi tak ada guests?. Nak makan sensorang? Nak hias sensorang?. Jadi, perlulah korang jemput kawan lama ke, jiran datang ke parti. Dan orang yang akan aku jemput ke parti adalah 
INSTAGRAM + FACEBOOK FRIENDS.
Kawan lama di sekolah @Syamilaizam @nsbrnaaa @anisshhi @farinarazali @alifahhanin @asmabusyra @asyhazm. 
kawan di KUIS = @wmaisarah @farahsyahmansor @nurannati
Kawan di UITM @nr.hdayahhh @njhhrhim @sfrzmi @sflvnv @nrfarihatul @nat.shaaa
Ahli keluarga = @butter_athirah @alifmimzaiya @safiah_amzi 
Wehhhh kalau nak tulis semua orang memang sampai esok tak habis ini. So itu-itulah insan yang aku akan panggil kalau buat birthday party nanti.

Rasa nak cabut kaki naik tangga kejayaan UiTM Palam ini.

222 anak tangga tak silap aku.
Pagi nak pergi kelas, turun tangga. Nak balik rumah (kolej) naik tangga. Ish...penat penat! dengan bawa beg dan buku yang berat. Rasa nak pengsan sahaja. Tapi al-maklumlah, bila sampai kolej mana ada petang-petang nak pergi bersenam. Nak..jugak terperap dalam bilik. Jadi naik dan turun tangga adalah satu alternatif untuk badan yang sihat.

Kebaikan naik tangga ini ada banyak.
  1. Menguatkan otot.
  2. Mengurangkan stress
  3. Menurunkan berat badan
Dan, sebagainya. Oleh itu wajarlah Najihah diseksa dipaksa untuk menggunakan tangga ke kelas. Walaupun ada bas free, cuba-cubalah sedarkan diri yang badan itu perlukan senaman.

credit : Thank you

credit : Arigatoe

Sunday, 22 April 2018

Teman lelaki call. Senyum lebar aku dibuatnya.

Jumaat lepas pergi Pasar Seni dari KTM Sungai Buloh, dah bagitahu teman lelaki dah. Aku dan housemate pergi hanya nak buat Kad KTM. Tapi tup tap tup tap nak pergi KLCC nak teman kawan buat panyata CIMB Bank. Nak pergi KLCC sebab Jumaat dia buka lebih dari pukul 4...

Tapi, teman lelakiku tak tahu aku nak pergi KLCC...


Jadi aku dan housemate pergilah KLCC...woahhh harga kat situ memang ish ish mahal teruks. Ye la aku kan student lagi. Makan tengahari makan Nasi Lemak RM5.50. Sedap lah juga. (padahal Nasi lemak telur timun ikan bilis). Air tak beli...Lepas itu pergi Masjid Jamek. Part ini seram. Nanti aku cerita. Balik ke KL Central, hingga KTM Sungai Buloh. Naik Grab. balik!

Malamnya, aku post gambar KLCC. Dan...teman lelaki aku nampak. Pagi tadi baru dia call.
Dia tanya aku pergi macammana, naik apa, dan sebagainya. Sweet-sweet gitu.

Dan akhirnya sebenarnya teman lelaki itu adalah ayahku...April fool! Hahaha...


Friday, 13 April 2018

Throwback Feelings To KPOP

Dulu, masa aku budak baru nak up. Kpop adalah satu trend yang kalau tak tahu memang budak ini ketinggalan zaman lah. Aku pun pernah dikategorikan budak tolak kpop gara-gara aku tak tahu apa itu kpop. What...
Hahaha so ada la kawan aku tanya dia suka Lee Min Ho. Aku masa itu mana la tahu apa-apa. Balik rumah aku search siapa. Oh... Tapi masa itu memang tak tahu apa-apa lagi. Tingkatan 2 barulah aku tetibe minat satu group ini. Itupun kawan aku yang promote kan.

Iaitu INFINITE

Nampak tak pengaruh kawannya kat situ?. Daripada tak tahu tibe-tiba jadi tahu. That's why adik-adik yang kalau parents tak sokong tengok Kpop, korang jangan tengok. Cubala tengok Korean Drama. Hahahah ok ok gurau. Ala tengok boleh, tapi korang pandai pandai la nego nego dengan parents. Minta izin dulu ke...
Diorang first sebab nak suruh korang jaga hati. Al-maklumlah kpop kan lelaki dia encem-encem. Nanti dah encem tak boleh nak fokus belajar. kan?. Kan?. Kan?.


Ish..ish.. jaga hati jaga hati... Aku malu + sedar bahawa dulu memang aku tidak tidak tidak matang. Serius!. Tunggu musik video baru keluar, tunggu reality show keluar, tunggu datang Malaysia dan sebagainya. Tapi semua itu membuatkan aku faham macammana nak deal dengan kpop bagai.

Tapi korang percayalah, bila masuk U nanti dah akan kurang tengok drama, kurang tengok music video sebab sebab apa?. Sebab korang dah ada kesedaran. Kesedaran nak belajar bersungguh-sungguh. Nak dapat pointer tinggi. Nak gembirakan parents, Nak tolong meningkatkan ekonomi agama dan negara. Takdenya boleh habiskan drama dalam masa 2 hari berturut-turut.

So, nak minat kpop itu bersederhanalah. 

"Tapi kak, macammana kalau dia still tunggu music video dan boleh habiskan drama dalam 2 malam sahaja?"

Itu...

Kenapa Takut Untuk Ditegur? Dah Rasa Diri Ini Sempurna ke?

Presentation Akhlaq Islamiyah. Subjek wajib fakulti.

Macamnilah...Ustaz yang ajar Akhlaq ini pemikiran dia memang teliti. Aku tabik dengan dia. Kesalahan perkataan tak sesuai dengan ayat dia tegur. Kesalahan fakta ditanya. Sampaikan kita ini buat salah sikit sahaja, pun dia dapat tangkap. Hebat tak?. So masa group first presentation bentang...

Mereka bentang 3 jam lamanya berdiri. 3 jam berdiri!. Wuish...kaki...kaki... Tapi itulah, setiap kali seseorang bentang ada sahaja kesalahan yang disebut. Ada je.. Slide presentation pun akan kene buat balik.

Ceritanya, aku present hari khamis ini. Wuish. Takut takut. Kertas slide pun punyalah panjang sampaikan aku kalau boleh, nak tulis sependek-pendeknya slide itu.

Tapi aku terfikir?. Buat apa aku perlu malu untuk ditegur?. Bukankah teguran itu juga adalah satu proses belajar?. Kenapa perlu takut?. Takut untuk ditegur?. Takut malu dengan kawan-kawan?.

Ahhh. Tak kisah.

Biar slide kau panjang Najihah. Biar ustaz tegur kau. Baru kau tahu ilmu ini macammana. Bukan senang nak hirup seperti cedok kuah tomyam. Eh.



Thursday, 12 April 2018

Apa Perasaan Tak Ada Smartphone Di Zaman Teknologi ini?

Apa perasaan kalau hp tak ada? Di zaman serba moden ini?.
Rasa ketinggalan. Sangat sangat sangat ketinggalan. Bila ada? Rasa puas. Seperti dunia ini kita yang punya hahaha. Ye la tu.
Tapi masalahnya ada banyak sangat tanggujawab aku dalam itu. Disebabkan hp itu rosak, Najihah tak pergi meeting. Disebabkan hp itu rosak, aku tak bangun awal. Disebabkan hp itu rosak banyak maklumat kelas yang Najihah tak tahu.

Tapi, 

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…   "
(Al-Baqarah: 286)
Senyum dan hadapi. 
Walaupun mengorbankan duit makan.
Senyum...(huwaaa)

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
(Al-Baqarah: 214)
Hey. Perkara kecik sahaja dey. Itu semua dunia la dey.

Wednesday, 11 April 2018

Semut! Jangan Kacau Boleh!!!


Semut! semut!!!. Pap pap meja aku ketuk sebab nak suruh semut itu lari ke tingkap keluar. Tetapi uniknya semut ini, semut tak takut. Aku besar gedabak ini kau tak takut!!!. Oh lupa, mereka takut pada Allah je. Zappp.

Tapi masalahnya! Setiap kali nak belajar semut ada di kertas., tangan. Arghhh Tak boleh nak fokus! Arghhh...lepas itu masuk dalam buku. Tertutup penyet pula nanti. Tak sampai hati nak bunuh. 
Apa solusinya!!! Tolong...

Oh. Lupa. Makanan kat bawah meja kau tutup rapat tak?. Damn. 
Salahkan mereka, tetapi sebenarnya kau yang salah. Ops.

Tuesday, 10 April 2018

Kenapa Rasa Membazir Pergi PBKL 2018?.

Membazir. Ah! membazir!. I have feelings kalau aku tak habis lagi buku belajar aku tak layak untuk beli buku lain. I don't know why. Aku rasa kesian dekat buku belajar. Najihah ini, peseng (jenis) dia korang jangan percaya! kalau beli buku dan on the spot buku itu memang favourite dia, memang tiap-tiap hari dia hadap buku itu. Parah ini parah!
Macam buku Teme Abdullah. Korang jangan tanya dah berapa kali aku ulang buku itu. Dah siap hafal muka surat, tajuk semua itu dah. Ok itu tipu. Hahaha.  

Buku belajar yang aku tak habis bedah/mentelaah/baca/hafal.
  1. Introduction To Fiqh Muamalat
  2. Business Math
  3. Aqidah
  4. Foundation Of Arabic.
Aku senaraikan buku belajar itu supaya setiap kali aku buka blog baca balik post aku, aku akan sentap sebab ada banyak lagi sebenarnya aku tak study. Please sentap wahai Nurul Najihah!.

Baru sahaja nak buka blog tutup balik sebab tak buat nota lagi. Hahahaha...
Dah...dah...kumpul duit, study balik buku belajar...baru reward diri dengan pergi ke Pesta Buku. Yupeeeee tak sabarnya dennn...Harap-harap boleh pergi lah ya. Ibu! abah! restukanlah anakmu untuk ke PBKL 2018!!!.

Monday, 9 April 2018

Nak Buku Terbaru Teme Abdullah!


Hatiku berbunga-bunga.Tak sabar mahu menanti. Tarikh istimewa aku dan dia. Dia siapa?. Dia adalah buku! buku! buku! Apa yang pasti nanti! buku Teme aku kena grab dulu! nak jugak! nak jugak! nak jugak....! Bila dah dapat buku Teme confirm lepas baca boleh study gila-gila! hahaha.

Tak sabar! tak sabarnya!!!. Tetapi sebelum itu kena kumpul duit dahulu. Huhu.
27 April 2018. Tunggulah kau!



Sunday, 8 April 2018

Dah Besar Kan?. Buatlah Sendiri!

"Ibu, hp kakak rosak bla bla bla Mula-mula boleh buka tiba-tiba tutup selamanya bla bla bla tolong bagi tahu abah bla bla bla" 

Dengan bersungguh aku ceritakan apa yang berlaku. Dengan harapan, aku dapat buat sesuatu. Kerana masa itu aku masih buntu!. Ambil hp Dayah Hamzah, call ibu-abah. Tutt...tut... tak dapat.

Mesej abah guna hp kawan lagi. Dengan perasaan yang sama, aku tulis dengan bersungguh-sungguh. Apa yang rosak, bagaimana boleh berlaku bla bla bla.

Beberapa minit kemudian. Oh, masih tiada jawapan.

Tiba-tiba kawan panggil. Najihah!.Ibu kau balas, Dengan hati berbunga, aku baca.

"Ok."

Mesej abah pun tiba.

"Ok"

I was like. 
"Ok"
"What's the solutionnnnnnnnnnnnnnn!!!?"

Akhirnya aku mendisiplinkan diri untuk deal dengan sendiri. Hantar repair. Done.

Inikah Namanya Pelajar?

Luahan. Sekiranya hati ini berbolak-balik. Mungkin postnya akan dibuang...Entahla...


Ahhh...bangun lewat. I don't know why, menjadi pelajar ini lelah bangat. Bukan masalah itu yang masalah. Tetapi diri. Pelajar yang bangun pukul 8, 9, 10 pagi itu menjadi perkara biasa. But i'm not used to it. Unfortunately, time to time i blended with that "waking up late habit". Bangun pukul 8. (and of course la bangun subuh lepas itu tidur balik). I hate it. Sampaikan aku ada jadual bangun pagi. Hari ini bangun pukul berapa, esok pukul berapa. Is it weird?.

And of course, segelintir pelajar sahaja yang kuat untuk bangun pagi sebelum azan subuh. (Goals).
I don't know. My plan to write blog every day pun tegendala. Malas nak buka laptop. Malas nak cocok internet. And at the end, no post updated.

And now, my phone broke. Masuk ICU semalam. Aku tak jenguk sebab malas. Esok phone discharge. And nak kena bayar yuran hospital.

Oh my, why so negative.
I better go now.
bye.

Oh. By the way, kalaulah aku tahu ada 'justify' dalam blog ini dah lama aku guna. Supaya post pun nampak cantik macam dalam assigment. Hahaha.

Saturday, 7 April 2018

Gembiranya Smartphoneku Rosak.

Asalamualaikum. Tak jawab dosa.

Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Bukan meratapi.
Bukan sedih.
Tetapi hp itu.
Terasa ada. (ececece Sufian Suhaimi)

Mengumumkan hp Nurul Najihah sudah masuk ICU. Najihah berlari anak pergi berjumpa Doktor. Doktor kata, hanya kecederaan sikit. Tapi macammana boleh koma?.
Begini ceritanya.

Semalam hari Khamis Najihah keluar kelas lambat sebab ada soalan nak tanya dekat Ustaz. Hp itu berada di atas beg. Bila sudah berdebat berbincang berhujah dengan ustaz, akhirnya dapatlah jawapan yang diinginkan.

Dengan gembira Najihah tarik beg. Dan. Dan Dan Hp itu jatuhlah iaaaaa...
Najihah tak terkejut. Kerana hp itu masih berfungsi. Lagipun ada sarung tebal pada badannya.

Hari Jumaat, hari barakah.
Hp ku mula menunjukkan simptom-simptom sakit iaitu dengan tidak boleh turn on. Aku risau gelisah. Tapi tak apa. Mungkin nanti petang hp itu kembali baik.

Aku charge hp itu. Alhamdulillah dia sedar daripada pengsannya yang lama.
Apabila sudah bermain dengan hp ku, aku tutup.

aku tutup buat sementara waktu.
tapi aku tak tahu pula dia tutup selama-lamanya huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Itulah aku cerita kat doktor.
Doktor kata tak apa, LCD iphone rosak. kena repair. Hari isnin nanti ambil balik.
Maka aku balik dengan penuh perasaan bercampur baur.

Terima kasih doktor. Terima kasih korang. Doakan untuk hp aku kembali pulih ya...