Apa Perasaan Tak Ada Smartphone Di Zaman Teknologi ini?

Apa perasaan kalau hp tak ada? Di zaman serba moden ini?.
Rasa ketinggalan. Sangat sangat sangat ketinggalan. Bila ada? Rasa puas. Seperti dunia ini kita yang punya hahaha. Ye la tu.
Tapi masalahnya ada banyak sangat tanggujawab aku dalam itu. Disebabkan hp itu rosak, Najihah tak pergi meeting. Disebabkan hp itu rosak, aku tak bangun awal. Disebabkan hp itu rosak banyak maklumat kelas yang Najihah tak tahu.

Tapi, 

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…   "
(Al-Baqarah: 286)
Senyum dan hadapi. 
Walaupun mengorbankan duit makan.
Senyum...(huwaaa)

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
(Al-Baqarah: 214)
Hey. Perkara kecik sahaja dey. Itu semua dunia la dey.

2 comments:

  1. penting sebenarnya smartphone ni sebab semua apps longgok dalam tu. Alarm, nota, discussion ataupun info semua update dekat whatsapp so menggelupur jugak la kalau hp rosak

    ReplyDelete

Baca lagi :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...