Sunday, 8 April 2018

Dah Besar Kan?. Buatlah Sendiri!

"Ibu, hp kakak rosak bla bla bla Mula-mula boleh buka tiba-tiba tutup selamanya bla bla bla tolong bagi tahu abah bla bla bla" 

Dengan bersungguh aku ceritakan apa yang berlaku. Dengan harapan, aku dapat buat sesuatu. Kerana masa itu aku masih buntu!. Ambil hp Dayah Hamzah, call ibu-abah. Tutt...tut... tak dapat.

Mesej abah guna hp kawan lagi. Dengan perasaan yang sama, aku tulis dengan bersungguh-sungguh. Apa yang rosak, bagaimana boleh berlaku bla bla bla.

Beberapa minit kemudian. Oh, masih tiada jawapan.

Tiba-tiba kawan panggil. Najihah!.Ibu kau balas, Dengan hati berbunga, aku baca.

"Ok."

Mesej abah pun tiba.

"Ok"

I was like. 
"Ok"
"What's the solutionnnnnnnnnnnnnnn!!!?"

Akhirnya aku mendisiplinkan diri untuk deal dengan sendiri. Hantar repair. Done.

2 comments: