Saturday, 7 April 2018

Gembiranya Smartphoneku Rosak.

Asalamualaikum. Tak jawab dosa.

Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Bukan meratapi.
Bukan sedih.
Tetapi hp itu.
Terasa ada. (ececece Sufian Suhaimi)

Mengumumkan hp Nurul Najihah sudah masuk ICU. Najihah berlari anak pergi berjumpa Doktor. Doktor kata, hanya kecederaan sikit. Tapi macammana boleh koma?.
Begini ceritanya.

Semalam hari Khamis Najihah keluar kelas lambat sebab ada soalan nak tanya dekat Ustaz. Hp itu berada di atas beg. Bila sudah berdebat berbincang berhujah dengan ustaz, akhirnya dapatlah jawapan yang diinginkan.

Dengan gembira Najihah tarik beg. Dan. Dan Dan Hp itu jatuhlah iaaaaa...
Najihah tak terkejut. Kerana hp itu masih berfungsi. Lagipun ada sarung tebal pada badannya.

Hari Jumaat, hari barakah.
Hp ku mula menunjukkan simptom-simptom sakit iaitu dengan tidak boleh turn on. Aku risau gelisah. Tapi tak apa. Mungkin nanti petang hp itu kembali baik.

Aku charge hp itu. Alhamdulillah dia sedar daripada pengsannya yang lama.
Apabila sudah bermain dengan hp ku, aku tutup.

aku tutup buat sementara waktu.
tapi aku tak tahu pula dia tutup selama-lamanya huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Itulah aku cerita kat doktor.
Doktor kata tak apa, LCD iphone rosak. kena repair. Hari isnin nanti ambil balik.
Maka aku balik dengan penuh perasaan bercampur baur.

Terima kasih doktor. Terima kasih korang. Doakan untuk hp aku kembali pulih ya...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...