Friday, 13 April 2018

Kenapa Takut Untuk Ditegur? Dah Rasa Diri Ini Sempurna ke?

Presentation Akhlaq Islamiyah. Subjek wajib fakulti.

Macamnilah...Ustaz yang ajar Akhlaq ini pemikiran dia memang teliti. Aku tabik dengan dia. Kesalahan perkataan tak sesuai dengan ayat dia tegur. Kesalahan fakta ditanya. Sampaikan kita ini buat salah sikit sahaja, pun dia dapat tangkap. Hebat tak?. So masa group first presentation bentang...

Mereka bentang 3 jam lamanya berdiri. 3 jam berdiri!. Wuish...kaki...kaki... Tapi itulah, setiap kali seseorang bentang ada sahaja kesalahan yang disebut. Ada je.. Slide presentation pun akan kene buat balik.

Ceritanya, aku present hari khamis ini. Wuish. Takut takut. Kertas slide pun punyalah panjang sampaikan aku kalau boleh, nak tulis sependek-pendeknya slide itu.

Tapi aku terfikir?. Buat apa aku perlu malu untuk ditegur?. Bukankah teguran itu juga adalah satu proses belajar?. Kenapa perlu takut?. Takut untuk ditegur?. Takut malu dengan kawan-kawan?.

Ahhh. Tak kisah.

Biar slide kau panjang Najihah. Biar ustaz tegur kau. Baru kau tahu ilmu ini macammana. Bukan senang nak hirup seperti cedok kuah tomyam. Eh.



2 comments:

  1. hahahaha betul tu! Bila kena tegur baru kita tahu silap kita dekat mana. Ambil yang positif je, good luck jiha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you! dah lepas dah tapi alhamdulillah sebab ada sedikit je kesalahan yang jiha buat

      Delete

Blog This Little Light Of Mine hanyalah blog personal milik Nurul Najihah, di blog ini hanya menceritakan cerita harian Nurul Najihah, keluarga, Kawan-kawan, tentang review buku dan juga pengalaman di universiti. Segala post ini ditulis Nurul Najihah kecuali yang dinyatakan pemiliknya. Anda semua dilarang copy paste entry yang ditulis Nurul Najihah.

Sekian terima kasih. Have a nice day!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...