Friday, 27 April 2018

Rasa beruntung tak belajar oversea

Asalamualaikum.

Bila dah baca tajuk mesti panas kan?. Apahal budak ini tiba-tiba beruntung tak belajar oversea. Padahal itulah impiannya sejak sekolah rendah. Kan pelik kan?. Meh aku cerita.
Mula-mula universiti yang aku nak pergi adalah Alexandria University di Mesir. Kenapa?. Sebab terpengaruh dengan sejarah Alexander yang dikatakan itu Zulqarnain dalam surah Al-Kahfi. Tetapi ada banyak pendapat di situ. Korang jangan tanya, aku memang suka gila-gila lah dekat tokoh yang bernama Zulqarnain ini. Kalau boleh, dekat pesta buku itu, semua pasal Zulqarnain aku nak beli.

ALEXANDRIA UNIVERSITY

Lepas itu, tahun bila entah, aku nak pergi Universiti Marmara kerana apa?. Terpengaruh dengan Allahyarham Ahmad Ammar yang menuntut di sana. Lagipun memang aku minat gila dengan sejarah turki. Bukan sepenuhnya pengaruh Allahyarham, tetapi ada banyak tokoh-tokoh seperti Muhammad Al-Fateh, Badiuzzaman An-Nursi juga tokoh liberal seperti Mustafa Kamal Atartuk. Sampailah habis SPM ada minat dan keinginan nak belajar luar negara di Turki.

MARMARA UNIVERITY
Dan tup tap tup tap masuk sekejap KUIS selama 1 semester. Alhamdulillah dapat pengalaman belajar di Universiti swasta. Alhamdulillah tetapi tak banyak sangat sejarah yang diajar di sini. Bagi aku la. Tetapi apa yang bestnya KUIS, diorang kebanyakannya buat program di dewan sejuk aircond, Best la juga. Banyak wayang bertemakan cerita islam, memang happening lah kalau buat program malam-malam dekat fakulti.

KOLEJ UNIVERITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

Dan...akhirnya dah ke Mesir, Turki semua itu. Boom! Aku belajar di UITM Puncak Alam. Dari segi ilmu memang aku bersyukur dan beruntung belajar di sini. 

UITM PUNCAK ALAM
Sebenarnya dah terlajak sungguh ini. Hahaha Baiklah aku bawa cerita ini ke jalan lurus.

credit : Zaid

Gambar di atas adalah gambar ustadku yang mengajar Aqidah Islamiyah. Namanya Ustad Dasuki. Dan! dan! dan! serius kalau dengar ceramah dari ustad Dasuki, memang tak cukup nak tulis hanya menggunakan 1 mukas surat! apa yang bestnya ustad selalu cerita tentang remaja+sejarah+ilmu akhir zaman. 

Belakang Britain ada siapa?
Kenapa Salaf dan Khalaf bergaduh padahal mereka ini memerlukan antara satu sama lain?.
Pandangan orang yang tidak beragama.
Siapa pembelot agama yang menjatuhkan Sultan Abdul Hamid ii?.
Berita di Malaysia pandang ke arah mana? Barat, timur, utara, selatan?
Siapa Sheikh Imran Hussein yang mengajar ilmu akhir zaman?.
Conference Freemasonly di Penang siapa yang hadir?.
Dalam Al-Quran, yakjuz dam makjuz hanya diceritakan 2 kali sahaja dalam AQ.
Kenapa ustad itu cakap ustad itu sesat?
dan sebagainya...
Mana Morsi?
Betulkan umat Islam akan bergabung dengan Rom yang dikatakan kristian ortodoks?
Boleh kita memakan daging sembelihan ahlul kitab?

Jadi, aku berfikir sejenak. Beruntung aku tak ke luar negara. Kerana apa? kerana aku akan dapat belajar agama menggunakan satu aliran sahaja. Padahal di sini aku belajar menggunakan semua aliran. Mazhab Shafie, Maliki, Hanafi dan sebagainya. Belajar aqidah dengan lebih mendalam. Bagi aku, sejarah dengan aku tak dapat dipisahkan. Aku suka gila gila gila sejarah.

Alhamdulillah. Walaupun cita-cita tidak kesampaian untuk belajar di luar negara di mana tempat sejarah islam berkembang, tetapi sebenarnya apa yang diri aku mahu sebenarnya bukanlah belajar di luar negara. Tetapi mahu ilmu sejarah. Serius aku rasa beruntung sangat Allah temukan aku dengan Ustad Dasuki ini. 

Apa yang aku nak adalah = SEJARAH ISLAM!.

1 comment:

  1. Haha beruntung ke? Rasanya sama je auditorium kuis dengan auditorium UiTM. 3 tahun dekat sana okay lah jugak tak terasa susah sangat nak pulak duduk asrama macam apartmen :P

    ReplyDelete