Sunday, 22 April 2018

Teman lelaki call. Senyum lebar aku dibuatnya.

Jumaat lepas pergi Pasar Seni dari KTM Sungai Buloh, dah bagitahu teman lelaki dah. Aku dan housemate pergi hanya nak buat Kad KTM. Tapi tup tap tup tap nak pergi KLCC nak teman kawan buat panyata CIMB Bank. Nak pergi KLCC sebab Jumaat dia buka lebih dari pukul 4...

Tapi, teman lelakiku tak tahu aku nak pergi KLCC...


Jadi aku dan housemate pergilah KLCC...woahhh harga kat situ memang ish ish mahal teruks. Ye la aku kan student lagi. Makan tengahari makan Nasi Lemak RM5.50. Sedap lah juga. (padahal Nasi lemak telur timun ikan bilis). Air tak beli...Lepas itu pergi Masjid Jamek. Part ini seram. Nanti aku cerita. Balik ke KL Central, hingga KTM Sungai Buloh. Naik Grab. balik!

Malamnya, aku post gambar KLCC. Dan...teman lelaki aku nampak. Pagi tadi baru dia call.
Dia tanya aku pergi macammana, naik apa, dan sebagainya. Sweet-sweet gitu.

Dan akhirnya sebenarnya teman lelaki itu adalah ayahku...April fool! Hahaha...


3 comments:

Ika.S said...

Hahaha. Bf yang paling caring sejak azali is our father :)

Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.my/2018/04/movie-review-belco-experiment-2017.html

ejulz said...

x lama lagi ni.. hehehe

Jemput join segmen ejulz k. :)

http://ejulz.blogspot.my/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html

farhanna jafri said...

hahaha dah agak dahhhhh