Monday, 4 June 2018

Kawan Najihah meninggal... Al-Fatihah. (Semoga rohnya ditempatkan dengan orang yang beriman)

Asalamualaikum.

Sungguh kematian itu adalah sebaik-baik peringatan.
Petang tadi ada satu berita yang sangat mengejutkan. Kawan Najihah meninggal sesak nafas. Masa itu aku tak boleh nak cakap apa. Aku menangis.

Kawan dari tadika As-Shams.
Ke Sek.Ren dan Sek. Men. yang sama. Aku tak tahu nak kata apa. Mata pun dah bengkak menangis. Sungguh sungguh terasa seperti mimpi. 

Tetapi alhamdulillah arwah meninggal pada bulan Ramadhan bulan mulia. Even nak tulis post ini pun sedang tahan menangis. Ya Allah...

Kawan Najihah yang dipanggil sebagai Kak Chik. Arwah ini ada kembar, Kak Chak. Kak Chik adik,kak chak kakak. Ya Allah Kak Chak! semoga kuat...semoga kuat...semoga kuat...

Jenazah dimandikan di Surau rumahku. Dekat sangat dengan rumah. Tetapi aku tak boleh nak jumpa buat kali terakhir. Aku kat kolej. Ya Allah... Mungkin, kalau aku ada di rumah masa itu aku tak dapat tanggung kesedihan aku lagi.

Sama umur, arwah pergi dulu.
Jodoh ada dua, yang mana satu datang dahulu. Jodoh ajal mahupun jodoh kahwin.

Kak Chik...you have done your best!. Beruntunglah meninggal pada bulan mulia ini. Ukhibukifillah. 
Al-Fatihah~


Sunday, 3 June 2018

Terpedaya dengan Mr.Bean. Emoji nangis.


Tempat yang paling best makan adalah hotel. Kerana semua jenis makanan ada. Jepun, korea, English-style dan! Malaysian food!.

Mungkin terpedaya dengan cerita Mr.Bean. Ada terdetik di hati untuk mencuba makanan seperti ini. Masa itu memang wow! udang. Wow! kerang. Wow mayonis. Wow macam makan makanan orang kaya. Hahaha. Masa ambil makanan ini nyum nyum sedapnya sedapnya sedapnya. Udang my fav! Sabar ya! nanti saya makan awak!.

Unfortunately.


I tried to eat. Paksa je lah. Makan wow wow wow rasa dia memang dah ke arah mentah. Tapi tapi boleh tahan  lagi. Sebab aku makan dengan nasi daging. hahaha. Perut melayu betul!


Yup. That's what i feel rn. Tetapi aku perlu kontrol mimik muka. PERLU!. Hahaha 


Orang akan tanya aku sedap tak?. Dan aku akan cakap kurang. kalaulah dia buat kerang masak sampal petai ke, Lala masak tomyam ke memang MELETOP. Tetapi kalau makan ori cicah mayonis itu macam ugh. Not recommended untuk orang perut yang jati melayu seperti aku.

Terima kasih baca post ini!. 

Saturday, 2 June 2018

Esok pagi dah balik kolej 😢

Asalamualaikum.

Malam-malam ini korang buat apa?. Aku ada banyak kerja nak buat tetapi tak tergerak. Huhu tak tahu kenapa. Kenapa malas sangat ini?. Sudahlah ada FINAL nanti. Najihah! Najihah! Najihah! wake up!!!! wake up please!!!.

Things to do for tomorrow:
  1. Study untuk test fiqh muamalat.
  2. Siapkan assigment bahasa arab
  3. Siapkan assigment Bahasa Arab
  4. Gabungkan assigment Fikh Muamalat
  5. Gabungkan assigment Akhlak
Things to do for tonight:
  1. Sedia untuk present Aqidah Isnin nanti. (tajuk Darwinism)
  2. Sedia untuk present Fikh Muamalat hari Selasa nanti. (tajuk Khiyar Al-Ayb dan At-Ta'yin)
  3. Hafal Role-Play bahasa Arab
  4. Buat Business Math
Korang pula nak buat apa malam ini?. Pastikan rancang dahulu ya! semoga tersusun dan kerja korang siap pada waktu yang ditetapkan. 

Aja! Aja! Fighting!
Terima kasih baca post ini!. Blink Blink!

Updates : Sibuk teramat lepas PRU14. Kenapa?. (Kalau korang tertanya kenapa dah lama tidak update blog.)

Asalamualaikum.

Sudah lama tidak berblog. Korang dah boleh agak aku ini adalah PART TIME Blogger. Lol. Tapi tak apa, slowly-slowly aku akan jadi macam veteran di luar sana yang setiap hari boleh berblog perkara berfaedah. Insyallah. So! update about me. Kita mula lepas cuti PRU14.

12.5.18 (Sabtu).
Aku ada keluar makan-makan dengan kawan sekolah dulu. Aku, Anis dan Hidayah. Kitorang keluar makan Korea beb!.




Makanan dia sedap gila wehhh... (sedap la untuk orang yang selalu tengok korean drama hahaha). Tapi apa-apapun masa dapat menu memang membulat mata cari mana yang paling murah. Serius!.
Aku order yang gambar atas sekali belah kanan korang. Macam bento itu! Haaa yang itulah aku pilih. #sebabpalingmurah That's why la sedap sahaja rasanya lololololol. Balik rumah petang. Penat tidur hahaha.

13.5.18 (Ahad).
Hari ini aku dah kena balik Puncak Alam. Nak kena terus berjuang study katakan. Te ta pi! Masa itu juga family aku nak bersihkan rumah. bayangkan dari pagi kemas rumah hingga ke petang. Lepas sahaja aku siap kemas-kemas nak kena bertolak pergi kolej pula. Sampailah malam dalam pukul 9:00p.m lebih.

Dan! dan! dan!

Aku lupa malam ini ada meeting beb! MEETING!. Tapi aku relaks sahaja. Walaupun baru balik kolej ada hati nak bergolek-golek atas katil kejap tepapi itu hanyalah mimpi semata. #emojinangis. Tak apa Najihah Tak apa! You can do it! So meeting habis dalam pukul 11:00p.m lebih. Dan siap-siap untuk hari seterusnya. Aja! Aja! Fighting!.

Dan! dan! dan! 

Aku dan sorang kawan aku tidur pukul 3:00p.m sebab siapkan assigment yang nak kena hantar esok hari. Bertabah sahajalah. 

14.5.18 (Isnin).
Kelas lambat mula so boleh print assigment yang dah siap semalam. dan hari ini juga aku ada test Aqidah. test dia guna laptop. So semua orang perlu bawa laptop sendiri. BAYANGKAN TIDUR LEWAT LEPASTU PERGI KELAS DENGAN BAWA BEG YANG BERAT. What the... (lol macam tak biasa). Buat sahaja test dalam word dan hantar ke email ustaz. Senang sahaja! tak perlu penat menulis. haha hanya penat menaip . (?)

Lepas balik kelas terkejar-kejar nak kena hantar dadih. Jual dadih adalah satu aktiviti yang aku kena uruskan untuk menjana dana pendapatan satu organisasi X ini lah. Tugas dibahagikan ikut hari. Setiap hari ada orang yang jual dadih, ada orang yang buat dadih dan sebagainya.
Petang itu aku tidur sekejap dan mula bertugas untuk jual dadih.

 Hari ini hanya menjual dadih coklat sahaja. Kalau korang nak tahu macammana aku dan kawan-kawan aku jual. First kitorang buat. Macammana nak buat?. (haaa baca sampai habis tau!). Second mintak order menggunakan WhatsApp. Bila dah dapat order dalam masa yang telah ditentukan kitorang hantar depan pintu kolej anda. Begitulah... Kalau tak habis dadih itu, kitorang just ketuk-ketuk rumah ke rumah . Alhamdulillah. Sedap pun sedap!.

15.5.18 (Selasa).
Hari ini kelas macam biasa habis tengahari. Tapi apa yang penatnya, kitorang kena buat lagi penghantaran dadih, Adoooiii...Betullah, yang paling berat di dunia ini adalah Amanah. Macamni, kitorang nak hantar dadih tetapi pada masa yang sama nak pergi program Ihya' Ramadhan. Tapi dalam pada masa yang sama juga nak kena hantar buku yang dipinjam dari pihak kolej dengan aktiviti yang bernama Feed Your Brain. 3 KERJA DALAM PADA WAKTU YANG SAMA!. argh! So apa yang aku buat, aku hantar dadih dahulu. Kemudian kawan aku tolong hantarkan buku yang aku pinjam dari puhak kolej. Then! baru boleh pergi ceramah. Penat wehhh malam itu memang tidur nyenyaklah!,

16.5.18 (Rabu)
Hari ini pun kelas macam biasa, petang itu kami kena buat Dadih! Tetapi peralatan memang terhad. Pelajar katakan. 

BAHAN-BAHAN
Gula
Serbuk Dadih
Air panas
Ais

ALATAN 
Bekas letak dadih
Water heater
Bekas besar.

CARA-CARA
  • Panaskan air dalam water heater dan letak dalam bekas besar
  • Letak dadih mengikut sukatan yang diberikan
  • Campurkan gula dan dadih sehingga larut
  • Masukkan dadih tadi ke dalam bekas dadih.
  • Kemudian tunggu sehingga sejuk dan letak ke dalam bekas yang mempunyai Ais
  • Tunggu sehingga dadih keras.
  • Enjoy!
Macam itulah kitorang buat dadih. Simple bukan?, Tak perlu pun guna api dapur. Dan inilah hasilnya!


17.5.18 (Khamis).
Ada test fiqh muamalat. Aku masa itu memang tak tahulah macammana keadaan dengan mata panda aku tu. Hahaha memang lagi teruk rasanya.


18.5.2018 (Jumaat)
Aku gembira sangat kerana aku dapat hadiah daripada Ray (http://www.raydahalhabsyi.com/) Beg ini comel betul! Fresh dari Jepun!. Korang usha-usha la blog dia! 


20.5.18 (Ahad)
Aku ada masuk pertandingan Khat sempena Ihya' Ramadhan. Alhamdulillah menang tempat kedua! Walaupun aku tahu aku ada banyak kesalahan dalam khat aku itu. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...


Malam ini juga masa nak buat assigment...komputer itu tak boleh buka. baru rasa oh...dah jauh dari Allah rupaynya. That's why Allah beri dugaan supaya berbalik kepadanya balik. Takpa Aja! Aja! Fighting!. Ofkos lah aku nangis. ye la! banyak lagi assigment dalam itu huhuhu. TE TA PI Alhamdulillah subhanallah Syukurilah kerana akhirnya laptop itu pulih. Ini semua perancangan Allah!. Emoji nangis.

Baiklah. sebenarnya enn banyak lagi! Aku memang selpas PRU14 ini memang tak boleh nak tidur awal langsung!.Kemudian, ada iftar bersama dengan organisasi X makan steamboat. Satu sahaja aku nak cakap. KENYANG GILA. Kadang-kadang aku tak suka steamboat. Hmmm...


Thank you for reading this post. Arigatooooo ghozaimasu haigh!.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...