Kawan Najihah meninggal... Al-Fatihah. (Semoga rohnya ditempatkan dengan orang yang beriman)

Asalamualaikum.

Sungguh kematian itu adalah sebaik-baik peringatan.
Petang tadi ada satu berita yang sangat mengejutkan. Kawan Najihah meninggal sesak nafas. Masa itu aku tak boleh nak cakap apa. Aku menangis.

Kawan dari tadika As-Shams.
Ke Sek.Ren dan Sek. Men. yang sama. Aku tak tahu nak kata apa. Mata pun dah bengkak menangis. Sungguh sungguh terasa seperti mimpi. 

Tetapi alhamdulillah arwah meninggal pada bulan Ramadhan bulan mulia. Even nak tulis post ini pun sedang tahan menangis. Ya Allah...

Kawan Najihah yang dipanggil sebagai Kak Chik. Arwah ini ada kembar, Kak Chak. Kak Chik adik,kak chak kakak. Ya Allah Kak Chak! semoga kuat...semoga kuat...semoga kuat...

Jenazah dimandikan di Surau rumahku. Dekat sangat dengan rumah. Tetapi aku tak boleh nak jumpa buat kali terakhir. Aku kat kolej. Ya Allah... Mungkin, kalau aku ada di rumah masa itu aku tak dapat tanggung kesedihan aku lagi.

Sama umur, arwah pergi dulu.
Jodoh ada dua, yang mana satu datang dahulu. Jodoh ajal mahupun jodoh kahwin.

Kak Chik...you have done your best!. Beruntunglah meninggal pada bulan mulia ini. Ukhibukifillah. 
Al-Fatihah~


4 comments:

  1. Innalillahiwainnaillahirojiun..AlFatihah..semoga roh Kak Cik ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman

    ReplyDelete
  2. semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman.. amin

    ReplyDelete
  3. takziah...be strong dear...moga beliau ditempatkan dikalangan orang yg beriman...insyaallah...bulan mulia ni

    ReplyDelete

Baca lagi :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...