Updates : Sibuk teramat lepas PRU14. Kenapa?. (Kalau korang tertanya kenapa dah lama tidak update blog.)

Asalamualaikum.

Sudah lama tidak berblog. Korang dah boleh agak aku ini adalah PART TIME Blogger. Lol. Tapi tak apa, slowly-slowly aku akan jadi macam veteran di luar sana yang setiap hari boleh berblog perkara berfaedah. Insyallah. So! update about me. Kita mula lepas cuti PRU14.

12.5.18 (Sabtu).
Aku ada keluar makan-makan dengan kawan sekolah dulu. Aku, Anis dan Hidayah. Kitorang keluar makan Korea beb!.




Makanan dia sedap gila wehhh... (sedap la untuk orang yang selalu tengok korean drama hahaha). Tapi apa-apapun masa dapat menu memang membulat mata cari mana yang paling murah. Serius!.
Aku order yang gambar atas sekali belah kanan korang. Macam bento itu! Haaa yang itulah aku pilih. #sebabpalingmurah That's why la sedap sahaja rasanya lololololol. Balik rumah petang. Penat tidur hahaha.

13.5.18 (Ahad).
Hari ini aku dah kena balik Puncak Alam. Nak kena terus berjuang study katakan. Te ta pi! Masa itu juga family aku nak bersihkan rumah. bayangkan dari pagi kemas rumah hingga ke petang. Lepas sahaja aku siap kemas-kemas nak kena bertolak pergi kolej pula. Sampailah malam dalam pukul 9:00p.m lebih.

Dan! dan! dan!

Aku lupa malam ini ada meeting beb! MEETING!. Tapi aku relaks sahaja. Walaupun baru balik kolej ada hati nak bergolek-golek atas katil kejap tepapi itu hanyalah mimpi semata. #emojinangis. Tak apa Najihah Tak apa! You can do it! So meeting habis dalam pukul 11:00p.m lebih. Dan siap-siap untuk hari seterusnya. Aja! Aja! Fighting!.

Dan! dan! dan! 

Aku dan sorang kawan aku tidur pukul 3:00p.m sebab siapkan assigment yang nak kena hantar esok hari. Bertabah sahajalah. 

14.5.18 (Isnin).
Kelas lambat mula so boleh print assigment yang dah siap semalam. dan hari ini juga aku ada test Aqidah. test dia guna laptop. So semua orang perlu bawa laptop sendiri. BAYANGKAN TIDUR LEWAT LEPASTU PERGI KELAS DENGAN BAWA BEG YANG BERAT. What the... (lol macam tak biasa). Buat sahaja test dalam word dan hantar ke email ustaz. Senang sahaja! tak perlu penat menulis. haha hanya penat menaip . (?)

Lepas balik kelas terkejar-kejar nak kena hantar dadih. Jual dadih adalah satu aktiviti yang aku kena uruskan untuk menjana dana pendapatan satu organisasi X ini lah. Tugas dibahagikan ikut hari. Setiap hari ada orang yang jual dadih, ada orang yang buat dadih dan sebagainya.
Petang itu aku tidur sekejap dan mula bertugas untuk jual dadih.

 Hari ini hanya menjual dadih coklat sahaja. Kalau korang nak tahu macammana aku dan kawan-kawan aku jual. First kitorang buat. Macammana nak buat?. (haaa baca sampai habis tau!). Second mintak order menggunakan WhatsApp. Bila dah dapat order dalam masa yang telah ditentukan kitorang hantar depan pintu kolej anda. Begitulah... Kalau tak habis dadih itu, kitorang just ketuk-ketuk rumah ke rumah . Alhamdulillah. Sedap pun sedap!.

15.5.18 (Selasa).
Hari ini kelas macam biasa habis tengahari. Tapi apa yang penatnya, kitorang kena buat lagi penghantaran dadih, Adoooiii...Betullah, yang paling berat di dunia ini adalah Amanah. Macamni, kitorang nak hantar dadih tetapi pada masa yang sama nak pergi program Ihya' Ramadhan. Tapi dalam pada masa yang sama juga nak kena hantar buku yang dipinjam dari pihak kolej dengan aktiviti yang bernama Feed Your Brain. 3 KERJA DALAM PADA WAKTU YANG SAMA!. argh! So apa yang aku buat, aku hantar dadih dahulu. Kemudian kawan aku tolong hantarkan buku yang aku pinjam dari puhak kolej. Then! baru boleh pergi ceramah. Penat wehhh malam itu memang tidur nyenyaklah!,

16.5.18 (Rabu)
Hari ini pun kelas macam biasa, petang itu kami kena buat Dadih! Tetapi peralatan memang terhad. Pelajar katakan. 

BAHAN-BAHAN
Gula
Serbuk Dadih
Air panas
Ais

ALATAN 
Bekas letak dadih
Water heater
Bekas besar.

CARA-CARA
  • Panaskan air dalam water heater dan letak dalam bekas besar
  • Letak dadih mengikut sukatan yang diberikan
  • Campurkan gula dan dadih sehingga larut
  • Masukkan dadih tadi ke dalam bekas dadih.
  • Kemudian tunggu sehingga sejuk dan letak ke dalam bekas yang mempunyai Ais
  • Tunggu sehingga dadih keras.
  • Enjoy!
Macam itulah kitorang buat dadih. Simple bukan?, Tak perlu pun guna api dapur. Dan inilah hasilnya!


17.5.18 (Khamis).
Ada test fiqh muamalat. Aku masa itu memang tak tahulah macammana keadaan dengan mata panda aku tu. Hahaha memang lagi teruk rasanya.


18.5.2018 (Jumaat)
Aku gembira sangat kerana aku dapat hadiah daripada Ray (http://www.raydahalhabsyi.com/) Beg ini comel betul! Fresh dari Jepun!. Korang usha-usha la blog dia! 


20.5.18 (Ahad)
Aku ada masuk pertandingan Khat sempena Ihya' Ramadhan. Alhamdulillah menang tempat kedua! Walaupun aku tahu aku ada banyak kesalahan dalam khat aku itu. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...


Malam ini juga masa nak buat assigment...komputer itu tak boleh buka. baru rasa oh...dah jauh dari Allah rupaynya. That's why Allah beri dugaan supaya berbalik kepadanya balik. Takpa Aja! Aja! Fighting!. Ofkos lah aku nangis. ye la! banyak lagi assigment dalam itu huhuhu. TE TA PI Alhamdulillah subhanallah Syukurilah kerana akhirnya laptop itu pulih. Ini semua perancangan Allah!. Emoji nangis.

Baiklah. sebenarnya enn banyak lagi! Aku memang selpas PRU14 ini memang tak boleh nak tidur awal langsung!.Kemudian, ada iftar bersama dengan organisasi X makan steamboat. Satu sahaja aku nak cakap. KENYANG GILA. Kadang-kadang aku tak suka steamboat. Hmmm...


Thank you for reading this post. Arigatooooo ghozaimasu haigh!.

2 comments:

Baca lagi :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...