Monday, 30 July 2018

Review Drama Miss Devil

Review Drama: Miss Devil (Japanese Drama)

Picture by: credit

Nama drama: (English Tittle) Miss Devil/HR's Devil Mako Tsubaki
                     : (Romaji) Miss Debiru/Jinji No Akuma Tsubaki Mako
PengarahNoriyoshi Sakuma
PenulisMasahiro Yamaura
NetworkNTV
Jumlah Episod: 10
Tarikh diterbitkan: 14 April 2018 - 16 Jun 2018
Link Dramahttps://taxiasian.com/miss-devil-f469/episode-10
credit source: AsianWiki
Watak Utama:
Mako Tsubaki - Nanao
Hiroshi Saito - Shori Sato
Watak Sampingan:
Chihiro Ito - Yoshino Kimura
Tomoharu Osawa - Eiichiro Funakoshi
Toshiyuki Nishida - Kanji Kitamura
Shuhei Okitsu - Masato Wada
dan seterusnya  yang tidak disenaraikan.

Sinopsis dari Najihah.
Baiklah, pelakon utama, Mako Tsubaki watak yang dimainkan oleh Nanao. Najihah kenal Nanao dalam watak jahatnya dalam drama jepun lain iaitu Siren. Yang menariknya, watak dan gaya Nanao walaupun nampak female protargonist yang jahat (kerana mukanya yang bengis mungkin) tetapi Najihah tidak bosan melihat dia berlakon dengan style yang sama dalam drama Jepun Siren. Nanao juga dikategorikan dalam pelakon wanita jepun yang tercantik oleh masyarakat.

 
Picture by: credit & credit. Tugas Miss Devil di bawah Human Resources adalah memecat pekerja yang tidak diperlukan syarikat insuran Kyoa Home. Miss Devil/Mako Tsubaki akan menghantar Hiroshi Saito yang dimainkan oleh Shori Sato. Najihah kenal Shori Sato dalam drama sebelumnya iaitu 49. Miss Devil akan menghantar Saito ke setiap department yang berbeza 2 kali seminggu untuk mencari pekerja yang layak untuk dipecat. Overall cerita dia best sebab lain daripada yang lain. Dia bukan cerita cliche dalam drama korea dan taiwan di mana kita boleh tahu ending dia macammana.

Watak Mako Tsubaki adalah strict dan cold membuatkan ramai orang takut untuk memandang ke arah matanya. Dia tahu segala maklumat tentang orang yang akan dipecatnya. Berapa income keselurihan, tax yang perlu dibayar. Dan semua orang yang dipecat Miss Devil akan menempuhi hidup yang lebih baik daripada sebelumnya. Itu menunjukkan bahawa watak utama ini sudah selidik dan yakin golongan yang dipecat berhak untuk dikeluarkan dalam syarikat.

Watak Saito pula adalah menjadi spy/umpan bagi Mako Tsubaki untuk mengetahui segala taktik dan perlakuan dalam satu department ke department yang lain. Saito mempunyai sifat balas kasihan yang tinggi. Namun ada rahsia di sebalik Mako Tsubaki dan hubungannya dengan Saito Hiroshi. Hubungan mereka berdua juga ada kaitan dengan Syarikat Kyoa Home. Apakah sejarah di sebalik Mako Tsubaki, Saito Hiroshi dan Syarikat Kyoa Home?. Saksikan drama ini link yang Najihah berikan.

Overall memang best best best gila cerita ini. Drama ini tiada tag romance. Seperti biasa, kalau drama Jepun mesti banyak cerita yang berkaitan dengan pejabat-pejabat. Realiti sebenarnya di Jepun mereka memang mementingkan kerja. Dan genre drama begitu yang Najihah suka. Tak banyak romance.

Untuk siapa drama ini?
  1. Untuk mereka yang tidak suka tengok drama cinta-cinta.
  2. Untuk mereka yang suka female protagonist/lead female drama dan watak heroin yang kuat.
Rating drama bagi penulis ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐
Adakah Najihah bias? ya. 

Terima kasih baca~ Have a good day everyone...

Saturday, 28 July 2018

Review Buku: Tarbiah Sentap 3


Picture by: credit


REVIEW BUKU TARBIAH SENTAP 3
Sinopsis Buku Tarbiah Sentap.
Buku ini adalah sambungan dari buku Tarbiah Sentap 2. Untuk siapakah buku TARBIAH SENTAP 3 ini?
  1. Untuk orang yang merasakan dirinya tak pernah buat dosa. Mungkin dia lupa, yang maksum hanya Rasulullah.
  2. Untuk orang yang merasakan dirinya tak pernah bertaubat. Mungkin dia lupa, Rasulullah pun setiap hari bertaubat tak kurang dari 100 kali sehari.
  3. Untuk orang yang merasakan umur dia masih muda. Mungkin dia lupa ajal boleh datang bila-bila.
  4. Untuk orang yang terlalu over confident bahawa taubatnya pasti diterima. Mungkin dia lupa, angan-angan dan terlalu over confident adalah seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang amat yakin bahawa mereka akan masuk syurga.
  5. Untuk orang yang hanya berpada dengan ilmu yang sedikit tentang taubat, sedangkan, taubat itu mempunyai rukun, syarat, halangan dan pendorong yang perlu kita semua tahu.
  6. Untuk orang yang merasakan taubat adalah perkara remeh. Sedangkan, taubat adalah fardu ain ke atas setiap makhluk yang bernama manusia....
  7. Untuk mereka-mereka yang nak BEBAS dari maksiat dan dosa, namun dia masih kabur tentang hakikat dosa, dan apakah cara untuk meninggalkannya.
  8. Untuk mereka-mereka yang mahu libatkan diri dalam dakwah tarbiah, namun, dia tak nampak, apakah jalan yang sebenar dalam melalui dakwah dan tarbiah ini.
  9. Untuk mereka-mereka yang dambakan kebahagiaan dan ketenangan yang baru merangkak ingin menuju hidayah, dan perlukan bimbingan secara terperinci. Dan....
  10. Untuk diriku sendiri, yang masih banyak cakap tak serupa bikin.

Nama buku : Tarbiah Sentap 3
Siri : Siri 3
Penulis : Adnin Roslan, Shukery Azizan, Qamarul Nazrin, Muaz Faris, Syed Salahuddin, Aizad Farhan, Hakim Sufian, Afiq Jamil dan Izzat Roslan.
Published by : Sentap Press Sdn. Bhd
Terbitan dikeluarkan : Cetakan pertama: April 2016
Goodreads : Tarbiah Sentap 3
Disediakan oleh : Sentap Press Sdn Bhd
ISBN 978-967-14048-0-5
Harga : Semenanjung Malaysia RM30 dan Sabah&Sarawak RM32
Tebal muka surat : 350 m/s

 


Picture by: credit & credit. Kalau korang teliti, BUKU TARBIAH SENTAP 1 hanya ada gambar Ustad Adnin. Bagi aku itu adalah satu permulaan Ustad Adnin dan team memberitahu apa yang ingin mereka samapaikan. Kenapa terwujudnya buku Tarbiah Sentap. Kenapa mereka memilih dakwah yang sentap sentap untuk mengajak masyarakat berubah?. Itu semuanya terjawab di buku 1. Buku TARBIAH SENTAP 2 pula mereka memberitahu sesuatu yang lebih mendalam. Tentang couple, K-pop dan sebagainya. 

Picture by: credit

Tarbiah Sentap 3 mengupas dengan lebih mendalam tentang masalah hiburan, politik, sosial di masyarakat malaysia yang beragama islam. Jadi, disebabkan topik itu lebih berat berbanding buku sebelumnya. Dalam buku ini, terbahagi kepada 18 bahagian/daftar isi. Setiap bahagian ada nasihatnya tersendiri. Dan ada part tentang penulis yang menceritakan pengalaman perubahannya sendiri atau nasihat untuk ummah di luar sana. Aku pernah membaca buku yang ditulis Shukery Azizan dan Izzat Roslan. 
  1. Asam Garam Perubahan
  2. Asam Garam pergaulan
  3. Kemurniann Akhlak
  4. Kemanisan Ibadah
  5. Asam Garam dakwah
  6. Hiburan 
  7. Ilmu
  8. Politik dan Isu Semasa
  9. Kalam Admin
  10. Syed salahuddin
  11. Afiq Abdul jamil
  12. Aizat Farhan
  13. Hakim Sufian
  14. Qamarul Nazrin
  15. Muaz Faris
  16. Shukery Azizan
  17. Izzat Roslan
  18. Adnin Roslan ft. Fadhilah Abdul Rashid.
Picture by: credit

Picture by: Nurul Najihah

Semakin banyak korang baca, semakin robek hati-hati dek nasihat tajam yang membina. 

Tajuk mana yang paling sentap dan best bagi Najihah?.
πŸŽ•Al-Quran itu memberi semangat dan harapan (m/s154)
πŸŽ• Qamarul Nazrin: Multitasking: Kerjaya dan dakwah (m/s300)
πŸŽ• Hiburan (m/s197)
πŸŽ• Ilmu (m/s215)
πŸŽ• Masalah Sosial (m/s266)

Boleh ke nak beli buku TARBIAH SENTAP 3 tanpa membeli TARBIAH SENTAP 1&2?
BOLEH. Sebab ini bukan buku cerita atau novel. Ini buku motivasi, nasihat. Walaupun tak beli buku yang sebelumnya still korang boleh faham apa yang mereka nak sampaikan.  Insyallah korang boleh habis baca dalam seminggu.

Untuk siapa buku ini?
Bagi aku, untuk SEMUA ORANG. Lagi-lagi student di luar sana. Insyallah dapat ambil manfaat banyak tips budget makanan di kolej, cara membahagikan masa dalam buku ini. 

Rating Buku dari Penulis: ⭐⭐⭐
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...