Monday, 30 July 2018

KENAPA TANAM ANGGUR DI RUMAH? + REVIEW DRAMA MISS DEVIL

Picture by: credit
Jemput ambil buah anggur yang Najihah tanam. Alhamdulillah pokok anggur dah jadi macam gambar di atas setelah sebulan menjaganya (hahaha) Sudah nak dekat sebulan Najihah duduk rumah. Orang lain cari kerja, Najihah duduk rumah. Orang lain pergi outing dengan kawan-kawan, Najihah duduk rumah. Orang lain berkhidmat untuk sekolah, Najihah duduk rumah. Orang lain cari duit, Najihah goyang kaki sahaja = Najihah duduk rumah.

Najihah dan rumah tidak dapat dipisahkan. Oh, sebut tentang rumah. Nak tengok rumah Najihah macammana? Haaa tengok gambar bawah itu.

Picture by: credit
Alhamdulillah setelah bertahun lamanya puasa hari Isnin dan khamis. Simpan duit tahan nafsu nak beli barang akhirnya Najihah dah dapat beli rumah. Betullah pepatah melayu kata. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Rumah diatas berkonsepkan rumah Jepun. Najihah memang suka rumah style Jepun dan dengan memecahkan tabung katak akhirnya Najihah dapat beli rumah impian. Alhamdulillah.

Baiklah. Janganlah korang percaya Najihah ada tanam anggur dan ada rumah sendiri. Itu semua dusta belaka! Kah kah kah.

Korang mesti tertanya "Eh Najihah! kau buat apa duduk rumah?"
Najihah pun jawab "Begini jaduallnya...Pada satu hari..."

PAGI.
Pagi Najihah kena bangun awal nak sediakan breakfast adik-adik yang nak ke sekolah. So masak je apa yang ada dalam peti ais/almari. Kadang-kadang buat cucur bawang, kadang-kadang buat pancake dan kalau rajin Najihah buat jemput-jemput durian. Hehe Lepas adik-adik ke sekolah, Najihah basuh baju kotor. Lepastu basuh pinggan hasil breakfast pagi tadi. Pergi bilik jemur tengok ada baju dah kering belum. Kalau kering angkat bawa naik atas. Lepastu kat atas Najihah kemas bilik adik-adik yang kadang-kadang bersepah. Kemas bilik mainan. Then, terus lipat baju kalau ada baju yang tak lipat lagi. Turun bawah bawah nak kena sidai baju yang dah siap basuh. Lepastu naik atas balik. Kemas ruang tamu, dapur, bilik tetamu, dan bersihkan apa yang perlu dibersihkan.

TENGAHARI
Tengahari paling best di mana Najihah akan golek-golek atas katil sambil tunggu azan zohor. Masa itulah Najihah habiskan drama yang tertangguh. Dan currently Najihah tengok drama jepun baru. Iaitu Miss Devil.

Review Drama: Miss Devil (Japanese Drama)


Picture by: credit

Nama drama: (English Tittle) Miss Devil/HR's Devil Mako Tsubaki
                     : (Romaji) Miss Debiru/Jinji No Akuma Tsubaki Mako
PengarahNoriyoshi Sakuma
PenulisMasahiro Yamaura
NetworkNTV
Jumlah Episod: 10
Tarikh diterbitkan: 14 April 2018 - 16 Jun 2018
Link Dramahttps://taxiasian.com/miss-devil-f469/episode-10
credit source: AsianWiki
Watak Utama:
Mako Tsubaki - Nanao
Hiroshi Saito - Shori Sato
Watak Sampingan:
Chihiro Ito - Yoshino Kimura
Tomoharu Osawa - Eiichiro Funakoshi
Toshiyuki Nishida - Kanji Kitamura
Shuhei Okitsu - Masato Wada
dan seterusnya  yang tidak disenaraikan.

Sinopsis dari Najihah.
Baiklah, pelakon utama, Mako Tsubaki watak yang dimainkan oleh Nanao. Najihah kenal Nanao dalam watak jahatnya dalam drama jepun lain iaitu Siren. Yang menariknya, watak dan gaya Nanao walaupun nampak female protargonist yang jahat (kerana mukanya yang bengis mungkin) tetapi Najihah tidak bosan melihat dia berlakon dengan style yang sama dalam drama Jepun Siren. Nanao juga dikategorikan dalam pelakon wanita jepun yang tercantik oleh masyarakat.

 
Picture by: credit & credit. Tugas Miss Devil di bawah Human Resources adalah memecat pekerja yang tidak diperlukan syarikat insuran Kyoa Home. Miss Devil/Mako Tsubaki akan menghantar Hiroshi Saito yang dimainkan oleh Shori Sato. Najihah kenal Shori Sato dalam drama sebelumnya iaitu 49. Miss Devil akan menghantar Saito ke setiap department yang berbeza 2 kali seminggu untuk mencari pekerja yang layak untuk dipecat. Overall cerita dia best sebab lain daripada yang lain. Dia bukan cerita cliche dalam drama korea dan taiwan di mana kita boleh tahu ending dia macammana.

Watak Mako Tsubaki adalah strict dan cold membuatkan ramai orang takut untuk memandang ke arah matanya. Dia tahu segala maklumat tentang orang yang akan dipecatnya. Berapa income keselurihan, tax yang perlu dibayar. Dan semua orang yang dipecat Miss Devil akan menempuhi hidup yang lebih baik daripada sebelumnya. Itu menunjukkan bahawa watak utama ini sudah selidik dan yakin golongan yang dipecat berhak untuk dikeluarkan dalam syarikat.

Watak Saito pula adalah menjadi spy/umpan bagi Mako Tsubaki untuk mengetahui segala taktik dan perlakuan dalam satu department ke department yang lain. Saito mempunyai sifat balas kasihan yang tinggi. Namun ada rahsia di sebalik Mako Tsubaki dan hubungannya dengan Saito Hiroshi. Hubungan mereka berdua juga ada kaitan dengan Syarikat Kyoa Home. Apakah sejarah di sebalik Mako Tsubaki, Saito Hiroshi dan Syarikat Kyoa Home?. Saksikan drama ini link yang Najihah berikan.

Overall memang best best best gila cerita ini. Drama ini tiada tag romance. Seperti biasa, kalau drama Jepun mesti banyak cerita yang berkaitan dengan pejabat-pejabat. Realiti sebenarnya di Jepun mereka memang mementingkan kerja. Dan genre drama begitu yang Najihah suka. Tak banyak romance.

Untuk siapa drama ini?
  1. Untuk mereka yang dah habis SPM dan ke atas. (Bawah kategori SPM tak perlu tengok. Buang masa je. Baik belajar.) Boleh sahaja semua orang nak tengok tetapi pentingkan kerja yang utama dulu ya. 
  2. Untuk mereka yang tidak suka tengok drama cinta-cinta.
  3. Untuk mereka yang suka female protagonist/lead female drama dan watak heroin yang kuat.
Rating drama bagi penulis ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐
Najihah rasa, semua drama yang Najihah review semuanya best belaka. Haha

Terima kasih baca~ Have a good day everyone...

8 comments:

ejulz said...

syok la kalau dpt tanam anggur dlm cuaca panas sekarang ni. hehe

M. N. HAZIQ said...

Ingatkan betul rumah awak camtu. cantik bukan main.

vitamin Syaza said...

inshAllah najihah dapat rumah tu sejibik cam tu one day nanti ! :D

Cik Yaya said...

salam.hi najihah..
yaya mai singgh sat ni..
amboi..mati2 ingt mmg btul tanam anggur kat uma tu..haha
nak last bru perasan 'anggur' yang dimaksudkan...hehe
ok2..xjudge pun.tpulang nak cri duit or tmbh lmak d rumah..xde mslh buat yaya
as long as u happy =p

Nurul Najihah said...

uish...betul itu...

Nurul Najihah said...

Ehhhhh tak takkkk hehe. Rumah berangan jeeee hahaha

Nurul Najihah said...

Ameeeennnn insyallah. So i'll work hard!

Nurul Najihah said...

Huhu terima kaseeeeeeeeeehhhhhh.....