Let's talk about: Menulis Blog + Kelebihan diri

Wah wah wah... Asalamualaikum people!. ← and i stuck here. Fikir selepas bagi salam nak tulis apa. 
Sebenarnya lah kan, aku tak suka gila bila ambil masa yang lama untuk menulis blog. Serius!. Aku jadi tak puas bila dah 10 minit masa berjalan tapi still aku di perenggan kedua. Memang tabik betullah orang yang menaip blog dengan cepat di samping dengan isi-isi yang bagus. Tabik!. 

Picture of Jang Ki Yong in Drama Come and Hug Me - by Soompi
My apple pie sweet candy sugar crush lollipop brownies and macaroon~

Focus Najihah focus! Ehem ehem maafkan saya. ← Stuck lagi di sini. Someone help. 
Ok lah ok lah jom. Update of My life selepas post terakhir iatu "No reason." Di mana post tu pendek gile nak pengsan! Masa itu memang dalam keadaan down. Disebabkan aku cuba untuk tidak meluahkan segalanya di media sosial jadi aku buat keputusan untuk tulis kata-kata semangat untuk diri aku. That's why lah pendek gila post masa itu.

Tetapi pendek tak pendek still ada komen positif. Ahaks! sebenarnya terharu. Ya! I terharu huhuhu. Terima kasih kepada blogger-blogger yang komen. Tabik kat korang sebab still support walaupun tak ada isi yang bermanfaat pun dalam itu. Korang memang wahhh full time blogger! Thank you so much!!!!!

Menulis blog: Aku cuba la sikit sikit supaya bila tengah emosi itu, tak perlu post kat status Instagram, status whatsapp, kat blog. Sebab media sosial ini menakutkan. Baik kawal diri. Bukan apa, dunia sekarang dengan dunia masa Najihah kecil dulu lain. Dunia sekarang semua orang ada senjata smartphone. Dunia globalisasi. Merentas satu dunia. Tanpa internet hidup merana. Diorang lawan guna viral. Bukan berbincang dengan kata-kata berhikmah. Ya! tak semua. hanya segelintir manusia sahaja.

Ada adab dalam media sosial. Kita sendiri boleh membezakan mana sesuatu informasi yang baik dan mana satu informasi yang buruk bukan?. Bukan menerima sesuatu informasi dengan membuta-tuli tanpa usul periksa. Mahasiswa. Mahasiswa adalah seorang pengkaji. Pensyarah aku sendiri kata, kita boleh tahu sesuatu informasi, tetapi untuk menerima informasi itu kita sendiri perlu menapis dan tidak terima sebulat-bulatnya.

Even semasa nak buat assigment, aku tak percaya nak ambil bahan-bahan dari blogspot. You know what i mean lah. You punya U sama jugalah... blogspot punya bahan jangan ambik wooo itu tidak baik punya.... I mean, boleh sahaja baca informasi dalam blog tapi hati-hati lah juga. Sebab kita tak tahu kan sumber mana yang diorang ambil. Aku akan guna Google Scholar yang pasti hahaha!

Kelebihan diri: Mungkin ada yang tahu tulisan aku cantik tertarik memang de bomm!. Ok puji diri sendiri...astaghfirullahalazim...Ye la aku sedar tulisan aku ramai orang puji. Diorang kata macam tulisan robot lah tulisan komputer lah, tulisan bulat lah tapi apa yang pasti aku kurang suka tentang tulisan aku sendiri.

Semua orang mesti nampak kelebihan aku. Tulisan cantik. Tapi diorang tak nampak ke'struggel'an aku untuk tulis karangan dengan cepat. Diorang tak nampak betapa sakitnya bila nak kena tulis huruf satu persatu. Kadang-kadang aku frust jugalah dengan tulisan aku. Sampaikan masa final sem 1 dulu ada terdetik dalam hati, "kenapa lembab sangat aku tulis?." "kenapa aku bila menulis perlu tekan?! sakit tangan dowh..."

Tapi itulah, puji tak puji orang itu, semuanya berbalik kepada Allah. Korang boleh baca doa kat bawah kalau ada orang puji. Tapi apa yang pasti, semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.


p/s By the way, Najihah dah cuti sem!!! Insyallah boleh buka blog selalu huhu

1 comment:

  1. Ejulz pun respect dgn blogger2 yg menghasilkan penulisan yg menarik. Ejulz blogger suam2 kuku je. hehe.. Pasal nak post semua tu mmg ejulz setuju.. x semua yg boleh dikongsi di media sosial.. ada hadnya. Buat sesuatu jgn berharap pujian tp harap keberkatan dariNya.. Insyaallah

    ReplyDelete

Baca lagi :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...