Saturday, 21 July 2018

Mee Kolok Daging + Manggis + ABC/Cendol/Lai Chee Kang + Roti John

Asalamualaikum. Hari Sabtu pastilah seisi keluarga perlu meluangkan masa sama-sama bukan?. Jadi parents Najihah bawa kami adik-beradik ke Dayang Sarawak Corner Putrajaya. Wahhh sambil makan sambil mengamit kenangan lalu ketika melancong di Sarawak. Huhu.

Review Makanan di Restoran Dayang Sarawak, Putrajaya
Makanan di sana memang sedap belaka. Najihah order Mee Kolok Daging. Daging dia lembut dan tak liat dikunyah. Huwaaa nak makan lagi kat sana... 

photo by: Nurul Najihah

Menu yang kami order:
  1. Mee Kolok Daging Biasa (RM7.50) X2
  2. Mee Kolok Udang Biasa (9.00) X2
  3. Mee Kolok Udang Special (9.50)
  4. Laksa Sarawak (RM7.50) X2
Haaa banyak tak makan?. 7 mangkuk untuk 7 orang. So far portion makanan dia bagi Najihah medium sahaja. Untuk perut Najihah memang nak kena 2 mangkuk atau lebih. Ops!. Harga semua makanan plus air lebih kurang RM64. Murah la juga kan??? So kalau untuk 7 orang makan bagi Najihah dah ok lah tu. Bajet boleh bawa duit RM 50 ke atas dan RM80 ke bawah (pendapat Najihah la).

Korang boleh usha-usha Insta status/location = tekan sini 

***

Emoji sedih+gembira. Najihah nak nak nak sangat makan manggis. Oh my alhamdulillah akhirnya dapat juga merasa setelah berapa tahun entah tak makan manggis. Wuish! sedapnya! Harga manggis yang dijual, 1kg = RM8 dan 3kg = RM20. Dan mestilah parents Najihah belikan 3kg untuk anak-anaknya yang makan banyak... Ya Allah sedap betul menelannya...

photo by: Nurul Najihah

Selepas makan Manggis, kami tak berhenti di situ sahaja! Tekak kami perit nak air yang boleh menyejukkan. Apa yang boleh membuatkan tekak kita sejuk??? pastilah air sejuk!!! (hahaha tak lawak). Ok ok lepastu kami beli ABC, Cendol Aiskrim, Cendol Durian Aiskrim dan Lai Chee Kang. Fuh...sejuk tekak kitorang meneguknya...

ABC, Cendol Durian Ais Krim, Cendol Ais krim dan Lai Chee Kang.
photo by: Nurul Najihah

Dan..setelah meneguk air yang sejuk kami tidak mengaku kalah untuk makan lagi, Kali ini abah belikan Roti John Daging. Ya Allah Ya Tuhanku memang sedap gila weh...sehingga menjilat jari dibuatnya. Huwaaa dah mula lapar balik aigooo macammana ini?.

photo by: Nurul Najihah

Baiklah...baiklah itu sahaja sesi Najihah tentang makanan. Huhu...(nak makan lagi). Have a nice day!


2 comments:

ShirVen said...

Wahh... food food. I is like 😁

adianiez AIDA said...

manggis!
manggis!
akak tak jumpa manggis lagi ni, najihah.
feveret tau.