Saturday, 21 July 2018

Resepi Pancake Madu Mudah Cepat Sistematik 'Double B Triple S' Untuk Remaja/Bujang

Gambar sekadar hiasan. Insyallah rasa dia sedap boleh dimakan. Thanks copyright

Asalamualaikum peeps... Hari ini Najihah dengan suka rela post resepi pancake yang adik Najihah buat. Kenapa kena post? sebab resepi ini memang mudah lagi cepat lagi sistematik untuk Najihah masak sarapan pagi adik-adik ke sekolah. (menggunakan resepi Balqis, my sister).

Bahan-bahan
  1. Tepung gandum
  2. Telur
  3. Air
  4. Madu
Alat
  1. Pan
  2. Mesin pengisar
  3. Api (of course lah en)
Cara-cara
  1. Letakkan tepung, telur dan air ke dalam mesin pengisar (kalau nak gaul sendiri pun boleh)
  2. Tekan butang on
  3. Pegang mesin pengisar kerana mesin itu akan bergegar dengan kuat. hati-hati!
  4. Start masak adunan yang sudah dikisar lembik ke dalam pan
  5. Tunggu sehingga adunan betul-betul masak (tak nampak ada lembik-lembik).
Haaa ini adalah gaya bahasa senang untuk remaja di luar sana yang nak masak pancake. Hahaha Tapi korang boleh juga modified pancake tu letak chip chocolate/mixed fruit kat atas dia. Kalau kitorang nak cepat memang tuang madu je lah jawabnya. 

Gambar sekadar hiasan. Wahhh sedapnya! credit copyright

Gambar sekadar hiasan. My favvvvvvvv credit copyright

2 comments:

  1. hahaha api tu wajib ada, kalau tak melangut lah depan pan :P

    ReplyDelete
  2. simple dimple nih.
    akak panggil lempeng aje :)
    cicah sambal. hadoi lah...

    ReplyDelete