Saturday, 28 July 2018

Review Buku: Tarbiah Sentap 3


Picture by: credit


REVIEW BUKU TARBIAH SENTAP 3
Sinopsis Buku Tarbiah Sentap.
Buku ini adalah sambungan dari buku Tarbiah Sentap 2. Untuk siapakah buku TARBIAH SENTAP 3 ini?
  1. Untuk orang yang merasakan dirinya tak pernah buat dosa. Mungkin dia lupa, yang maksum hanya Rasulullah.
  2. Untuk orang yang merasakan dirinya tak pernah bertaubat. Mungkin dia lupa, Rasulullah pun setiap hari bertaubat tak kurang dari 100 kali sehari.
  3. Untuk orang yang merasakan umur dia masih muda. Mungkin dia lupa ajal boleh datang bila-bila.
  4. Untuk orang yang terlalu over confident bahawa taubatnya pasti diterima. Mungkin dia lupa, angan-angan dan terlalu over confident adalah seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang amat yakin bahawa mereka akan masuk syurga.
  5. Untuk orang yang hanya berpada dengan ilmu yang sedikit tentang taubat, sedangkan, taubat itu mempunyai rukun, syarat, halangan dan pendorong yang perlu kita semua tahu.
  6. Untuk orang yang merasakan taubat adalah perkara remeh. Sedangkan, taubat adalah fardu ain ke atas setiap makhluk yang bernama manusia....
  7. Untuk mereka-mereka yang nak BEBAS dari maksiat dan dosa, namun dia masih kabur tentang hakikat dosa, dan apakah cara untuk meninggalkannya.
  8. Untuk mereka-mereka yang mahu libatkan diri dalam dakwah tarbiah, namun, dia tak nampak, apakah jalan yang sebenar dalam melalui dakwah dan tarbiah ini.
  9. Untuk mereka-mereka yang dambakan kebahagiaan dan ketenangan yang baru merangkak ingin menuju hidayah, dan perlukan bimbingan secara terperinci. Dan....
  10. Untuk diriku sendiri, yang masih banyak cakap tak serupa bikin.

Nama buku : Tarbiah Sentap 3
Siri : Siri 3
Penulis : Adnin Roslan, Shukery Azizan, Qamarul Nazrin, Muaz Faris, Syed Salahuddin, Aizad Farhan, Hakim Sufian, Afiq Jamil dan Izzat Roslan.
Published by : Sentap Press Sdn. Bhd
Terbitan dikeluarkan : Cetakan pertama: April 2016
Disediakan oleh : Sentap Press Sdn Bhd
ISBN 978-967-14048-0-5
Harga : Semenanjung Malaysia RM30 dan Sabah&Sarawak RM32
Tebal muka surat : 350 m/s

Pendapat Penulis
Bagi aku, semua buku-buku Tarbiah Sentap aku suka. Memang masa kat sekolah dulu dari keluaran pertama yang Tarbiah Sentap keluar hingga sekarang aku still membacanya. Memang kalau baca pasti sahaja sentap. Lagi-lagi tentang tengok drama dan k-pop. Huwaaaa...

First Impression
First time aku tengok cover buku ini (TARBIAH SENTAP 3) aku dah agak yang semua masyarakat di luar sana sudah tahu kewujudan team Tarbiah Sentap dalam menerbitkan buku-buku berfaedah di Malaysia. Kenapa? 

Picture by: credit & credit. Kalau korang teliti, BUKU TARBIAH SENTAP 1 hanya ada gambar Ustad Adnin. Bagi aku itu adalah satu permulaan Ustad Adnin dan team memberitahu apa yang ingin mereka samapaikan. Kenapa terwujudnya buku Tarbiah Sentap. Kenapa mereka memilih dakwah yang sentap sentap untuk mengajak masyarakat berubah?. Itu semuanya terjawab di buku 1. Buku TARBIAH SENTAP 2 pula mereka memberitahu sesuatu yang lebih mendalam. Tentang couple, K-pop dan sebagainya. Korang boleh tengok cover Tarbiah sentap 2, ramai orang boleh menerima dakwah secara sentap. Insyallah.  Dan! dan! untuk yang Tarbiah Sentap ketiga! Aku tak faham sangat kenapa cover macam titanic. Mungkin...pendapat aku lah...

Picture by: credit

Tarbiah Sentap 3 mengupas dengan lebih mendalam tentang masalah hiburan, politik, sosial di masyarakat malaysia yang beragama islam. Jadi, disebabkan topik itu lebih berat berbanding buku sebelumnya. Kita boleh nampak dalam cover buku 3. Ada seorang lelaki yang cuba untuk meneruskan hidup walaupun kapal yang dinaiki tenggelam. (kah kah kah  ye la tu. Najihah main cakap je ya...don't take it too seriously). So, nak dikatakannya kat sini bahawa lelaki itu adalah kita yang cuba untuk berubah dengan lebih baik walaupun ada kapal maksiat/cabaran luaran/masalah negara cuba untuk menenggelamkan kita. Ok cukup cukup lah Najihah mengarut.

Dan dengan kewujudan buku tarbiah sentap 3 terbuktilah bahawa ramai orang memerlukan buku ini dan tahu kewujudan Sentap Press untuk menerbitkan lagi buku yang boleh mengubah seseorang menjadi lebih baik.

Dalam buku ini, terbahagi kepada 18 bahagian/daftar isi. Setiap bahagian ada nasihatnya tersendiri. Dan ada part tentang penulis yang menceritakan pengalaman perubahannya sendiri atau nasihat untuk ummah di luar sana. Aku mpernah membaca buku yang ditulis Shukery Azizan dan Izzat Roslan. Memang best.
  1. Asam Garam Perubahan
  2. Asam Garam pergaulan
  3. Kemurniann Akhlak
  4. Kemanisan Ibadah
  5. Asam Garam dakwah
  6. Hiburan 
  7. Ilmu
  8. Politik dan Isu Semasa
  9. Kalam Admin
  10. Syed salahuddin
  11. Afiq Abdul jamil
  12. Aizat Farhan
  13. Hakim Sufian
  14. Qamarul Nazrin
  15. Muaz Faris
  16. Shukery Azizan
  17. Izzat Roslan
  18. Adnin Roslan ft. Fadhilah Abdul Rashid.
Picture by: credit

Pengajaran Yang Didapati.
Pengajaran yang aku dapat: BANYAK. Serius banyak. Banyak sangat dia tegur aku dalam tidak men'judge' orang dengan sesuka hati. Menjaga masa yang tidak berhenti,. Pergaulan sebenarnya dengan sang lelaki. Bila kau baca pasti kau terhenti. Berfikir balik kejadian diri. Yang membawa kau ke kanan atau kiri. Fuyoooo Rapper Najihah in the house~

Kelebihan Buku Tarbiah Sentap 3
First aku nak cakap yang ada banyak sangat tempat kosong dalam buku kali ini. Adakah itu satu kelebihan atau kekurangan?. Bagi aku aku tak suka ada banyak gap kosong dalam buku ini. Tetapi kan, bila difikirkan balik. Aku terasa macam buku ini seperti QUOTES dalam Instagram tu. Satu muka surat satu quotes. Mungkin salah satu tarikan untuk para manusia yang kurang gemar baca buku ayatnya yang panjang-panjang. So, diorang buat pendek-pendek ini haaa senang ekau membacanya. Ya tak ya?. That's whylah banyak benau halaman yang kosong-kosong kat bawah tu.

Picture by: Nurul Najihah
Rasa nak buat sesuatu sahaja tempat kosong tu. Adoi. Adakah aku mengalami OCD?

Semakin banyak korang baca, semakin robek hati-hati dek nasihat tajam yang membina. 

Tajuk mana yang paling sentap dan best bagi Najihah?.
πŸŽ•Al-Quran itu memberi semangat dan harapan (m/s154)
πŸŽ• Qamarul Nazrin: Multitasking: Kerjaya dan dakwah (m/s300)
πŸŽ• Hiburan (m/s197)
πŸŽ• Ilmu (m/s215)
πŸŽ• Masalah Sosial (m/s266)

Boleh ke nak beli buku TARBIAH SENTAP 3 tanpa membeli TARBIAH SENTAP 1&2?
BOLEH. Serius boleh. Sebab ini bukan buku cerita atau novel yang. Ini buku motivasi, nasihat. Walaupun tak beli buku yang sebelumnya still korang boleh faham apa yang mereka nak sampaikan.  Insyallah korang boleh habis baca dalam seminggu. (Kalau korang komited dalam menghabiskan + faham) buku ini. Jadi pendapat aku kat korang, korang memang kena beli buku ini. Sebab memang ada kaitan dengan diri masing-masing. LAGI LAGI MAHASISWA DAN MAHASISWI sekalian. Dalam buku ini ada tips untuk berjimat cermat bagi pelajar universiti. Haaa jangan main-main dengan konten buku ini. Semua benda bermanfaat ada insyallah...

Untuk siapa buku ini?
Bagi aku, untuk SEMUA ORANG. Lagi-lagi PARA REMAJA di luar sana. Sebab banyak sangat tips budget makanan di kolej, cara membahagikan masa untuk korang baca.

Rating Buku dari Penulis: ⭐⭐⭐⭐⭐

5 comments:

Sheila Adziz said...

nice sharing jihah.... nak cari la buku ni... mmg tersentap ni... hehe

Nurhaziq Abdul Hafiz said...

bagusnya baca buku agama. buku agama adalah buku yang paling jarang saya beli, Novel novel berunsur agama biasalah saya beli.

adianiez AIDA said...

aida baru beli utk kak Nurin - tarbiyah coklat.
kalau tak silap la tajuk nyer.
dibawa ke asrama. aida lom baca lagi.

Siti Yang Menaip said...

buku ni elok kita baca.. kasi kesedaran dalam bentuk haluih tapi menikam kalbuu..

ejulz said...

terbaek buku ni. baik utk peringatan bersama