Thursday, 19 July 2018

Topeng Mana Yang Kau Minati?





credit picture: Mask Girl

Akan ada satu hari nanti,
kau akan tertanya-tanya,
mengapa kau masih di sini,
padahal masa sudah melepasi,
meninggalkan kau sendiri,
berfikir balik apa tujuan diri,
betulkah ini yang kau mahu jadi,
dek tidak mengenal isi hati,
tersalah memilih pilihan jati,

Inikah yang aku mahu jadi,
atau itukah impian karakter diri,
topeng mana yang kau minati,
sehingga buang semua kulit muka kaki,
Semua orang memerhati,
menilai diri ini,
menentukan itu ini sana sini,
jangan jadi diri sendiri,
semua orang perlu ada semangat ini,
semangat ini perlu sama rata sesama sendiri,
padahal semua ada keunikan diri,

Banyak topeng yang sudah kumiliki,
mana lagi yang menjadi pilihan hati?.
Tinggalkan aku sendiri,
menjadi diriku yang sebenar berjati diri.

by: Nurul Najihah (19/7/18)

No comments:

Post a Comment