Friday, 31 August 2018

Jambatan Pulau Pinang

Mesti korang terkejut. Semalam update blog Najihah ada dekat rumah. Tapi sekarang, hari ini Najihah bukan di rumah lagi! Najihah di Pulau Pinang! Disebabkan terlalu teruja dengan jambatan Pulau Pinang, nah Najihah belanja gambar.














Thursday, 30 August 2018

Nantikan Posting Tentang Kemerdekaan


Kalau boleh nak habiskan petang ini juga entri kemerdekaan ini. Boleh terus scheduled untuk esok. Tapi mata dah ngantuk sangat ini. Tunggu disarungkan bantal sahaja ini Lepas itu tak masak lagi lauk dinner. Nanti adik-adik balik sekolah nak makan apa. Ahhh ngantuk! Ok bye nak masak! Ngantuknyaaaa. Ah nak kena masak! Fighting!

Happy Breakfast!

Disebabkan Najihah tak boleh tidur di post ini ---> Satu Sahaja Masalah Najihah kerana Najihah daftar subjek pagi-pagi buta di post ini ---> Debar Daftar Subjek Sem 2 maka Najihah menjadi tidak produktif di waktu pagi. 

Apa-apapun tanggujawab kena laksana. Maka turunlah Najihah ke dapur untuk masak breakfast seperti biasa. Hari ini makan mewah sedikit. Najihah namakan breakfast kali ini... *bunyi drum "Egg Fillet Bread!!!" Yeay...




Happy breakfast uollz... (Eh, ke ada orang puasa sunat hari ini? Alhamdulillah...)

Satu Sahaja Masalah Najihah Sekarang.


I need to sleep. Sejak daftar 3 subjek dalam post ini ---> Daftar Subjek Sem 2 Najihah tak boleh tidur. I know mana la orang online pagi-pagi buta macamni. Semua orang tidur. Yang rajin pergi qiam. Aku sorang je pelik. Tak habis-habis baca blog sendiri. Ah sudahlah. Baik aku tutup laptop dan berangan. Ataupun kira biri-biri imaginasi yang tengah lompat depan aku hahaha. Ok bye blog kesayangan. Credit gambar: Biri-biri comel.


Debar Daftar Subjek Sem 2

Asalamualaikum.

Baru tadi pukul 12:00a.m Najihah bangun untuk daftar subjek Sem 2. Uish debar betul bila nak check dan pastikan yang itu adalah course yang aku akan ambil. Hahaha. Tengok berkali-kali betul tak course ini betul tak course ini. Aduh apa-apala yakin sahaja la! Tup tekan. Alhamdulillah sekarang baru berjaya daftar 3 subjek daripada 7 subjek. So maknannya ada 4 subjek lagi yang belum daftar. 

Hari Ahad ini Najihah akan bertolak ke Kolej dah. Minggu depan start kelas. Doa-doa supaya dapat penyarah yang baik dan terbaik, mendapat kolej laju internetnya supaya dapat berblog, mendapat bilik yang selesa, mendapat rumah housemate yang sama seperti sem lepas, mendapat rakan kelas yang awesome dan paling penting! semangat belajar!. Insyallah... Fighting!

Tuesday, 28 August 2018

Satu Hari Nanti Akan Aku Beli Buku-Buku Ini!

Salah satu kenapa aku nak nak nak sangat ada kedai buku sendiri, aku boleh dapatkan buku yang aku nak dengan mudah sekali. (short-mind lol). Aku tak boleh la duduk diam kalau ada buku yang aku nak tapi tak dapat lagi. Tapi ye la. Slow, slow. Lagipun aku dah tak boleh nak beli buku lagi untuk tahun ini seperti yang aku dah cerita di sini ---> Happy Birthday To Me (2018)  Oh by the way, semalam hari jadi aku. Huhu dah 19 tahun dah Najihah...

Dan di bawah ini adalah buku-buku yang aku nak sangat beli. 

1. Buku dari Indonesia (Penulis: Wirda Mansur dan Gita Savitri Devi)
Antara keempat-empat buku yang aku nak! Aku nak sangat buku Rentang Kisah.
Credit picture HERE

         

2. (Ghost-written/true-written: Zoella Sugg)
Walaupun ada kontrovesi tentang novel yang ditulis Youtuber terkenal Zoella. Apa yang penting bagi aku adalah aku nak baca sambungan Girl Online. Sebab dulu masa sekolah menengah aku ada pernah baca Girl Online 1. So berhenti sampai situ sahaja.Tapi buku ini bukanlah dalam kategori "Nak sangat buku ini sampai beli". Ini hanya sekadar "kalau ada dalam perpustakaan/kawan punya aku pinjam". Credit Picture HERE & HERE & HERE

      

Terima kasih layan blog Najihah hari ini. Have a nice day...

Monday, 27 August 2018

REVIEW BUKU: KOMIK RAPAT DALAM KEJAUHAN OLEH XIAO BAI

Sudah lama tak buat review...hehe kali ini review yang unik sedikit iaitu review komik... Dari kecil lagi Najihah suka baca komik/manga/manhwa. Sebab dengan melihat komik Najihah boleh cantikkan lagi lukisan-lukisan yang Najihah lukis. Dulu, bolehlah lukis orang/anime tapi sekarang...lukis grafik je boleh. Tangan dah kaku. Tapi Najihah ada buat challenge doodle supaya tangan ini kembali pulih.  (macam sakit sangat je tangan tu hahaha) Nanti Najihah update Doodle itu...

   

REVIEW BUKU: KOMIK RAPAT DALAM KEJAUHAN

Book name : Rapat dalam kejauhan...
Series : Mangaka
Art & Story : Xiao Bai
Art Direction: Kenny Chua/Kiaong
Translated by:  Sam, sudah dirasmikan dalam Bahasa Malaysia oleh DARGAUD-LOMBARD
Proof Edited by: Saadah Baharuddin
Lettering & Design: Wei Yun
Publisher : ART SQUARE CREATION SDN BHD
Printed by: PERCETAKAN TAATT SDN BHD
Publish date : Cetakan pertama March 2012
Goodreads : - 
ISBN 9789675217906 
          9555276302811
Price : RM8.50 (Semenanjung) & RM9.50 (Sabah & Sarawak)
Page : 206 m/s

Sinopsis belakang
Rapat dalam kejauhan...
"Jika kita kehilangan harta kesayangan... apakah kebarangkalian ia akan kembali? Jika keajaiban itu ada...maka berapa lama aku kena tunggu hingga ia berlaku?"

Komik ini mendapat anugerah PEMENANG PINGAT EMAS ANUGERAH MANGA ANTARABANGSA KE-4

First Impression
Masa nak beli buku ini dulu...Najihah tertarik dengan lukisan cover komik. Memang cantik! Lukisan dia tak terlalu mainstream...Lepastu dah boleh agak komik ini mesti genre drama yang sedih-sedih sahaja. Cover belakang pula...aduh...handsomenyaaa watak itu...Eh fokus fokus.

Cinta mungkin muncul dari sudut tak terjangka...
Beranikah anda mencuba...

Sinopsis dari Najihah
Overall komik ini bermula dengan watak perempuan yang bernama Xiao Tian keluar makan dengan kawan-kawan dia. Tiba-tiba ada seorang lelaki tetiba pegi peluk Xiao Tian. Dan itulah kali pertama mereka berdua berjumpa sebagai mak-anak. Mesti korang keliru..hubungan anak dan mak? eh apa ini? Ok sebenarnya lelaki yang peluk Xiao Tian itu adalah anak masa hadapan Xiao Tian dengan lelaki yang tidak dikenali, X. Anak masa hadapannya bernama Li Wei. 

Li Wei walaupun badannya besar seperti remaja...tetapi pemikirannya seperti budak-budak. Li Wei datang ke dunia maknya untuk meluangkan bersama Xiao Tian akan meninggal pada masa hadapan semasa Li Wei sewaktu kecil. Disebabkan terlalu rindu, Li Wei diberi peluang untuk berjumpa maknya di zaman lepas. Walaupun pada mulanya Xiao Tian tidak mempercayai Li Wei. namun dengan hanya menunjukkan bukti XXX Xiao Tian akhirnya percaya. (haaa bukti apakah itu...). Nama suaminya adalah Ling Zhongdao.

Setelah lama Xiao Tian meluangkan masa bersama Li Wei, banyak sangat rahsia yang dia tahu tentang anak masa hadapannya...dan juga cara atasi masalah yang dihadapinya. Kenapa Li Wei makan pil? Kenapa banyak sangat duit yang Li Wei ada dalam dompetnya...Apa konflik Li Wei dengan kawannya? Siapakah ayah Li Wei aka Suaminyaaa??? Bagaimana dengan teman lelakinya???

Tiba-tiba Li Wei menghilangkan diri dan Xiao Tian baru jumpa bakal suaminya. Apakah yang berlaku? Rupa-rupanya...(korang boleh beli yaaa komik ini kalau nak tahu ending hehe)

Pendapat Najihah
Memang best...Najihah suka dengan watak yang comel dan warm heart story. Bila korang baca cerita komik ini korang akan rasa macam korang tengok drama. Memang mantop lah lukisan dan jalan cerita ini. Watak yang Najihah suka adalah of coarse lah Li Wei. Sebab Li Wei handsome. eh. Sebab Li Wei betul-betul sayangkan mak dia. Itu adalah sifat yang anak-anak perlu ada terhadap parentsnya.

Pengajaran yang Najihah dapat adalah luangkan masa dengan sepenuhnya terhadap orang yang kita sayang. Kerana mungkin esok lusa kita tak akan dapat meluangkan masa bersama... (eh, macam dejavu je ayat ini).

Terima kasih baca!

16 RANDOM FACTS ABOUT NURUL NAJIHAH

  1. I'm someone who can get startled easily when I'm not focusing on something.
  2. Looking at Instagram feeds too much make me wanted to vomit. (I don't know why)
  3. I like books so much. I think I'm bibliophilia.
  4. I like Nasi Lemak and can eat it for the whole week. Seriously.
  5. I kinda like my panda-eyes. But for my professionalism, I need to cover it with spectacle or foundation. But trust me, I don't care about it and confidently show my bare skin when I'm going out.
  6. I'm short, cutie pie and everyone seems to like to put their arms on my head. 
  7. My favorite color is red. More like I'm obsessed with it.
  8. I'm so happy when they give me stationary. 
  9. Carrot Juice is my choice.
  10. The library is the place when I want to be alone and appreciate me-time.
  11. I'm someone who can stay in the bookstore for a whole day. 
  12. I hate windowed-shopping.
  13. My favorite day is Sunday
  14. I didn't wear a spectacle when I'm at home but wear it when I'm going out.
  15. Don't ever asked me to go outing at the shopping mall if there are no things that you wanted to buy. (Please refer no.12)
  16. My Favourite Surah in Al-Quran is Surah Ya-Seen.
  17. Credit picture ---> here

Happy Birthday To Me (2018) + Jawapan Teka Teki Hadiah Misteri Untuk Najihah

Pejam celik pejam celik si pemilik blog This Little Light Of Mine sudah berumur 19 tahun. Aku mengakui yang cepat sangat masa berlalu. 19 tahun hidup membuatkan aku terfikir sendiri. Apakah sumbangan aku terhadap diri sendiri, keluarga, islam dan negara.

Selama 19 tahun aku hidup, aku belajar kematangan itu bukan terletak pada umur. Malah tidak melihat angka pun. Kematangan boleh dibentuk melalui pengalaman dan juga berfikir. Ini membuatkan aku sering bertanya diri aku sendiri. Ya, aku 19 tahun. Adakah aku 19 tahun yang belum matang ataupun yang sudah matang. Kalau nak bahas isu matang ini pasti panjang dan meleret nampak gayanya. Kerana setiap orang mempunyai definisi matang yang berbeza.
  • Ada orang yang mengatakan seseorang itu telah matang apabila kita menggalas tanggujawab yang ada dengan ikhlas.
  • Ada orang yang mengatakan seseorang itu matang apabila kita dapat menghadap kritikan yang diberi dan berusaha untuk memperbaiki dan muhasabah dirinya.
  • Ada orang yang mengatakan seseorang itu matang apabila tidak membuat satu keputusan dengan membuta tuli dan mengikut perasaan.
Jadi adakah aku sudah matang sepenuhnya?

Selama 19 tahun aku hidup, aku baru sedar 2000000000% bahawa nikmat Allah itu melimpah buatku. Dari aku dilahirkan di dunia hingga sekarang.  Setelah aku baca buku Cerita Gagal oleh Iman Publication, penyusunnya: Faizah Hamid dan Fatin Syamimy. Banyak sangat sangat sangat sangat ujian yang mereka timpa dan ujainnya lebih berat dari ujian aku. Sekadar 1 kali gagal JPJ, sekadar sedikit lagi mahu gagal peperiksaan masa sem 1, gagal UPU, gagal pergi belajar luar negara. Gagal mencapai target SPM. Walaupun nampak berat, tetapi salah satu cara untuk kekal redha adalah dengan melihat kegagalan orang lain. Kalau rasa kita gagal bagai nak rak tak boleh nak survive dah. Berhenti sejenak. Berfikir. Sapu air mata dan mengakui bahawa ada orang di luar sana yang lebih berat ujiannya daripada kegagalan yang kau terima. So far aku nak nak nak sangat buat review buku ini. Tapi aku tak tahu bila semangat review buku itu kembali. Semangat review aku seru kau kembali~

Selama 19 tahun aku hidup, aku mula untuk appreciate diri aku sendiri. Aku mula jatuh cinta dengan diri aku sendiri. Aku mula untuk tidak terlalu makan hati bila ada orang cakap ketinggian aku ini tidak menggambarkan umur 19 tahun. Well, what do you expect kan? Tidak semua orang umur 19 tahun perlu ada ketinggian yang sama rata. We're not robots. Semua orang ada keunikan diri sendiri. Bagi aku, mentaliti masyarakat sekarang ini tidaklah begitu luas. Semuanya nak kena on-time.
  • Budak yang berumur 19 tahun ketinggiannya perlu 150cm ke atas.
  • Selepas SPM perlu cari kerja cari pengalaman
  • Kena graduate on-time
  • Selepas habis belajar kena ada kerja
  • Selepas habis belajar kena kahwin
  • Selepas kahwin kena ada anak
  • Dah ada anak besar kena ada cucu
Memang bagus untuk rancang perjalanan hidup kita. Tetapi kita perlu terima bahawa tidak semuanya  yang kita rancang perlu on-time. Kerana bila kita merancang, Allah juga sudah ada plan untuk diri kita sendiri. Dan semua jalan kehidupan manusia berbeza-beza. Ada kehidupan yang semuanya perfect, dapat dekan, graduate on-time, dapat kerja, kahwin, anak. Tapi ada juga yang dapat kerja tetapi tak dikurniakan anak lagi. Well semua orang akan ada ujiannya yang sendiri. That's why la, pendapat aku tidak semua yang kita rancang perlu on-time. Kalau ada jodoh dah datang, kahwin. Kalau ada rezeki datang, alhamdulillah.

Yang tak bleh bla apabila ada orang kata aku ini tak banyak minum susu, tak banyak makan sayur, tak banyak lompat dan sebagainya. Dia tahu ke macammana aku lahir? Dia tahu ke berapa kali entah aku lompat sana-sini. Lepas itu dia kata aku ini banyak makan magee? Sebab itu aku pendek! What?! Bukan apala, dia bukannya kenal aku sangat. Kalau dekat asrama itu, aku fikir beribu kali kot nak ikut kawan aku makan tak makanan yang tak sihat itu. Walaupun aku ada la terpengaruh makan satu sudu tapi tak selalu ok. Itulah manusia yang selalu judge tanpa usul periksa. Dia rasa diri dia betul. Hey, judgers jom kita kawan.

Dan disebabkan aku appreciate diri aku di hari bersejarah ini. Aku belanja diri aku buku. (walaupun pada mulanya aku tak nak guna kad debit aku sebab memang tak ada duit tunai pun dalam dompet) Daripada aku menyesal tak beli, baik aku beli. Dan azamku pembelian buku kali ini hanyalah untuk kali terakhir untuk tahun ini. Sedih tak bunyi dia. Nak buat macammana. Tiada orang mahu sponsor buku.

      

Semuanya RM85.00. Aku memang suka suka suka suka suka suka sangat dengan buku yang aku beli ini. Tapi kadang-kadang aku terfikir. Keperluan ke kemahuan. Tetapi bila difikirkan balik dengan lebih mendalam. Ia berbaloi apa, kerana itu semua adalah ilmu. Kalau kita nak ilmu kita kena bekorban. Setakat RM85.00 itu tidaklah banyak berbanding dengan ilmu yang aku dapat dalam ketiga-tiga buku yang aku beli itu. Kan?



Aduh, birthday girl cakap banyak pula hari ini. Oh lupa pula tentang Teka-Teki Hadiah Misteri untuk Najihah #1 #2 #3. Korang nak tahu tak jawapan yang sebenar?

Baca Entri teka-teki sebelumnya
1) TEKA-TEKI HADIAH MISTERI UNTUK NAJIHAH #1
2) TEKA-TEKI HADIAH MISTERI UNTUK NAJIHAH #2

3) TEKA-TEKI HADIAH MISTERI UNTUK NAJIHAH #3

Jawapan untuk ketiga-tiga teka-teki. Tahniah kepada pemenang hehe. Tak ada hadiah tau huhu. Semoga korang semua berjaya dunia dan akhirat. Ejulz memang hebat dapat jawab 2 teka-teki daripada tiga. Tepuk sikit!

      

Dan hadiah misteri itu juga adalah sempena ulang tahun aku sendiri. Menggunakan Voucher Lazada yang aku dapat aku purchace free of charge. Memang best lah alhamdulillah...

Terima kasih baca Entri kali ini. Happy birthday to me~

Sunday, 26 August 2018

Check URL anda di Bloglist Nurul Najihah

Asalamualaikum. Seperti yang korang semua tahu, segmen bloglist 2018 Nurul Najihah sudah pun tamat. (23/8/2018). Dengan ini Najihah menyusun 10 jari untuk berterima kasih kepada korang yang join segmen Najihah. Seramai 49 orang telah menyertai segmen kali ini tahniah! Di bawah Najihah senaraikan blogger dan follower yang hebat. kalau ada yang tertinggal boleh inform Najihah ya! Terima kasih!

Credit

Terima kasih, Semoga korang berjaya dalam menulis!

Tak Sempat Join Segmen Bloglist Nurul Najihah?

Apa nak buat dengan blogger yang tak sempat nak join. Hmmm...kena ada denda ini. (muka jahat). Hahaha taklah.. Najihah gembira walaupun segmen Najihah dah tamat tapi ada orang still nak join. Najihah tak kisah lambat atau tidak tapi usaha itu Najihah appreciate. Najihah dah letak dalam bloglist!

Terima kasih...


Ronaldmohoni.com Salam Merdeka 2018 Giveaway


Asalamualaikum para blogger sekalian...sudah penat baca blog orang jom kita join segmen Ronaldmohoni.com Salam Merdeka 2018 Giveaway. Wah! dah dapat ilham nak tulis pasal merdeka la! yeay! Oh tunggu apa lagi? Jom join!

KLIK BANNER UNTUK JOIN!

Tarikh Giveaway:
19 0gos hingga 09 September 2018

Hadiah:
1. RM 10 untuk seorang pemenang
2. RM 5 untuk 8 pemenang

Saturday, 25 August 2018

Jom Follow itsbalqissafiah.blogspot.com


Sebenarnya, banyak kebaikan dengan menjadi seorang blogger. Menjadi seorang penulis. Kerana dengan menulis, minda kita akan menjadi lebih aktif dan membolehkan otak untuk berfikir dengan lebih kritis. Menulis juga boleh melepaskan stress apabila ada satu perkara buruk yang berlaku dalam perjalanan kehidupan seharian. 

Sebelum menulis juga, kita perlu membaca banyak buku, artikel, blogspot, wordpress dan lain-lain untuk meningkatkan idea dan gaya penulisan. Supaya konten yang ditulis bermanfaat buat diri dan juga orang sekeliling. 

Oleh itu memang Najihah galakkan adik-adik menulis daripada hantar gambar di Insta tanpa sebarang pengajaran. Sekurang-kurangnya apabila adik-adik membaca blog orang lain, mereka tahu realiti kehidupan sebenar dan pengalaman orang sekeliling yang dapat mendidik dan dikutip pengajarannya. 


Walaupun Najihah ada menghadkan masa dia untuk berblog dan mungkin tidak akan ada banyak post buat masa terdekat. Najihah harap korang boleh FOLLOW dan SUPPORT dia. Insyallah...


Jangan lupa Follow dan Support Najihah juga!
Terima kasih!

Wednesday, 22 August 2018

Kelebihan Bekerja Sebagai Jurutera

Mengikut akhbar Berita Harian pada 13 Ogos 2018, hari Isnin. Malaysia kekurangan saintis dan jurutera. Berita selanjutnya di sini ---> Berita Harian Untuk adik-adik yang baru habis Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) sekiranya cita-cita korang menjadi jurutera ataupun saintis. Peluang ini untuk korang. Jangan lepaskan peluang ini. Namun begita, kepada sesiapa yang suka mencabar diri untuk melakukan pekerjaan baru. Inilah masanya!

Pendapat aku, semua ilmu yang korang belajar nanti tidak akan sia-sia samada di sekolah mahupun di universiti nanti. Belajar lah dari sekarang untuk kepuasan ilmu sendiri. 

credit

Antara kelebihan bekerja sebagai jurutera adalah:
  1. Kepada sesiapa yang minat akan jurutera. Korang tidak akan muak untuk bekerja 8 jam atau lebih setiap hari. Kerana pekerjaan ini memberi kepuasaan untuk korang yang suka akan prospek pekerjaan ini. 
  2. Jurutera adalah umum. Ada banyak jenis jurutera yang korang boleh ceburi. Antaranya jututera komputer, jurutera elektrik, dan juga jurutera alam sekitar dan bioperubatan. Tambahan pula, pekerjaan ini tidak akan terhad hanya kepada 1 kerjaya sahaja. Kerana jurutera adalah prospek pekerjaan yang luas. 
  3. Cabaran kerja untuk jurutera adalah sangat mencabar. Tiada profesor yang akan memberitahu korang apa yang korang lakukan pekerjaan itu betul atau salah. Tugas korang sendiri untuk meyakinkan orang lain bahawa perbuatan korang betul.
  4. Belajar dan bekerja tentang Jurutera boleh meningkatkan daya intelek pendidikan korang. Ia boleh mengembangkan idea dan mendidik korang untuk berfikir secara logik bagi menyelesaikan satu masalah. Skill inilah yang korang akan dapat sepanjang hidup korang dan bukan hanya ketika korang menyelesaikan masalah berkaitan dengan jurutera. 
  5. Jurutera dapat memilih satu projek yang akan memberi manfaat untuk masyarakat. Contohnya, membangunkan sistem pengangkutan bersih dan efisien, membersihkan alam sekitar, membuat alat-alatan untuk memudahlkan orang kurang upaya dan juga meningkatkan taraf kehidupan di negara membangun.
  6. Sekiranya korang suka akan satu pekerjaan yang mempersoalkan, meneroka, mencipta, menemui, dan mencipta maka pekerjaan jurutera ini disediakan untuk korang!
Selamat maju jaya dalam segala prospek pekerjaan yang korang ceburi!

Practice Makes Perfect

1. Disebabkan aku sudah lama tidak bawa kereta sepanjang berada di kolej. Rasa kekok menyelubungi diri. Rasa takut nak bawa kereta datang lagi. It's normal when you have that 'fear' of driving. Lagi-lagi tak habis 2 tahun lagi. Banyak anasir-anasir luar kata habislah kalau kemalangan/terlanggar kereta orang nanti kena gantung. Yeah. So negative yet facts.

2. Satu hari aku tak tahu kejaiban apakah ini, ibu abah kasi aku pergi jalan-jalan shopping mall aka IOI City Mall dengan kawan-kawan dengan bawa kereta sendiri. I was like what?! Seriously abah ibu? Dan itulah sekali lagi aku rasa gentar takut nak bawa kereta. Eh. Bolehke aku bawa kereta? Takkan nak lalu tol? Bukanke kena lalu higway. Aku boleh ke? I started to doubt myself. 

3. Never doubt yourself. 

4. Dengan adanya Allah, berkat ibu abah, pertolongan kawan-kawan aku dapat bawa kereta pergi IOI City Mall. I was like. Seriously Najihah. How can you do that? Aku selalu berfikir balik. Seperti dalam mimpi. Omg. I did it! Thank you Allah. 

5. Dan hari ini berulang-alik aku bawa kereta dari rumah ke surau dan surau ke rumah hantar ibu abah pergi sembelih korban. I'm so useful, that's what i think. 

6. Practice makes perfect. Believe that you can do it. 

No comment.


I'm waiting.

ESOK LAST SEGMEN BLOGLIST NURUL NAJIHAH 2018

CLICK GAMBAR UNTUK JOIN

Sunday, 19 August 2018

MAMPUKAH PERGI UNIVERSITI OXFORD?

Quick Review Buku SUPER STUDENT Alang-alang jadi student biar sampai ke Universiti Oxford. Edisi Bahasa Melayu oleh Olav Schewe.

Picture via: Credit
Pandang pertama kali memang Najihah suka buku ini. Sebab Najihah tahu, dalam ini adalah jawapan bagi soalan yang sedang bermain di fikiran. Walaupun Najihah dapat keputusan yang baik dalam semester 1 yang lepas. Tapi Najihah rasa ada sesuatu yang kurang. 

Bila kita nak belajar dengan smart, kita kena ada stratergi. Najihah ada startegi Najihah sendiri dalam belajar. Tapi startegi Najihah adalah study secara HARD. Ya. Najihah study hard not smart. Kadang-kadang rasa lelah juga belajar cara macammni.

Contoh Study Hard (bagi Najihah)
  • Buat semua soalan Past Year Question. 2004-2018
  • Baca 1 buku teks. Pernah baca 500 m/s  satu hari
  • Asyik-asyik belajar. Risau kalau ada masa yang terbuang
Walaupun sakit. Tapi nak buat macammna. Orang semua lain-lain. Pendapat Najihah, semua orang ada gaya belajarnya sendiri. Ada yang Study hard ada yang study smart. Kadang-kadang kita tak perlu ikut 100% tips top student yang study macamtu macamni.  Because everyone have study style masing-masing..Manusia bukan robot. Kefahaman mereka lain-lain atas faktor persekitaran, motivasi dan sebagainya. 

Najihah Ingat lagi pesanan ex guru besar di Sekolah Menengah dulu. Muallim Hasni,
Dia kata, kepada mereka-mereka yang rasa mereka ini kurang menonjol dalam pembelajaran. Sekiranya top student belajar 2 jam sehari. Kita yang kurang ini kena belajar 4 jam sehari. Sekiranya top student habiskan 1 buku latihan. Kita yang kurang ini kena habiskan 2 buku latihan. 

Kerana kita ketinggalan dalam memahami satu pembelajaran. Maka sudah menjadi tugas kita untuk lebih berusaha keras dalam mempelajari sesuatu ilmu. That's why kita tak boleh ikut sebulat-bulatnya top student punya tips. Kerana mungkin diorang ada photography memory.  Diorang senang dan cepat faham. That's why wujudnya study hard dan study smart. Kerana keduanya untuk mereka yang berbeza.

Kalau seseorang itu merasakan Study smart untuk dia, maka teruskan. Sekiranya tidak, dia perlu tukar teknik study smart kepada study hard.

So panjang lebar najihah berleter. Kenapa buku ini memang buku yang Najihah cari?
Sebab, dalam buku ini lengkap beri tips dan nasihat untuk menjawab ujian lisan dan bertulis. banyak buku study yang najihah baca tetapi buku ini memang lengkap. Mudah difahami dan praktikal. Dalam buku ini juga menyatakan bahawa perlu ke nak baca buku teks kesemuanya. Korang rasa perlu tak? 

So buku ini bagi Najihah adalah buku yang patut dimiliki student di luar sana. Membeli buku ini tidak semestinya kita boleh sampai ke Universiti Oxford. Tetapi sedikit sebanyak kita boleh meningkatkan kualiti belajar kita. Kerana belajar adalah satu perkara jangka masa panjang yang kita akan buat sepanjang kita hidup.

Seperti yang korang tahu ini adalah quick review. Jadi Sebelum Najihan officially review kan buku ini. Baik korang beli dulu. Sebab serius Najihah kata. MEMANG BERBALOI.

Info Buku 
Nama buku: Super Student. Alang-alang jadi 'student', biar sampai ke Universiti Oxford Edisi bahasa Melayu.
Penulis: Olav Schewe
Keluaran: PTS
Harga semenanjunga Malaysia: RM30.00
Harga Sabah dan Sarawak: RM33.00

Terima kasih baca. Jom jadi Super Student!

PENYAKIT BUKU YANG ANDA PERLU TAHU


QUICK REVIEW BUKU BERFIKIR GAYA AL-FATEH
Suka Najihah nak kongsikan tentang penyakit buku yang pernah Najihah baca iaitu di dalam buku Berfikir Gaya Al-Fateh oleh Muhammad Syaari Abdul Rahman.

Muhammad Al-Fateh adalah salah satu seorang tokoh yang Najihah pandang sejak sekolah rendah lagi. Rasa sedih menyelubungi diri apabila terdapat ramai mereka-mereka yang tidak mengetahui tentang tokoh terulung ini. Walaubagaimanapun Najihah cuba untuk berkongsi ilmu sejarah islam dengan mereka yang kurang berpengetahuan tentangnya. Sungguh, akan rasa darahmu menggelegak di dalam tubuhmu apabila membaca pengorbanan tokoh terhadap agama islam. 

Tidak mahu Najihah ceritakan siapakah Muhammad Al-Fateh ini. Semua berkaitan dengan dirinya sudah berlambak di internet. Hanya kerajinan dan kemalasan sahaja yang menentukan.

Tidakkah semua orang terfikir bagaimana cara pemikiran Muhammad Al-Fateh. Sekitar berumur 20an menduduki takhta. Berjaya mendidik askar sehingga askarnya terbukti seperti apa yang diriwayatkan Imam Ahmad.

"Konstatinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja. Tenteranya adalah sebaik-baik tentera..."

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Apakah rahsianya? 

Rahsianya adalh dengan MEMBACA.

Bukankah sudah terang lagi jelas adabahawa dalam al-Quran, Allah berfirman menerusi wahyu pertamaNya dalam Surah al-‘Alaq ayat 1-5 maksudnya,

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” Inilah ayat pertama yang Allah turunkan buat kekasihNya. Dimulakan dengan iqra’ iaitu baca dan bukannya dengan solat, zikir, puasa, zakat mahupun perkara-perkara lain. Ini sudah cukup member pemahaman kepada kita betapa hebat dan pentingnya membaca itu.

Maka, salah satu kehebatan Muhammad Al-Fateh adalah dengan membaca. Dalam buku yang Najihah nyatakan di atas, muka surat 211. Tajuknya: Membacalah, kamu akan menguasai dunia. Ini membuktikan bahawa Muhammad Al-Fateh sebelum menakluki kota kostatinople. Beliau membaca, mengkaji dan mengamalkan apa yang dibacanya. 

Bahkan Muhammad al-Fateh pernah belajar agama Kristian daripada paderi Gennadius seperti yang telah direkodkan Halil Inalchik. Amirutzes, Sheikh Lutfi, dan sebaganya menurut perintah apabila diarahkan untuk menterjermah peta geografi Ptolemy dan menjaga perpustakaan yang menempatkan 12 ribu jilid buku sebelum terbakar pada 1465M dan banyak lagi pengorbanan yang tidak disebut. (menurut buku BERFIKIR GAYA MUHAMMAD AL-FATEH)

Penulis buku, Muhammad Syaari Abdul Rahman sendiri mengakui bahawa bangsa yang berkulit putih ini kuat membaca hasil dari pengembaraannya ke negara-negara Eropah. Sehinggakan ada di kalangan mereka yang ditimpa penyakit buku. Antaranya

BIBLIOPHILIA
Menurut definisi barat, kaki buku adalah bibliophilia. Ia adalah seorang yang gemar membaca, dan mengagumi buku. (dan Najihah berada di dalam golongan ini)

BIBILIOMANIA (Kajian Dr. John Ferriar)
Ini adalah penyakit yang ekstrim apabila sesorang memang menggilai buku sehinggakan dia boleh membahayakan orang lain dan dirinya sendiri. 
BIBLIOPHAGY
(Kajian Dr. John Ferriar)
Ini adalah penyakit seseorang yang sanggup makan buku kerana keobsesannya

BIBILIOKLEPTOMANIA
(Kajian Dr. John Ferriar)
Ini adalah penyakit seseorang yang suka mencuri buku secara kerap. 
BIBLIOTAPHY(Kajian Dr. John Ferriar)
Ini pula adalah satu penyakit seseorang yang terlalu menggilai buku sehingga sanggup menanam buku. 

Menurut pandangan Najihah, sungguh ekstrim penyakit ini. Walaubagaimanapun, ini membuktikan bahawa membaca adalah sangat penting. Mereka yang ditimpa penyakit buku ini tahu, dengan ilmu kita boleh berjaya dan mengusai dunia. Bahkan dengan membaca jugalah kita boleh mengetahui tempat-tempat yang menarik boleh dilawat di Jepun. Dengan membaca kita boleh mengetahui info semasa. Dengan membaca kita boleh tahu apa yang berlaku di hujung dunia walaupun kita berada di Malaysia. 

Seringkali Najihah diberitahu bahawa mereka penat membaca, tidak boleh banyak membaca kerana apa yang mereka baca masuk telinga kiri dan keluar di telinga kanan. Tak apa, asalkan ada matlamat untuk membaca 1 buku 1 bulan pun tak apa. Asalkan baca. Kerana otak kita ini perlu di upgraded dengan ilmu supaya urat-urat saraf boleh bercantum dan berkembang. 

Jujurlah Najihah kata, otak akan lesu apabila tidak membaca walupun 1 hari. Jadi ambillah satu buku yang bermanfaat untuk dihabiskan. Semoga ada ilmu pengetahuan baru yang boleh dipelajari.

Terima kasih baca. Ini hanyalah QUICK REVIEW. Bukanlah official review yang Najihah selalu buat. Insyallah kalau ada masa yang panjang Najihah akan review buku ini sepenuhnya seperti review yang Najihah buat sebelumnya. 

Tetapi sebelum Najihah review buku ini, eloklah para pembaca membeli buku ini. Bagi Najihah memang bermanfaat. Banyak motivasi yang digunakan Muhammad Al-Fateh diceritakan di dalam buku ini. 

Info buku
Tajuk: Berfikir Gaya Al-Fateh
Keluaran: PTS Millenia
Harga Semenanjung Malaysia RM35.00
Harga Sabah/Sarawak RM38.00

p/s Terima kasih baca quick review buku kali ini. Insyallah Najihah akan buat Official review di lain hari.