Monday, 6 August 2018

APA ITU MUTABAAH AMAL?

Image via: copyright
Manusia adalah satu makhluk yang akan sentiasa membuat kesilapan. Manusia tidaklah sempurna dan imannya turun naik.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (Al-Quran - Surah Al-Anfal ayat 2)

Oleh itu, mutabaah amal adalah sangat penting bagi terus istiqomah (berterusan) dalam beribadat kepada Allah. Tetapi...apa itu mutabaah amal?

Mutabaah amal adalah berasal dari perkataan bahasa arab. Kata dasar mutabaah adalah taaba'a yang bermaksud mengikuti. Ia juga dikenali sebagai raaqaba' yang bermaksud mengawasi. Oleh itu boleh disimpulkan di sini bahawa mutabaah amal adalah sesuatu perkara yang mengawasi dan mengikuti sesuatu perkara supaya sberjalan dengan lancar.

Mutabaah amal dikeluarkan dalam bentuk jadual kotak yang mempunyai butir-butir seperti tarikh dan butir amalan yang dipilih. Kadang-kadang, kita pasti mahu meningkatkan kualiti dan kuantiti ibadah kita. Tetapi perasaan malas itu lebih berleluasa dalam diri. Namun begitu, sekiranya ada mutabaah amal. Sedikit sebanyak ia akan mengikis perasaan malas untuk beribadah. 

Dan, butir mutabaah amal juga boleh selain dari ibadah khusus seperti membaca buku, riadhah (bersenam) dan sebagainya. Bukankah segala amalan yang dilakukan kerana Allah itu dikira sebagai ibadah?

Contoh butir mutabaah yang boleh diamalkan:
  1. Tilawah Al-Quran (3 m/s setiap hari)
  2. Membaca Al-Mathurat (2 kali sehari, pagi dan petang)
  3. Puasa sunat Isnin/khamis (1 kali seminggu)
  4. dan sebagainya...
Image via: Copyright

Cadangan Mutabaah Amal Untuk Seharian

Lebih baik beribadah dengan kuantiti sedikit tetapi berkualiti dan berterusan daripada kuantiti banyak tetapi tidak berkualiti dan tidak berterusan.

PAGI
  • Baca Al-Mathurat (pagi)
  • Baca Surah Yasin
  • Solat Sunat Qabliyyah
  • Solat Fardhu Awal
  • Tilawah Al-Quran
  • Solat Sunat Dhuha
MALAM

  • Baca Al-Mathurat (petang)
  • Baca Surah Yasin pada waktu maghrib
  • Solat Sunat Qabliyyah
  • Solat Fardhu Awal
  • Tilawah Al-Quran
  • Qiamulail 
Cadangan Surah Untuk Seminggu
  1. ISNIN - Surah Ar-Rahman
  2. SELASA - Surah Al-Waqiaah
  3. RABU - Surah Al-Muzzammil
  4. KHAMIS - Surah As-Sajadaah/Surah Yaasin
  5. JUMAAT - Surah Al-Kahfi
  6. SABTU - Surah Insan
  7. AHAD - Surah Nuh
KEPENTINGAN MUTABAAH AMAL
  1. Dapat membantu kita untuk terus beribadat kepada Allah
  2. Meningkatkan kualiti dan kuantiti ibadah seharian
  3. Amalan yang kita lakukan akan membantu kita di akhirat kelak
  4. Membantu kita untuk mengelak daripada melakukan maksiat
  5. Beramal makruf dan nahi mungkar (mengamalkan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya)
Semoga perkongsian ini bermanfaat. :D

8 comments:

farhanna jafri said...

betul, senang nak buat tapi susah nak istiqamah. Thanks share najihah :)

aisyah elsa said...

mutabaahn amal ni memang sangat membantu kalau oang yang baru nak berhijrah

vitamin Syaza said...

i loved this one! Still guna sampai skrg even dah anak satu :)

ejulz said...

Semoga terus istiqamah..

Nurul Najihah said...

betul...

Nurul Najihah said...

Setuju sangat...

Nurul Najihah said...

Wahhh semoga berterusan ya kak...

Nurul Najihah said...

Insyallah...