Friday, 10 August 2018

FENOMENA MANJA DALAM MENUNTUT ILMU

Pesanan bergambar oleh Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.


Image via: credit

Kadang-kadang ada yang terlalu MANJA dalam menuntut ilmu. Sedangkan susah payah dan PENGORBANAN dalam menghadiri majlis ilmu adalah satu faktor besar  bagi keberkatan ilmu.

a) Ada orang yang bila seseorang 'alim ustaz atau guru hadir berceramah di suatu tempat yang bukan berdekatan mereka. Mereka MINTA GURU datang mengajar di tempat mereka.

b) Bila buat di tempat mereka, mereka MINTA GURU mengajar buat pada waktu mereka cuti.

c) Bila buat waktu mereka cuti, mereka ada program lain lalu MINTA GURU yang mengajar upload ceramah ke YouTube.

d) Bila dah upload ke You Tube, mereka komen kenapa panjang sangat, MINTA GURU buat pendek-pendek agar tidak lebih menonton.

e) Bila ada soalan mereka send ke email, sms, WhatsAppa, inbox Facebook guru lalu MINTA GURU jawab dengan segera.

f) Bila guru lambat balsa, mereka hentam GURU sebagai sombong, berlagak selebriti, Lalu MINTA GURU bertaubat.

g) Bila guru membalas ringkas dan pendek serta padat, mereka ANGGAP GURU tak hikmah dalam berbahasa kerana kelihatan kasar tanpa pendahuluan.

h) Bila semua ini dinyatakan, akan ada MINTA GURU bersabar...nasihatkan guru bahawa itu asam garam dalam dakwah. sedangkan mereka sendiri lupa untuk SABAR hadapi susah payah hadiri ke majlis ilmu guru terbabit.

Adakah begini kesungguhan dan cara sebahagian kita dalam mempelajari ilmu agama untuk diri, kebaikan di alam barzakh dan akhirat? Sedang ia perkara serius yang patut setara keutamaannya seperti keluar bekerja mencari nafqah dan gaji. Malah patut LEBIH SERIUS lagi.

'MANJA' dalam mencari ilmu hanya bertemu dengan penghayatan ilmu yang LEMBIK, LESU LUARAN HEBAT DALAM KOSONG dan kurang diamalkan juga.

BUAT MUHASABAH DIRI & YANG SUDI
Genggam dengan kuat pesanan ini!
"Belajarlah dengan guru. Biar ilmu yang dipelajari itu bersanad sampai kepada sebaik-baik seindah-indah ciptaan Sayyidina Nabi Muhammad Rasilulloh Sollollohu 'alaihi Wassalam."

Jangan sesekali kita menuntut ilmu dengan mengambil sanad bersambung dari Google kemudian kepada Facebooknya terus kepada WhatsApp yang akhirnya di penghujung disudahi  dengan daripada Nabi Muhammad Rasilulloh Sollollohu 'alaihi Wassalam. Segala ilmu yang diperolehi melalui cara tadi hanyalah MAKLUMAT

Namun entahkan benar ataupun tidak disandarkan kepada Baginda Nabi.

Jangan begitu.

Belajarlah secara talaqqi dengan guru yang benar.

Biar ilmu yang diperolehi itu benar dan tepat bertetapan dengan yang dibawa oleh Nabi Muhammad Rasilulloh Sollollohu 'alaihi Wassalam.

Dan Syeikhuna menegaskan:
"Pengajian secara online dengan bertalaqi di hadapan guru itu tidak sama dan TIDAK AKAN PERNAH SAMA"

Moga Allah rezekikan kita untuk belajar dan faham agama.

***

Pesanan bergambar ini menyedarkan Najihah bahawa menuntut ilmu itu tidak mudah. Ya. Najihah tak suka ada subjek koku dalam Sem 2 yang akan datang. Kalau boleh tak nak langsung koku! Nak belajar sahaja boleh tak?

Tetapi itulah pengorbanan yang perlu ditempuhi. Najihah harap ia bermanfaat untuk kita semua. Ambil yang jernih dan buang yang jeruh...Terima kasih baca. :D

3 comments:

  1. betul tu.. kalau org yg betul2 nak menuntut ilmu, sanggup melalui perjalanan yg jauh utk mencari guru..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah sangat sokong! Adan berguru zaman sekarang ni hampir dah takde dan susah untuk kita jumpa yang berjaya apply sebaiknya (termasuk diri sendiri). Allah..

    ReplyDelete