Sunday, 19 August 2018

PENYAKIT BUKU YANG ANDA PERLU TAHU


QUICK REVIEW BUKU BERFIKIR GAYA AL-FATEH
Suka Najihah nak kongsikan tentang penyakit buku yang pernah Najihah baca iaitu di dalam buku Berfikir Gaya Al-Fateh oleh Muhammad Syaari Abdul Rahman.

Muhammad Al-Fateh adalah salah satu seorang tokoh yang Najihah pandang sejak sekolah rendah lagi. Rasa sedih menyelubungi diri apabila terdapat ramai mereka-mereka yang tidak mengetahui tentang tokoh terulung ini. Walaubagaimanapun Najihah cuba untuk berkongsi ilmu sejarah islam dengan mereka yang kurang berpengetahuan tentangnya. Sungguh, akan rasa darahmu menggelegak di dalam tubuhmu apabila membaca pengorbanan tokoh terhadap agama islam. 

Tidak mahu Najihah ceritakan siapakah Muhammad Al-Fateh ini. Semua berkaitan dengan dirinya sudah berlambak di internet. Hanya kerajinan dan kemalasan sahaja yang menentukan.

Tidakkah semua orang terfikir bagaimana cara pemikiran Muhammad Al-Fateh. Sekitar berumur 20an menduduki takhta. Berjaya mendidik askar sehingga askarnya terbukti seperti apa yang diriwayatkan Imam Ahmad.

"Konstatinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja. Tenteranya adalah sebaik-baik tentera..."

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Apakah rahsianya? 

Rahsianya adalh dengan MEMBACA.

Bukankah sudah terang lagi jelas adabahawa dalam al-Quran, Allah berfirman menerusi wahyu pertamaNya dalam Surah al-‘Alaq ayat 1-5 maksudnya,

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” Inilah ayat pertama yang Allah turunkan buat kekasihNya. Dimulakan dengan iqra’ iaitu baca dan bukannya dengan solat, zikir, puasa, zakat mahupun perkara-perkara lain. Ini sudah cukup member pemahaman kepada kita betapa hebat dan pentingnya membaca itu.

Maka, salah satu kehebatan Muhammad Al-Fateh adalah dengan membaca. Dalam buku yang Najihah nyatakan di atas, muka surat 211. Tajuknya: Membacalah, kamu akan menguasai dunia. Ini membuktikan bahawa Muhammad Al-Fateh sebelum menakluki kota kostatinople. Beliau membaca, mengkaji dan mengamalkan apa yang dibacanya. 

Bahkan Muhammad al-Fateh pernah belajar agama Kristian daripada paderi Gennadius seperti yang telah direkodkan Halil Inalchik. Amirutzes, Sheikh Lutfi, dan sebaganya menurut perintah apabila diarahkan untuk menterjermah peta geografi Ptolemy dan menjaga perpustakaan yang menempatkan 12 ribu jilid buku sebelum terbakar pada 1465M dan banyak lagi pengorbanan yang tidak disebut. (menurut buku BERFIKIR GAYA MUHAMMAD AL-FATEH)

Penulis buku, Muhammad Syaari Abdul Rahman sendiri mengakui bahawa bangsa yang berkulit putih ini kuat membaca hasil dari pengembaraannya ke negara-negara Eropah. Sehinggakan ada di kalangan mereka yang ditimpa penyakit buku. Antaranya

BIBLIOPHILIA
Menurut definisi barat, kaki buku adalah bibliophilia. Ia adalah seorang yang gemar membaca, dan mengagumi buku. (dan Najihah berada di dalam golongan ini)

BIBILIOMANIA (Kajian Dr. John Ferriar)
Ini adalah penyakit yang ekstrim apabila sesorang memang menggilai buku sehinggakan dia boleh membahayakan orang lain dan dirinya sendiri. 
BIBLIOPHAGY
(Kajian Dr. John Ferriar)
Ini adalah penyakit seseorang yang sanggup makan buku kerana keobsesannya

BIBILIOKLEPTOMANIA
(Kajian Dr. John Ferriar)
Ini adalah penyakit seseorang yang suka mencuri buku secara kerap. 
BIBLIOTAPHY(Kajian Dr. John Ferriar)
Ini pula adalah satu penyakit seseorang yang terlalu menggilai buku sehingga sanggup menanam buku. 

Menurut pandangan Najihah, sungguh ekstrim penyakit ini. Walaubagaimanapun, ini membuktikan bahawa membaca adalah sangat penting. Mereka yang ditimpa penyakit buku ini tahu, dengan ilmu kita boleh berjaya dan mengusai dunia. Bahkan dengan membaca jugalah kita boleh mengetahui tempat-tempat yang menarik boleh dilawat di Jepun. Dengan membaca kita boleh mengetahui info semasa. Dengan membaca kita boleh tahu apa yang berlaku di hujung dunia walaupun kita berada di Malaysia. 

Seringkali Najihah diberitahu bahawa mereka penat membaca, tidak boleh banyak membaca kerana apa yang mereka baca masuk telinga kiri dan keluar di telinga kanan. Tak apa, asalkan ada matlamat untuk membaca 1 buku 1 bulan pun tak apa. Asalkan baca. Kerana otak kita ini perlu di upgraded dengan ilmu supaya urat-urat saraf boleh bercantum dan berkembang. 

Jujurlah Najihah kata, otak akan lesu apabila tidak membaca walupun 1 hari. Jadi ambillah satu buku yang bermanfaat untuk dihabiskan. Semoga ada ilmu pengetahuan baru yang boleh dipelajari.

Terima kasih baca. Ini hanyalah QUICK REVIEW. Bukanlah official review yang Najihah selalu buat. Insyallah kalau ada masa yang panjang Najihah akan review buku ini sepenuhnya seperti review yang Najihah buat sebelumnya. 

Tetapi sebelum Najihah review buku ini, eloklah para pembaca membeli buku ini. Bagi Najihah memang bermanfaat. Banyak motivasi yang digunakan Muhammad Al-Fateh diceritakan di dalam buku ini. 

Info buku
Tajuk: Berfikir Gaya Al-Fateh
Keluaran: PTS Millenia
Harga Semenanjung Malaysia RM35.00
Harga Sabah/Sarawak RM38.00

p/s Terima kasih baca quick review buku kali ini. Insyallah Najihah akan buat Official review di lain hari.

3 comments:

Nurulatika Yunus said...

Terima kasih atas perkongsian Najihah .. rindu nak membaca balik.. hmm

ejulz said...

terima kasih di atas perkongsian :)

Nik Ailya said...

Assalamualaikum haiii jalan2 ke sini. Btw, info yang kak najihah share sangat menarik!