Monday, 6 August 2018

PERSEDIAAN UNTUK SEM 2: LET'S DO THIS!

Image via copyright
Pejam celik-pejam celik dah nak masuk Sem 2. Aduh berdebar pula rasanya. Lagi cuak bila nak daftar subjek dan kokurikulum...dan! dan! tahu keputusan result sem 1.Ya Allah takutnya. Fighting!!! Tapi untuk result sem 1 yang akan keluar 17/8/2018 nanti Najihah just harapkan lulus. Ya! semua subjek lulus. Itu sahaja yang Najihah nak. Najihah tahu Najihah tak akan dapat AD (Anugerah Dekan) dek kesalahan yang Najihah lakukan dahulu tetapi Najihah tahu yang Najihah sudah berusaha bersungguh-sungguh dan keputusan yang akan keluar nanti adalah keputusan yang terbaik antara terbaik. Dan semoga Najihah belajar untuk terus redha setelah mendapat keputusan nanti. Insyallah!

Dan nampaknya sem 2 kena struggle betul-betul sebab masa pun sedikit sahaja. Kalau tolak Interim Week dan Interim Week Break Najihah hanya ada 25 minggu nak cover 6 subjek dan koku. Tak tambah lagi dengan komitment untuk buat program yang seki akan buat. Tak tambah lagi dengan kerajinan dan kemalasan yang akan muncul nanti. Aduh! Tapi apa-apapun i'll work hard!. Fighting!!!

Atara subjeknya adalah

  • CSC134 Computers and Information Processing
  • CTU151 Pemikiran Tamadun Islam
  • ELC150 Integrated Language Skills Reading
  • IMU150 Fiqh Muamalat
  • ISC150 Ayat and Ahadith For Ahkam Muamalah
  • ISC151 Pengenalan Usul Fiqh
  • Kokurikulum
Subjek yang Najihah nantikan untuk belajar adalah Computers and Information Processing dan Pemikiran Tamadun Islam. Belajar tentang sejarah pasti sahaja akan membuatkan hati dan jantung Najihah berdegup-kencang dan berkobar-kobar. I really really really love Sejarah Islam/Sirah. Dan subjek komputer juga adalah salah satu subjek yang sedang bermain di fikiran. ya la...sudah berapa tahun hidup dengan zaman teknologi komputer tetapi Najihah kurang pengetahuan tentangnya. Insyallah Najihah akan bekerja kuat dalam menuntut ilmu. Doakan ya...

ANTARA PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN BUAT SEM 2
  1. Setiap kali dah updated assigment. Najihah perlu buat copy files dan simpan di mana-mana pendrive. Jangan sesekali bergantung letak files assigment dalam komputer sahaja. Huhu Najihah dah kena laptop tak boleh buka dan due date keesokan harinya...Alhamdulillah akhirnya komputer itu baik jua.
  2. Tidak mahu guna laptop sambil charge. Nak jaga komputer elok-elok.
  3. Najihah nak lebih kerap ulang kaji. Kurangkan keluar outing dan buat perkara yang tak berfaedah.
  4. Menjaga duit dengan berjimat-cermat. hanya beli barang keperluan dan menahan nafsu untuk tidak beli makanan/barangan yang tidak berkhasiat.
Semoga bermanfaat dan terima kasih sudi baca. Silalah jenguk lagi ke blog Najihah!

8 comments:

Nurulatika Yunus said...

Fighting Najihah :)
Semoga dipermudahkan. Good luck tuk result nti :D

vitamin Syaza said...

Ma'an Najah, Najihah :)

ejulz said...

goodluck.. semoga cemerlang dalam akademik :)

Lisa Han said...

good luck for your result sis! my result also will come out on august 13th! anyway i feel envy with you that you liked history subject so much :> all the best

Nurul Najihah said...

Fighting!!!

Nurul Najihah said...

Huhu syukran

Nurul Najihah said...

Ameeeennnnn....

Nurul Najihah said...

Wahhh good luck juga untuk keputusan sis nanti! You can do it!