Friday, 10 August 2018

TAKTIK HALUS HALAU KUCING DARI RUMAH?

Image via: Nurul Najihah


Botol air yang bewarna-warni ini memang takutkan kucing ke? Hehe Hari itu Najihah dan keluarga ada visit rumah mak cik di Perak. Bila tengok rumah jirannya banyak botol digantung dan diletakkan di sekeliling rumah. Abah pun tanyalah pak cik apa kegunaan botol air yang bewarna itu. Pak cik kata buat halau kucing.

Ohhhhh...

Balik-balik Selangor, abah pun buat perkara yang sama. Memandangkan banyak kucing lepak dekat kolam ikan dan atas meja di luar, Tamabahan pula melepaskan hajat merata-rata eh hehe..Haaa ambil itu kucing...Korang tak boleh lepak dah...Carilah tempat lepak baru.

Kalau Najihah pandai cakap bahasa kucing, dah lama Najihah suruh diorang lepak dekat belakang rumah. Sebab apa? sebab belakang rumahla Najihah selalu bagi sisa-sisa ayam/ikan yang tak habis. Bukankah itu satu kemudahan wahai kucing...sudahla dapat tempat lepak belakang rumah. Senang nak buang hajat korang di situ. Dan! dan! dan! dapat makan free lagi.

Jadi wahai kucing. Silalah tinggalkan tempat lepak korang yang berada di halaman rumah dan pindah di belakang rumah. Korang kucing-kucing pasti tidak akan menyesal. Serius...

Tapi masa nak escort (ecewah) ibu yang nak pergi kerja pada waktu pagi. Tiba-tiba ada seeokor kucing gemok montel pergi main dekat atas karpet seperti dalam gambar diatas. Siap tenung tajam dekat-dekat botol air bewarna itu. Ibu dan Najihah terpandang antara satu sama lain.

Eh. Betulke ini taktik halus untuk halau kucing dari rumah?

Kenapa macam tak takut je.

Tapi sejak kebelakangan kucing dah tak lepak dah depan halaman rumah. Tak tahu diorang pergi mana. Missing in action. Takpelah kucing sekalian. kalau merajuk dengan Najihah takpe.. Tapi ingat! Najihah sentiasa menunggu korang di belakang rumah untuk beri sisa ayam/ikan yang tak habis. 

***
Cerita pasal kucing sahaja pun. Apahal rasa entri ini panjang hahaha...

6 comments:

  1. Hahaha cakap bahasa kucing yer. Btw akak tak dapat hubungkan sel sel otak kenapa dan mengapa kucing taknak datang tgk botol kaler2 ni hahaha. kucing ingat hantu kot nohhh? :D

    ReplyDelete
  2. untuk takutkan tikus takde keee

    ReplyDelete
  3. bila kita halau kucing dah kena cop tak suka kucing..sebenarnya bukan tak suka kucing tapi bila dah kucing berak merata-rata dah jadi satu masalah jugak betul tak..dengan cara buat air warna warni tu jelah salah satu cara kucing tu tak membuang merata-rata

    ReplyDelete
  4. Masih wonder pasal eh diorg ngeri dgn air warna2 tu... rmh aku byk straycat tp diberi mkn, tak sampai hati gak nak halau

    ReplyDelete
  5. boleh gune ker cara ni? hehe

    ReplyDelete