Saturday, 15 September 2018

Buku The Last Kingdom Membuatkan Najihah Tidak Senang Duduk.

Asalamualaikum. Kalau korang ada baca post Najihah yang lepas, lepas punya lepas. Najihah dah berjanji tak mahu beli buku baru kan? Tetapi sejak kebelakangan ini rasa macam tak boleh tahan nak beli buku lain. Aduhai...Pssst. Buku apa yang membuat Najihah tidak senang duduk ini?.
Ini dia. Buku Hadi Fayadh. Secara jujurnya lah kan. Dulu Najihah tak pernah terasa pun ingin beli dan baca buku Hadi Fayadh itu. I don't know why tapi The Last Kingdom memang menarik aku untuk membacannya. Sebab apa? sebab sinopsis dia ada memberitahu tentang tentera yang memegang panji hitam. Please! buku-buku yang berkaitan sejarah tolong lah jangan muncul. Sebab nanti aku tak dapat kawal nafsu untuk beli. 

Kalau korang nak tahu...Najihah suka sangat dengan penulisan Abdul Latip Talib. Pak Latip, boleh tak bagi semua buku yang Pak Latip tulis hehehe... ok just kidding 

LAST KINGDOM :
1. Misteri kehilangan bangsa agung?. . 
2. Kota Atlantis dipenjuru benua atas Angin . - Penemuan manusia Perak Man? . 
3. Misi “Khazanah terpendam” ribuan tahun. - Piramid Tanah Melayu, apa sebenarnya tamadun yang telah kita bina. . 
4. Rahsia kedudukan luarbiasa Nusantara. . 
5. Dendam dari Tebing Barat. . 
6. Protokol Sulit dari bawah dasar? . 
7. Teknologi besi yang digeruni Yahudi? . 
8. Apa yang mereka cari di dasar bumi Nusantara? . 
9. Kekayaan Bumi Tanah Melayu yang disembunyikan. . 
10. Mengapa sejarah Nusantara perlu dilenyapkan diubahsuai? . 
11. Lahirnya kebangkitan Islam bermula Nusantara?Polemik? . 
12. Siapakah Pemegang Panji Hitam dari Timur? . 
13. Liberalisasi dan republik sistem demokrasi dan Raja Berpelembagaan, Misi siapa? . 
14. Agenda pemecahan negara bangsa Nusantara. . 
15. Mengapa Bangsa Melayu Islam perlu dirosakkan? . 
16. Tanah Melayu dan rahsia teknologi Bahtera Nabi Nuh. .
17. Prediksi Malaysia dan Nusantara menjelang 2020? . 
18. Penaklukan Bahasa Lingua Franca, dihapuskan? Kenapa dan Mengapa? . 
19. Geografi Nusantara, kaitan dengan Hobbit dan Pirates of Carribean. . 
20. Harta yang tersimpan di Gunung Tahan? . 
21. Tersimpannya generasi Ahlul Bait yang ditindas dari Salasilah Rasulullah di Tanah Melayu? Dimana? . 
22. Pelabuhan yang hilang 2000 tahun? . 
23. Projek rahsia di Langit? Apakah itu? Skyfall? . 
24. Dr. Strange : Teleportasi pertama di Nusantara? Mengarutkah? . 
25. Firaun dan kekayaan emas Tanah Melayu. . 
26. Kenapa Nusantara miliki Khazanah Herba perubatan luarbiasa? . 
27. Rahsia senibina alam Nusantara yang dicuri Yahudi. . 
28. Falsafah luarbiasa Nusantara dalam sunnah Rasulullah. . 
29. Kenapa.Yahudi sangat memusuhi Melayu Islam? . 
30. Wasiat Dan Kalam Ulama buat Pendatang Akhir zaman

Dikutip dari post Instagram Penulis. @hadi_fayyadh
Kebangkitan akan bermula diTimur? Siapakah pemegang panji-panji hitam yang Nabi SAW maksudkan? Apakah misteri Bani Jawi dari salasilah Nabi Ibrahim, Nuh dan Nabi Yusuf yang bertapak di Tanah Melayu sejak puluhan ribu tahun lamanya? Misi Yahudi mencari salah satu puak dari 12 puak Yahudi yang hilang? Apakah perkaitannya dengan Melayu Islam?? ...
.
Kenapa bangsa Islam ini diruntuhkan akhlaknya dengan begitu dahsyat sekali? Penguasaan politik yang dirancang sekian lama, untuk apa dan mengapa?? Semuanya bakal terjawab di dalam Buku Last Kingdom (edisi bahasa Melayu) by @hadi_fayyadh

Semoga Najihah berpegang teguh dengan janji Najihah ok. Iaitu tidak mahu beli buku untuk tahun 2018. Najihah berpegang teguhlah!!! 

9 comments:

  1. saya ada satu buku yang diberi percuma oleh pak latip,siap autograph..buku bertajuk Bilal bin Rabah,buku lain pun ada...cuma buku bilal ni special sebb autograph jela..dn diberi sendiri oleh pak latip

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh bestnya siap ada tandatanangan Pak Latip lagi!

      Delete
  2. Buku The Last Kingdom ni nanti saya nak baca..ikut turn..hehehe

    ReplyDelete
  3. Buku ni memang susah cari eh kat kedai buku??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada di sesetengah kedai buku dan ada dijual online

      Delete
  4. Hi,saya nak tanya buku ni edisi awal ke? Sebab saya beli bulan nov 2018 covernya lain. Isi kandungan ada yg sama ada yg tak

    ReplyDelete
  5. selepas membaca buku ni apa yang najihah faham? saya dah katam buku ni tapi isinya terlalu berat dan sejarah lampau yang mungkin tiada bukti pun. Terima Kasih untuk maklum balas anda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalamualaikum, maaf lambat balas. Sebenarnya Najihah tak baca pun lagi buku The Last Kingdom. Najihah just cakap dalam post yang Najihah tak sabar tunggu keluaran buku En.Hadi Fayadh. Tetapi kebanyakan buku sejarah yang Najihah baca seperti Alexander itu Zulqarnain atau buku pak latip, banyak sahaja tulisan fiksyen. Bagi Najihah buku itu pun berat dan kena baca banyak kali kalau nak tahu jalan cerita. Tapi apa yang Najihah dapat bila baca buku sejarah yang berat-berat ini hanyalah gambaran. Dan sedikit-sebanyak ia dapat meningkatkan semangat Najihah tentang sejarah Islam dulu kala walaupun buku itu tak ada bukti yang kukuh. Sekurang-kurangnya kita tahu tokoh apa yang ada pada satu zaman tertentu. Jalan cerita of course kita kena belajar di peringkat yang lebih tinggi dari pakar-pakar sejarah Islam sendiri. Kalau buku The Last Kingdom, first impression pada Najihah, dia tentang gambaran sejarah lepas dan kaitan-kaitannya dengan apa yang berlaku zaman sekarang. Apa-apapun, nak tahu dengan lebih mendalam boleh baca artikel dan belajar di peringkat yang lebih profesional. Insyallah Najihah akan miliki buku ini satu hari nanti.

      Thank you Puan Azradila...maaf lambat balas.

      Delete