Thursday, 27 September 2018

My 10 Cents About Merdeka and Malaysia

Personal thought.

Di sempena hari kemerdekaan, Najihah cuma mahu muhasabah diri balik. Apa sumbangan aku terhadap negara tercinta. Negara tumpahnya darahku. Secara rasmi, aku mengakui tak ada apa pun yang aku pernah sumbang terhadap Malaysia. Tetapi aku tahu, walaupun tiada sumbangan besar seperti mewakili sukan negara, yang pasti ada sumbangan kecil yang aku sumbang untuk Malaysia. Aduh ayat berbelit-belit. Semoga korang faham.
  • Kutip sampah di tepi jalan dan taman-taman
  • Menjadi pemandu yang berhemah apabila membawa kereta di jalan. 
  • Bercakap dalam bahasa melayu bukan rojak.
  • Mengetahui sejarah kemerdekaan tanah melayu.
  • Berusaha untuk menjadi rakyat yang maju dalam pendidikan, agama dan kerjaya.
  • Dan seterusnya...
Aku tak pernah bosan dengan sejarah. (Ok, kalau bab paleolitik, neolitik semua itu aku bosan. Siap tertidur lagi dalam kelas. Tertidur ok.) Kalau bab lain mata aku memang keras. Kalau mengantuk sekalipun aku sanggup buntangkan mata tengok muka Muallimah Marhamah (Cikgu perempuan) sedang mengajar. Serius. Aku tak tahu kenapa bab paleolitik bagai itu macam lapuk sangat. Aduh, maafkan aku.

    

Dan buku yang aku asyik ulang adalah buku Sejarah Tingkatan 4 dan tingkatan 5. Kenapa? Mestilah sebab SPM suka sejarah. Kalau korang nak tahu, kedua buku inilah paling-paling paling banyak nota-nota kecil. Kenapa? sebab ada banyak sangat pelajaran luar kotak yang muallimmah Marhamah ajar. Aku suka sangat cara dia mengajar. Tetapi sekarang muallimmah itu dah full time jadi counselor. Semoga beliau berjaya dalam kerjaya impian yang beliau ceburi.

  

So sedikit sebanyak bila dah belajar 11 tahun tentang sejarah di alam sekolah. Insyallah boleh bayangkan keadaan sebelum tanah melayu ini merdeka. Malayan Union, Jepun, Belanda menguasai melaka dan sebagainya. Bagaimana terbentuknya parti politik dan lahir tokoh-tokoh hebat seperti Mat Salleh, Tok Janggut dan banyak lagi. Walau dah habis sekolah, masa Najihah belajar sementara di KUIS . Still masih belajar sejarah. So buku yang Najihah belajar itu bagi Najihah adalah  kumpulan pembelajaran dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Cukup lengkap tetapi belum lengkap sepenuhnya. Iaitu buku Pengajian Malaysia  yang diterbitkan Oxford Fajar.

Nak tak nak kita kena tahu juga sejarah negara kita sendiri. Kenapa? sebab sejarah mengajar kita untuk tidak mengulang kesalahan dalam politik, pendidikan, agama yang pernah dilakukan orang yang terdahulu. Dengan sejarah juga kita diajar untuk berusaha menjadi lebih baik daripada semalam.

Foreingner: Tell me about your country.
Me: Urm...I don't know...

Sejarah ini bukanlah satu subjek yang 'mengantuk' di kelas. Tetapi subjek yang memberi peringatan untuk kita untuk mempertahankan negara kita sendiri. Semua orang tahu bahawa tanah kita sebelum ini mempunyai sudah mempunyai kerajaan yang tersendiri. Iaitu Kerajaan Melaka dan banyak lagi. Tetapi semuanya telah menjadi sejarah.

People A: What do you know about XXX?
People B: Oh! there are many beautiful places in XXX  that you should go! such as..bla bla bla. Even though I have not visited XXX but I know all of these places through the Internet.

People A: And what about Malaysia?
People B: Oh... I have visited many places in Malaysia. 

People A: And...? That's it? 
People B: *smile

Kenapa kita (aku) kena bangga jadi Rakyat Malaysia?
State your answer here ________________________________________________


Aku suka sangat setiap kali perarakan merdeka. Rasa macam patrioritik gitu. Aku suka tengok kapal terbang dan askar-askar yang berkawad bawa senjata. (Walaupun aku 50-50 je pandai kawad.) Bila aku fikir balik, betapa membantunya kokurikulum KRSM dan Kesatria Negara yang aku pernah sertai semasa Sem 1 dan Sekolah dulu.


Kokurikulum ini mengajar untuk berdisiplin dan menyayangi negara Malaysia ini sendiri. Bahkan ia tidak secara langsung memberi kita rasa pengorbanan tentera-tentera Malaysia yang sebenarnya. Nak lagi jauh kita dapat menghargai pengorbanan rakan-rakan kita yang berada di Gaza, Aleppo, Syria mempertahankan tanah air mereka. Betapa sukarnya untuk menjadi tentera yang kuat mempertahankan negara seperti tentera di Malaysia ini sendiri dan juga luar dari negara Malaysia, tentera Al-Qassam.

Jadi, point yang sebenarnya aku nak bagi tahu adalah

  1. Be proud Malaysian.
  2. Belajar sejarah elok-elok. (sejarah best apa)
  3. Fikirkan apa yang kita boleh sumbang untuk negara kita
  4. Simpan buku sejarah baik-baik. Walaupun sejarah kita ada campur betul dan tak betul. Nak tak nak kita sendiri juga kena kaji dan banyak membaca. Nak tahu lebih tentang sejarah jangan beli buku sekolah-sekolah. Buku sekolah just for introduction. Cubala baca Viva atau artikel kat library tentang sejarah. 
  5. Masuk kokurikulum unit beruniform aku tahu penat tapi insyallah berbaloi!
  6. Malaysia is not just for Malay. Dalam Malaysia ini banyak kaum. Perlu respect to each other.  
  7. Orang yang tidak mahu baca sejarah akan mengulangi kesilapan sejarah yang lalu. 
  8. Thank you for reading this humble post. Have a nice day!

4 comments:

  1. Kita setuju dgn kata-kata awak. Thanks for this. Tetiba rasa mcm sentap sikit dulu mmg minat subjek sejarah tapi tak suka hafal fakta. Hafal pun sbb nak exam. Itu jadi lupa. Muhasabah diri kita. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...Kadang-kadang niat kita kena betul nak belajar. Lagi-lagi subjek killer haha macam sejarah

      Delete