Tuesday, 11 September 2018

WhatsApp Berantai: Tips: [KEMUDAHAN PENGANGKUTAN BELAJAR DI UiTM PUNCAK ALAM}

Tips: [KEMUDAHAN PENGANGKUTAN] Credit Picture


🚌 Bas rapid 753
- Bas paling popular terutamanya weekend.
- Lokasi: UiTM ➡ Klang Sentral ➡ Tesco setia Alam ➡ Setia City Mall (SCM) ➡ Hub Sek.2 Shah Alam ➡ 

🚌 T715
- Jarang lalu tapi ada
- Satu2 nya bas ke pasar puncak alam
- lalu fasa 1 sampai surau haji ismail
- lalu tesco puncak alam

Cara ke MRT/KTM sungai buloh:
◼Sewa grab car terus ke mrt sg.buloh
◼uitm palam naik rapid T715➡ tesco palam (tunggu bas smart selangor kat bus stop depan tesco) ➡ MRT/KTM sg.buloh.

πŸ”Έnaik mrt sg.buloh boleh terus ke kl sentral. Tapi kena berhenti di Muzium Negara. Dari muzium negara naik escalator ikut tanda arah terus tembus kl sentral.
⚠ bas smart selangor ke mrt/ktm sg.buloh berhenti di luar stesen mrt. Perlu naik jejantas. Dari mrt sg.buloh nak ke palam juga perlu naik jejasntas, bas smart selangor tunggu di seberang jalan.

Cara ke kl sentral melalui shah alam:
◼dari uitm palam naik rapid 753 ➡ sek.2 shah.
πŸ”Έ dari sek.2 shah alam ke kl sentral ada 2 cara:

◼Tunggu bas rapid terus ke kl sentral (tak pasti no.bas)
◼naik bas smart selangor ke ktm shah alam ➡ naik ktm terus ke kl sentral
◼Perlu ke bus stop seberang jalan tunggu bas rapid ke ktm shah alam ➡ naik train ke kl sentral 

⚠ Untuk pulang semula ke palam. Sama ada naik train ke ktm shah alam ➡ naik bas smart selangor/rapidd ke sek.2 shah alam. Atau naik bas rapid dari kl sentral terus ke sek.2 shah alam ➡ di sek.2 shah alam tunggu di bas stop depan medan selera (seberang jalan dari bus stop yang menurunkan penumpang dari puncak alam), ➡ naik bas rapid 753 terus ke uitm puncak alam.

Cara ke klang sentral
◼bas rapid 753 dari uitm puncak alam ➡ klang sentral

⚠ untuk pulang ke uitm palam dari klang sentral, tunggu je kat dalam stesen bas tu. Rapid 753 akan masuk ke dalam kawasan stesen. Tapi bas tu tak berhenti sendiri, kena tahan bas tu. Sentiasa alert.
⚠ dari klang sentral nak ke shah alam. Perlu keluar dari kawasan stesen klang sentral. Tunggu je kat laluan pejalan kaki depan klang sentral (selalu bas dari palam berhenti situ untuk turunkan penumpang)

P/s: boleh juga sewa grab car jika nak cepat

#semogamembantu

Terima kasih kepada yang menulis ini. Pemilik blog This Little Light Of Mine mengharapkan kehidupan yang baik kepada penulis ini. Memang sangat membantu. Terima kasih...

2 comments:

Abam Kie said...

Teringat masa belajar di UM pd awal 90an dulu bergantung kpd bas mini n sri jaya utk ke kl. Bila masuk thn 3 baru mampu beli motor 2nd hand. Tu pun guna duit biasiswa kpm.

Nurul Najihah said...

Wahhh mesti kenangan manis itu!