Sunday, 28 October 2018

GIVEAWAY PLANNER 2019 by SHFYQHAZHR.COM


Masih belum terlambat untuk join yeay! So hari ini nak join giveaway dari blogger http://www.shfyqhazhr.com. Syarat-syarat simple mudah lagi! Senang sangat sampai nak nangis (ok drama queen) 

Komen mengenai blog Sha:
  • First of all, Najihah rasa Sha patut ada your own colour. White is nice. Tetapi mungkin boleh perbanyakkan lagi warna pink. Sweet je nampak. Tapi apa-apapun ini hanyalah pendapat. Kalau boleh ikut kata hati Sha je sebab that's your blog. Pendapat orang hanya memenuhi cita rasa mereka. Fighting! Tak sabar nak tengok perubahan blog nanti!


Makan Malam Dengan Deli Cake London! Tak Mahu Makan Nasi!

Picture by Nurul Najihah

Huhu bukan aku nak diet pun tetapi kalau boleh tak nak makan malam-malam. Jadi semalam aku beli cake ini. Harga RM2.80. Rasa dia kurang sikit daripada kek gulung london choco roll itu. London choco roll lagi sedap. Patutlah masa aku beli itu Deli cake ini ada banyak stok lagi dan London Choco Roll tinggal satu kotak huhu. Tak apalah, lain kali aku beli. 

Apa-apun cake ini memang membantu aku untuk meningkatkan lagi tenaga (cewah) pada waktu malam. Have a nice day everyone!

(Not a sponsored post)

Pizza Tuna Yang Menyelerakan

Picture by Nurul Najihah

Disebabkan sudak muak makan nasi, aku ada juga la nak beli pizza. Kalau korang nak tahu, aku ada sampai satu tahap tak nak makan nasi dah sebab tiap-tiap hari makan nasi. (lol hahaha bukan memang kena makan nasi ke. Kan mengikut (uruf))

Tetapi apa-apapun pizza ini memang terbaik. Aku beli kat festival di universiti dengan harga RM5. Bolehla berbaloi juga kepada aku yang tak nak makan nasi ini. Ini pizza tuna. Uish, bila tengok gambar rasa macam nak repeat. Laparnya... Have a nice day everyone!

Macaroon Pilihan Hati

Picture by Nurul Najihah

Seperti biasa, sebelum masuk ke kelas sekiranya ada masa yang lebih, aku dan kawan-kawan akan ke tingkat 8 untuk membeli makanan sebagai makanan tengahari. Di situ ada disediakan meja dan pelajar atau orang luar boleh letak makanan dan tabung. Banyak sangat makanan yang dijual, nasi lemak, roti sardin, roti sandwich dan sebagainya. 

Kalau belajar fiqh muamalat, sekiranya jual beli yang sebegitu tanpa penjual mengikut mazhab Shafie, tidak sah. Tetapi kalau mengikut mazhab Hanafi jual beli sebegitu dibolehkan. Tetapi, tanpa kita semua sedar banyak sangat kaedah amalan mazhab Hanafi di apikasi masyarakat kita. Contohnya barangan vending-machine dan touchNgo. Kalau mengikut mazhab Shafie, memang kita dah tak boleh nak beli makanan tanpa penjual huhu. Berlaparlah kami nampak gayanya...

Jadi aku pun ternampak ada Macaroon yang sudah lama aku idamkan. Apa lagi? beli lah satu huhu. Mahal la juga, RM1. Satu ringgit sangat bernilai ok. Tetapi memang berbaloi beli. Craving macaroon sudah terlaksana! hehehe. 

Lagi satu, apa yang aku belajar. Sekiranya jual beli yang ada makanan dan tabung sahaja tanpa pembeli dan kita sendiri yang kena letak duit dalam tabung, pembeli ada beri notis di kertas contohnya macam ini

"Jangan curi dan menipu, Allah nampak"
"Bersikap jujurlah"

Kontrak jual beli itu tidak sah. Sebab apa? sebab si penjual ragu-ragu dengan jualan barangannya yang ditakuti ada orang menipu. Kalau ada informasi salah tolong betulkan. 
Haaa berguna juga aku ambil kos ini kat universiti hahaha. Macaroon ini pun sedap! Ya Allah nak repeat tetapi baik beli yang original yang ada di mall. Lagi-lagi MidValley hahaha. (Najihah...sempat sangat kau nak pergi jalan-jalan? banyak lagi past year, presentation, assigment menanti ini haaaa) Huhu... Have a nice day everyone!

Friday, 26 October 2018

Peluang Lebih Besar Daripada Impian. Betul ke?




Watch this video first.

Everything in life happens according to our time, our clock.
You may look at some of your friends and think that they're ahead of you,
maybe some of them you feel are behind but everything happens at their own pace.
They have their own time and clock so do you.
Be patient.
Don't let anyone rush you with their timelines.
-Twitter @f9oo
----------------------------------------------------------------------------------------------
#BloggingWhileListeningToGoldenChild

Murid-murid di sekolah apabila ditanya apakah impian mereka, ada sahaja pekerjaan dan perbuatan yang mereka ingin lakukan apabila besar nanti. Doktor, peguam, cikgu dan sebagainya. Tetapi bila semakin besar, semakin tidak tahu apa yang mereka mahu jadi.

Bagi aku sendiri, aku setuju pendapat Raef bahawa peluang lebih besar daripada impian. Aku mengakui yang aku ada banyak impian. Belajar luar negara, belajar main piano, belajar semua bahasa, melancong satu Malaysia dan satu dunia. Ya. Sejujurnya memang tidak masuk akal. Semua yang aku impikan tidak akan dicapai sekiranya tiada peluang.

Dan kadang-kadang impian kita boleh melelahkan kita. 
Nak belajar main piano, tetapi tiada alat dan tidak masuk kelas. Macammana boleh pandai main dalam masa yang singkat? Nak jadi doktor tetapi dalam SPM tak perform. Bagaimana mahu isi course untuk melayakkan kita mendapat course medik. Kadang-kadang, impian yang kita impikan tidak mampu kita impikan. Kerana tiada peluang.

Tetapi yang menariknya,
Benda-benda yang kita impikan akan berada di sekeliling kita tanpa kita sedar. Ada daya tarikan ataupun Law of Attraction. Contohnya, walaupun tidak dapat belajar piano, main piano tetapi still kita diberi peluang untuk ke majlis perkahwinan yang ada piano. Dan piano itu kita boleh pegang dan main walaupun tak tahu cara. Pegang piano, bukankah itu satu kejayaan untuk impian kita?

Tak dapat jadi doktor tetapi selalu tengok drama dan baca novel yang ada berkaitan dengan medik. Tidakkah rasa impian kita yang tertanam itu tumbuh subur?

dan banyak lagi.

Tetapi ini tidak bermakna kita perlu tunggu peluang itu datang. Usaha perlu ada. Kalau kita rasa mampu untuk mencapai impian tanpa kelekangan peluang. Go for it! Jangan fikir tentang kata-kata kurang motivasi orang luar dan capai impian dengan satu persatu. Tidak telalu tergesa-gesa dan terlalu lambat. Sikit-sikit. Supaya perjalanan untuk kita ke 'impian' itu dapat kita harungi dengan gembira.

Konklusi

  1. Jangan terlalu mengikut impian dengan membuta-tuli. Sekiranya ada peluang lain yang lebih baik dari impian, ambillah peluang itu.
  2. Kadang-kadang, aku lebih suka tiada impian akan datang kerana itu membuatkan aku tidak berputus asa dalam belajar sekiranya aku tahu apa yang aku mahu capai impian pada masa hadapan nanti. 
  3. Doa + Usaha + tawakal = insyallah berjaya.
  4. Bersyukur dengan keadaan sekarang. :)
Have a nice day everyone!
Rujukan: Gambar

Tuesday, 16 October 2018

New experiences - Gamelan


I can't hold my nervousness playing the instrument. There are a lot of key need to memorize. Sometimes I have a bit regret learning this but I know, it will boost my confident level. Never give up. 

Friday, 5 October 2018

Birthday giveaway by Mazuriah Mohamed


Wah! kenapa Najihah rasa kagum tengok gif di atas? Huhu cantiknya...Baiklah sudah lama tak bersua muka. Sudah lama tak cakap bahasa melayu (ok acah sahaja) Najihah join gif eh join gif pulak. Najihah join Birthday giveaway by Mazuriah Mohamed. 

Macammana Najihah boleh jumpa blog Mazuriah's world?
Macamtulah. Haha ok tak tak.
Najihah nak baca blog orang lain di 'reading list' dan terjumpa blog akak Shikin Razali (http://www.shikinrazali.com/2018/10/birthday-giveaway-by-mazuriah-mohamed.html) Syarat pun senang, Apa tunggu lagi? Najihah join sahajalah. 

Tekan gambar kalau nak join atau malas sangat tekan sini haaa (SINI)
p/s Boleh tak tolong buatkan najihah gif? Eh eh eh ke situ pula.

Monday, 1 October 2018

I Called Her D.I.Y


I called her D.I.Y
Don't know why
I just appreciate her for being my friend
Yes, I hope we will meet again in Jannah

I called her D.I.Y
Day by day
I hope you will always be happy
You know how much I 'hate' you

I called her D.I.Y
Did I ever hurt you, dear my friend?
I'm sorry
Yet, I'm not perfect nor an angel

I called her D.I.Y
Dear "do it yourself"
I know you will have many friends and maybe meet a spouse but
Yang Maha Kuasa is the only one who always with you.

I called her D.I.Y
Always D.I.Y
Thank you D.I.Y




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...