Sunday, 28 October 2018

Macaroon Pilihan Hati

Picture by Nurul Najihah

Seperti biasa, sebelum masuk ke kelas sekiranya ada masa yang lebih, aku dan kawan-kawan akan ke tingkat 8 untuk membeli makanan sebagai makanan tengahari. Di situ ada disediakan meja dan pelajar atau orang luar boleh letak makanan dan tabung. Banyak sangat makanan yang dijual, nasi lemak, roti sardin, roti sandwich dan sebagainya. 

Kalau belajar fiqh muamalat, sekiranya jual beli yang sebegitu tanpa penjual mengikut mazhab Shafie, tidak sah. Tetapi kalau mengikut mazhab Hanafi jual beli sebegitu dibolehkan. Tetapi, tanpa kita semua sedar banyak sangat kaedah amalan mazhab Hanafi di apikasi masyarakat kita. Contohnya barangan vending-machine dan touchNgo. Kalau mengikut mazhab Shafie, memang kita dah tak boleh nak beli makanan tanpa penjual huhu. Berlaparlah kami nampak gayanya...

Jadi aku pun ternampak ada Macaroon yang sudah lama aku idamkan. Apa lagi? beli lah satu huhu. Mahal la juga, RM1. Satu ringgit sangat bernilai ok. Tetapi memang berbaloi beli. Craving macaroon sudah terlaksana! hehehe. 

Lagi satu, apa yang aku belajar. Sekiranya jual beli yang ada makanan dan tabung sahaja tanpa pembeli dan kita sendiri yang kena letak duit dalam tabung, pembeli ada beri notis di kertas contohnya macam ini

"Jangan curi dan menipu, Allah nampak"
"Bersikap jujurlah"

Kontrak jual beli itu tidak sah. Sebab apa? sebab si penjual ragu-ragu dengan jualan barangannya yang ditakuti ada orang menipu. Kalau ada informasi salah tolong betulkan. 
Haaa berguna juga aku ambil kos ini kat universiti hahaha. Macaroon ini pun sedap! Ya Allah nak repeat tetapi baik beli yang original yang ada di mall. Lagi-lagi MidValley hahaha. (Najihah...sempat sangat kau nak pergi jalan-jalan? banyak lagi past year, presentation, assigment menanti ini haaaa) Huhu... Have a nice day everyone!

1 comment: