Friday, 26 October 2018

Peluang Lebih Besar Daripada Impian. Betul ke?




Watch this video first.

Everything in life happens according to our time, our clock.
You may look at some of your friends and think that they're ahead of you,
maybe some of them you feel are behind but everything happens at their own pace.
They have their own time and clock so do you.
Be patient.
Don't let anyone rush you with their timelines.
-Twitter @f9oo
----------------------------------------------------------------------------------------------
#BloggingWhileListeningToGoldenChild

Murid-murid di sekolah apabila ditanya apakah impian mereka, ada sahaja pekerjaan dan perbuatan yang mereka ingin lakukan apabila besar nanti. Doktor, peguam, cikgu dan sebagainya. Tetapi bila semakin besar, semakin tidak tahu apa yang mereka mahu jadi.

Bagi aku sendiri, aku setuju pendapat Raef bahawa peluang lebih besar daripada impian. Aku mengakui yang aku ada banyak impian. Belajar luar negara, belajar main piano, belajar semua bahasa, melancong satu Malaysia dan satu dunia. Ya. Sejujurnya memang tidak masuk akal. Semua yang aku impikan tidak akan dicapai sekiranya tiada peluang.

Dan kadang-kadang impian kita boleh melelahkan kita. 
Nak belajar main piano, tetapi tiada alat dan tidak masuk kelas. Macammana boleh pandai main dalam masa yang singkat? Nak jadi doktor tetapi dalam SPM tak perform. Bagaimana mahu isi course untuk melayakkan kita mendapat course medik. Kadang-kadang, impian yang kita impikan tidak mampu kita impikan. Kerana tiada peluang.

Tetapi yang menariknya,
Benda-benda yang kita impikan akan berada di sekeliling kita tanpa kita sedar. Ada daya tarikan ataupun Law of Attraction. Contohnya, walaupun tidak dapat belajar piano, main piano tetapi still kita diberi peluang untuk ke majlis perkahwinan yang ada piano. Dan piano itu kita boleh pegang dan main walaupun tak tahu cara. Pegang piano, bukankah itu satu kejayaan untuk impian kita?

Tak dapat jadi doktor tetapi selalu tengok drama dan baca novel yang ada berkaitan dengan medik. Tidakkah rasa impian kita yang tertanam itu tumbuh subur?

dan banyak lagi.

Tetapi ini tidak bermakna kita perlu tunggu peluang itu datang. Usaha perlu ada. Kalau kita rasa mampu untuk mencapai impian tanpa kelekangan peluang. Go for it! Jangan fikir tentang kata-kata kurang motivasi orang luar dan capai impian dengan satu persatu. Tidak telalu tergesa-gesa dan terlalu lambat. Sikit-sikit. Supaya perjalanan untuk kita ke 'impian' itu dapat kita harungi dengan gembira.

Konklusi

  1. Jangan terlalu mengikut impian dengan membuta-tuli. Sekiranya ada peluang lain yang lebih baik dari impian, ambillah peluang itu.
  2. Kadang-kadang, aku lebih suka tiada impian akan datang kerana itu membuatkan aku tidak berputus asa dalam belajar sekiranya aku tahu apa yang aku mahu capai impian pada masa hadapan nanti. 
  3. Doa + Usaha + tawakal = insyallah berjaya.
  4. Bersyukur dengan keadaan sekarang. :)
Have a nice day everyone!
Rujukan: Gambar

No comments:

Post a Comment