Tuesday, 6 November 2018

Miss Khan Jemput Kami Ke Majlis Perkahwinan India-Muslim Akan Datang!

Asalamualaikum.


Kalau korang ada baca Najihah punya post-post sebelumnya, aku ada menceritakan tentang pensyarah baru yang mengajar aku dan kawan-kawan English. Dia berketurunan India-Punjabi-Islam. Apa yang menarik tentang Miss Khan, dia adalah seorang yang open-minded. Yup. Cara perlakuan dia langsung tidak membuatkan orang terasa rendah diri dengannya.

Setiap kali nak bertutur dalam bahasa orang putih, dia tidak kisah sekiranya grammar kami tunggang-langgang. Apa yang pasti, kami kena berani berkata-kata. She is beauty with brain. Kalau nak tahu, sambil Miss Khan ajar kami English pada hari Selasa, hari-hari lain dia bekerja di hospital. Dia adalah seorang doktor bedah yang berkaitan dengan otak dan mempunyai PhD. Bukan itu sahaja. Selain boleh sikit-sikit berbicara dalam bahasa melayu-penang, dia juga fasih berbicara dalam bahasa cina. I was like...seriously? Bestnya dapat kuasai banyak bahasa!

Tambahan pula, dengar dari kawan-kawan dia juga pandai make-up kan orang dan pernah make-up kan artis. Itu adalah satu kelebihan yang mengangumkan!

So, cara mengajar dia pun lain. Dia lebih mengikut sistem luar negara yang mementingkan aktiviti praktikal tanpa tertumpu sepenuhnya kepada past year question. (tetapi aku memang nak kena juga buat past year question aku tak rasa yang aku boleh catch up tanpa berusaha bersungguh-sungguh.) 

Jadi, hari itu kami berborak-borak dengan Miss Khan dan tiba-tiba Miss Khan kata yang kalau dia kahwin nanti dia nak ajak kami!. Wahhh bestnya! Miss ada khan menceritakan prosedur-prosedur perkahwinan mengikut budaya India. Memang banyak! Kalau kita melayu kahwin + majlis satu hari sahaja. tetapi uniknya budaya mereka, mereka kahwin + majlis berhari-hari! Pada mulanya macam tak percaya tetapi itulah realiti. Ada banyak lagi nak cerita apa yang mereka lakukan setiap hari perkahwinan. Antaranya malam berinai. Inai yang dipakai perempuan ada tertulis nama lelaki/perempuan dan si lelaki wajib mencarinya. (Kalau salah bagi tahu ya), melawat ke rumah lelaki, melawat ke rumah perempuan dan sebagainya. 


Miss Khan juga ada pasang niat untuk kahwin memakai baju kebaya untuk satu hari. Wow! (Najihah pun nak cuba pakai sari nanti hehe) Dia memang nak ajak kami untuk mengalami budaya perkahwinan India-Muslim. Ini pasti pengalaman yang tidak akan dilupakan. Semoga Miss Khan mendapat jodoh yang baik dan menjemput kami ke majlis perkahwinannya nanti! I'll be waiting!


References
  1. BuzzFeed
  2. Giphy
  3. Favim.com

1 comment:

faten.banana said...

beauty with brain indeed! XD Boleh lah jadi idola jugak untuk turut jejak langkah :D