Wednesday, 26 December 2018

Esok Najihah Start Final //Nervous


So esok Najihah pergi berperang. Semoga peperangan kali ini mudah sahaja. (berdebar). First paper adalah IMU150 Fiqh Muamalat. Najihah harap sangat Najihah dapat jawab dan semoga ilmu yang susah payah hafal, ingat dan baca itu terlekat di hati. 


Terima kasih kepada kawan-kawan Najihah yang respon mesej dan ahli keluarga yang memahami. Jasa korang semua hanya Allah sahaja mampu balas 100%. 

Korang nak tahu tak, semalam Najihah baru sahaja jatuh kerusi. Kerusi yang Najihah belajar itu dah reput. Masa itu tengah makan. Dah rasa pelik dah kenapa kerusi ini goyang-goyang tapi bersangka baik sahaja. Tak lama kemusian, Najihah terrrrjatuh pusing ke belakang. Bayangkan! gayananya macam buat aerobik pusing yang hebat itu. Tapi, sakit itu hanya Allah sahaja tahu. Pinggang lenguh. Lepas itu, Najihah cari la sudu yang Najihah pegang. Rupa-rupanya terpelanting atas katil. Alhamdulillah masih bernyawa. Tetapi...Aduh... Dengan rasminya Najihah tiada kerusi buat masa sekarang. Lecehlah, dah lah nak kena buat aduan. Hmmm. 

Apa-apapun korang doakan Najihah tau supaya Najihah dapat jawab dengan cemerlang, tenang menjawab, cukup masa, idea yang melimpah ruah, senang jawab soalan dan tidak over-confident. Amin.... Ya Allah... semoga doa baik ini juga berbalik kepada kalian. Kejayaan Najihah ini juga sebagai penulis part time juga hasil kata-kata baik yang korang comment dan nyatakan. Terima kasih banyak-banyak. 

Kalau ada salah silap Najihah minta maaf. Terima kasih doakan Najihah yang baik-baik ya! 
Have a nice day! #NajihahBerperangEsok. #Doakan #TQSemogaDoaBaikItu BerbalikPadaKorang.

3 comments:

yeaslmn said...

Good luck exam esok Najihah. All the best ya! :)

ejulz said...

Goodluck dan semoga dipermudahkan menjawab soalan najihah :)

Isma Ismail said...

all the bestttt