Friday, 28 December 2018

"Falling sick is a blessing in disguise"

Asalamualaikum.

Terima kasih kepada yang behormat @yeaslmn @ejulz dan @IsmaIsmail beri semangat kepada Najihah. Alhamdulillah. Final seterusnya hari ahad ini hehe. Final Computer pulak. Insyallah Najihah buat yang terbaik. 

Najihah ada pernah buat reflection pada postingan yang lepas. Siapa yang baca dia tahu. Jadi hari ini Najihah nak buat reflection/muhasabah lagi. Sebab, benda ini kalau tak bagi tahu Najihah tak boleh nak fokus dalam study. Nak tak nak kena luahkan juga. Tak perlu simpan lama-lama dalam otak sehingga boleh buat serabut kepala. Dah la ada paper hari ahad ini huhu. 

Dalam pukul 10:00 a.m tadi Najihah ada tengok status kawan Najihah. Status itu suruh doakan untuk senior yang mengalami penyakit meningoencephalitis. Pada pembacaan Najihah, dia adalah satu proses inflammasi yang melibatkan tisu otak dan akan menyebabkan kegagalan untuk berfungsi (Dr. Mohd Sufian b.Adenan, 10 Oktober 2014) di laman web myhealth.gov.my.

Najihah tak boleh nak halang diri daripada rasa sedih, bercampur baur dan lemah semangat bila ada orang yang Najihah kenal ditimpa ujian sebegini. Teringat allayarhamah Aqilah atau dikenali sebagai Kak Cik, kawan seperjuangan yang dijemput illahi. Al-fatihah. Najihah kenal senior ini. Kak Sundus. Walaupun Najihah langsung tak rapat dengan dia, tetapi dia juga adalah orang yang Najihah pernah jadikan contoh masa tingkatan 1 dulu. Orangnya aktif dalam memimpin dan pandai dalam pembelajaran. Ramai orang suka dia. Walaupun dia tak kenal Najihah it's okay. 

Najihah banyak kali fikir yang sebenarnya masalah yang Najihah hadapi ini tidaklah sesusah mana. Sebab, banyak lagi yang mengalami kesusahan yang berat di luar sana. Tarik nafas...hembus. 
  1. Jadi tiada alasan untuk Najihah malas belajar kerana peluang untuk menuntut ilmu didambakan orang lain yang tidak berkemampuan.
  2. Makan makanan sihat kerana badan ini bukan hak milik kita sepenuhnya. Dengan makan makanan yang cukup khasiat, ini adalah pelaburan untuk diri kita supaya dapat melakukan kerja yang baik. 
  3. Buat baik kepada semua orang kerana kita tak tahu kita atau dia yang sakit dulu. Doakan mereka dalam diam kerana itulah semanis-manis hikmah mendoakan, Insyallah
  4. Don't sad sad let's study! 
Thank you for reading this entry. Kalau ada sesiapa yang belum join segmen Najihah, tekan sini:

3 comments:

  1. semoga najihah dipermudahkan menjawab soalan dan semoga senior cepat sembuh..

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah permudah urusan Najihah di dunia dan di akhirat. Betul tu, bila fikirkan kesusahan kita walhal ramai lagi di luar sana yg malah lebih susah halangannya yg dihadapi. Moga terus kuat dlm menempuhi dugaan hidup! :)

    ReplyDelete
  3. Yea semua ada hikmahnya :)

    ReplyDelete