Sunday, 16 December 2018

Najihah Nak Minta Maaf Dekat Semua!

Asalamualaikum.

First of all Najihah nak minta maaf sangat sangat sangat dengan korang semua. Ceritanya macam ini... Najihah ada buat segmen 55 Hari berblogging macam gambar di bawah ini.

 

Selepas 2 minggu buat segmen ini, langsung tiada orang comment nak join. Maka Najihah menyepikan diri dengan erti kata lain Najihah merajuk! hahaha. Tapi baru hari ini ada rasa ingin buka balik blog. Lol. Selama ini bukan tak nak buka, tetapi sibuk dengan assigment dan study week  lagipun dah nak dekat dengan final. (adakah ini alasan untuk tidak berblogging?)

Hari ini, baru buka dan still rasa pelik kenapa still tiada orang nak comment. Hahaha adakah aku dipinggirkan lol. Bila Najihah usha-usha dan check balik setting rupa-rupanya Najihah buat comments 'moderation' macamtulah. Lagi pelik bila ada peringatan tentang '52 comment sedang menunggu untuk Najihah approve"

Guys! rupa-rupanya ada masalah kat setting. I was like:
  1. Kenapa sunyi sepi je blog aku
  2. Eh, still ada orang visit blog walaupun dah lama tak update
  3. Bukan haritu follower sikit je ke?
  4. Eh eh nuffnang dah muncul!
Naifnya laaa haaa hahahaha. Rupa-rupanya ada orang masih berkunjung dekat blog aku yang entah pape ini. Huwaaa terima kasih semua. Najihah bukan scammer ok. Sorry sangat sangat.
Tapi bila difikirkan balik. Lawak juga! Ya Allah...

Insyallah Najihah cuba visit korang seperti biasa dan minta maaf dan terima kasih dan dan dan sebagainya. Insyallah walaupun lambat tapi Najihah cuba curi masa study week ini. Huhu Terharu weh. Tetibe ada 52 comment kah kah kah. 

Have a nice day everyone.


7 comments:

yeaslmn said...

Nanti nak join jugak lah segmen Najihah. Hehe

farhanna jafri said...

Hahahaha patutlah masa submit komen untuk join haritu pelik bila tengok kosong je. Anyway jangan sedih2 k, selalu je singgah sini :)

Warisan Petani said...

Ye utamakan study drpd berblog.

Cik Tie said...

Laaa haha

Asyiqin Roslee said...

hahaha.. ekin pun pernah alami benda yang sama.. tapi ekin punya lagi lah.. sampai tertutup kotak komen terus,, pastuh pelik kenapa sunyi je.. rupanya tertutup..

Nurin Irsalina said...

Hahahah. Tapi suka jugak buat awaiting moderation. Dpt tapis dulu komen2 sblm publish

aryan azra said...

hahaha begitu kisahnya ya..ingatkan dah takde yang datang ye