Thursday, 31 January 2019

La La La Vie En Rose

Asalamualaikum.


Just random stuff here. Kalau korang perasan, Najihah dah tukar background dan header yang baru. Adik aku cakap blog aku nampak keremajaan gitu. Apa-apapun dah tukar template rasa bersemangat sikit nak tulis. Sikit je hahaha.

So cuti ini buat apa? Najihah macam biasa kemas rumah, masak, basuh baju ect. Walaupun nampak cliche aktiviti cuti ini banyak sebenarnya Najihah belajar benda baru. Aku belajar cara tukar gas. Belajar masak Gulai Nenas buat kali pertama! Belajar beranikan diri bawa kereta jauh-jauh.

Alhamdulillah Najihah dah improve sikit bila bawa kereta. Kalau dulu Najihah tak boleh bawa kereta sambil dengar radio. Tapi alhamdulillah sekarang dah ok. Boleh fokus dan multitsaking kah kah.

Kalau bab bab kpop, Najihah adalah Woollim stan. Dan tahun lepas, masa tengah study week tak silap, Golden Child ada buat MV untuk lagu I See You. First minute macam wowww diorang dancing sambil tutup mata! Smart weh...


Lepas itu, lately ini aku ketawa banyak sebab tengok variety show Korea yang ada Super Junior. Dari weekly idol, Super TV hingga Knowing Brother. Lawak weh. Kalau tentang drama, Najihah tengok Drama Lawless Attorney yang dilakonkan oleh Lee Joon Gee dan Seo Ye ji. Cerita itu memang plot twist betul!

Lagu tempatan yang aku suka lately ini adalah lagu Faizal Tahir - Bisa Aja. Best!!! Lagu Faizal tahir memang tak pernah tak best! Tak boleh move on dengan lagu BUTA dan RAGAMAN. Huhu.


Have a nice day...

Tuesday, 29 January 2019

Cara Belajar Menggunakan Teknik Pomodoro

Asalamualaikum.


Pengenalan
Teknik Pomodoro diasaskan oleh Francesco Cirillo pada akhir tahun 1980 an sebagai alat pengurusan masa. Teknik ini memberi masa 25 minit untuk lakukan sesuatu kerja dan berehat 5 minit seterusnya. Ia akan berulang sehingga kerja yang kita lakukan itu siap. Setiap selang masa itulah yang dipanggil sebagai Pomodoro, dari bahasa Itali dan bermaksud tomato. Kaedah ini banyak digunakan bukan sahaja untuk belajar, tetapi membuat sesuatu kerja dengan lebih efisien. 

Najihah sering guna teknik ini untuk belajar dengan lebih fokus dan aktif. Lagi-lagi menjelang final. 
Jadi apa yang korang perlu buat adalah sediakan satu buku nota atau kertas. Tulis kerja-kerja yang belum siap. Najihah bagi contoh di bawah ini.


What to do? (Study)
{Untuk (study) punya version adalah segala kerja-kerja rumah atau subjek-subjek yang Najihah nak belajar dan siapkan untuk hari ini} Contohnya...
  1. Belajar Fiqh Muamalat
  2. Buat Latihan Past Year Question 5 Soalan

What to do? (House)
{Untuk (house) adalah seperti kerja-kerja rumah Najihah yang belum siap dan selain pastikan perkara tersebut adalah perkara yang selain daripada perkara belajar} Contohnya...
  1. Gosok baju untuk ke kelas x3 
  2. Balut buku
Baiklah. Untuk lebih mudah, pertama sekali korang perlu download app Pomodoro. Ada banyak app pomodoro samada yang berbayar atau tidak. Sekiranya berkemampuan, boleh beli yang berbayar. Tetapi Najihah, Najihah cuma guna app yang free. Never the less, app itu juga banyak membantu Najihah.

Download App 

Kemudian, jom start belajar!

25 minit pertama - Belajar Fiqh muamalat 
5 minit rehat - Gosok baju 1
25 minit kedua - Belajar Fiqh Muamalat
5 minit rehat - Gosok baju 2
25 minit ketiga - Past Year Question 1
5 minit rehat - Gosok baju 3

[Kadang-kadang ada orang rasa leceh dan membazir elektrik bukak tutup bukak tutup iron. Korang boleh adjust dengan sendiri masa. Contohnya untuk lima minit pertama, gosok semua baju sampai habis. Kemudian seterusnya buat seperti biasa. Benda ini perlu diubah masa ke semasa bagi penyesuaian situasi]

25 minit keempat - Past Year question 2
15-25 minit rehat - Balut buku [Selepas 4 Pomodoro, biasanya akan ada satu tempoh rehat yang lama seperti 15 minit/25 minit] 
25 minit kelima - Past Year Question 3
5 minit rehat - [Kalau malas nak rehat, boleh sahaja sambung belajar]
25 minit keenam - Past Year Question 4
5 minit rehat- Tengok Internet
25 minit ketujuh - Past Year Question 5

Siap! Maka, Najihah hanya mengambil masa 175 minit dan 50 minit untuk rehat dan selesaikan semua benda dalam masa 3 jam lebih. Hebat tak hebat?

Belajar Fiqh Muamalat DONE
5 Past Year Question DONE
Gosok 3 baju DONE 
Balut buku DONE
Kebaikan Teknik Pomodoro
  1. Teknik Pomodoro ini adalah satu cara untuk melatih otak kita menjadi lebih fokus dalam belajar. Otak kita ini adalah otot-otot. Apabila kita memaksa untuk terus belajar tanpa henti, otot atau otak kita menjadi lemah. Di mana ia akan memberi kesan kepada pembelajaran kita.  
  2. Kita perlu juga melatih otak kita dengan menggunakan teknik ini setiap hari. Bukan sahaja sebagai alat untuk belahar, tetapi untuk kegunaan aktiviti seharian juga. Jadi, apabila otak sudah terlatih, maka waktu final nanti tidaklah kita terasa penat semasa belajar!
  3. Apabila kita serius dan fokus dalam menggunakan teknik ini. Banyak sebenarnya perkara yang kita boleh siap lakukan tanpa tertangguh. 
Bagi Najihah, menggunakan teknik Pomodoro ketika belajar membuatkan Najihah lebih fokus. Najihah tekad untuk tumpukan sepenuhnya 25 minit untuk belajar dan lima minit seterusnya rehat dengan mendengar lagu dan semua itu akan berulang sehingga Najihah siap kerja... Namun, semua orang ada cara belajarnya sendiri. Kena cari sahaja mana teknik yang baik dan tepat untuk diri sendiri. Apa-apapun korang boleh cuba teknik ini untuk siapkan kerja/belajar dengan lebih cepat...dan sistematik. 

Rujukan
  1. Wikipedia
  2. Med School Insider
  3. PsychologyThoughts
Terima kasih baca...

Review Blog Abam Kie (http://www.zukidin.com)

Asalamualaikum.

Alhamdulillah, malam ini diberi kesempatan untuk review salah seorang pemenang bloglist Najihah iaitu *bunyi drum* dipersilakan YB Abam Kie!

Nama Blogger: Encik Marzuki bin Zainuddin
Nama blog: Abam Kie Man of The House
URL Blog: http://www.zukidin.com/

Tel : +60129820100
E-mail : abamkie@yahoo.com
Location : Tanah Merah, Kelantan, Malaysia
Facebook : www.facebook.com/sirzuki
Instagram : www.instagram.com/abamkie
Twitter : www.twitter.com/abamkie


(Background sebenar transparent. Bukan warna kuning)

  1. First impression tengok blog tuan Abam Kie, wow blognya ada warna tersendiri iaitu warna biru. Lepas itu bila nampak gambar sendiri dekat header rasa kagum pula sebab tuan blog confident letak gambar sendiri. Confident!
  2. Kemudian, Abam Kie ada letak segmen banner Abam Kie yang akan berakhir pada 31 Jan 2019. Kalau korang belum join, apa tunggu lagi? Tekan link di sini ---> SINI
  3. Nak tahu Abam Kie ada banyak peminat atau tidak...? tengoklah betapa ramainya follower dia! Untuk Google + Follower ada 1200 Follower! dan untuk Blogger follower dengan jumlah 1268 orang. Wahhh...
  4. Banyak sangat post Abam Kie tentang sekolah, politik, masalah, bahasa dan banyak lagi di post label yang boleh kita semua baca.
  5. First post di blog Abam Kie adalah pada 23 November 2012 yang bertajuk 12 Cara Membahagiakan Suami Dalam hubungan Intim (bertag #Intimacy) dan latest post adalah pada 23 Januari 2019 dengan bertajuk Membuka Akaun BeeStar-I di Bank Muamalat. (bertag #Finance) 
  6. Banyak sangat konten yang menarik dalam blog tuan Abam Kie. Semoga blog Abam Kie semakin berjaya dan memberi bantuan untuk yang memerlukan. 
Terima kasih join segmen Najihah yang lepas. Jangan lupa untuk terjah blog Abam Kie!
Terima kasih baca!

Tuesday, 1 January 2019

Pizza Tahun Baru Bersama Roommate

Asalamualaikum. 

Belive or not. Najihah baru sahaja azam untuk tingkatkan post tentang makanan (sebab korang dengan makanan tak boleh berpisah kan...). Tiba-tiba roommate, Tashah ajak beli Domino. Hahaha apa lagi, order la.



Najihah order online. Nasib baik Domino boleh hantar sampai kolej. Hehe. Najihah dan Tashah beli pizza regular biasa sahaja. Sekadar nak meraikan tahun baru, 2 semester bersama, dan tinggal 2 final lagi. Huhu doakan kami tau. 

Satu pizza Aloha Chicken dan satu lagi pizza tuna. Semoga tahun 2019 ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Dan semoga semua perkara yang kita buat pada tahun ini dan tahun seterusnya semuanya kerana Allah. Kerana perbuatan tanpa redha Allah hanyalah sia-sia. 

Ujong Permatang, 7:14p.m

Gambar diatas gambar yang Najihah tangkap maghrib tadi. Gambar itu cantik tetapi menakutkan. Semoga kita semua dilindungi Allah selalu. 

"NEW BLOGLIST IN THE HOUSE" + PEMENANG

Asalamualaikum! Yeay alhamdulillah tamat sudah segmen Najihah. Najihah start buat bloglist selepas asar tadi hinggalah sekarang. Al-maklumlah Najihah lupa mana satu gadget dan terrrrbuat dekat gadget yang salah. 


Betapa gigihnya Najihah tulis nama semua orang dan letak link secara manual. Ya Allah...itulah lupa lagi mana satu gadget bloglist. Tapi apa-apapun usaha berhasil juga akhirnya. 


Tahun ini hanya 25 orang sahaja yang ada dalam bloglist Najihah. Tahniah... lepas ini kita cabut nombor siapa yang menang untuk blognya di review. 

Yeay siap juga akhirnya bloglist. Korang boleh tekan "showmore" untuk tengok blog korang tersenarai atau tidak ya...
Baiklah, sebelum kita tengok siapa pemenangnya... mari kita lihat poll yang Najihah ada buat. 


25 vote dalam 56 hari sahaja.

Nampaknya, ramai yang suka konten makanan dan review book + drama. Najihah saja buat poll nak tengok mana yang korang suka. Tetapi, bagi Najihah, Najihah akan tulis mengikut keselesaan Najihah. Kerana tiada guna menulis konten yang kita kurang gemar bukan? Tapi apa yang pasti tahun ini 'mungkin' Najihah lebihkan menulis untuk konten makanan dan review buku Insyallah. Mungkin ok. Hehehe. Apapun terima kasih kerana ikut syarat syarat yang disyaratkan (eh). Ini dia number list korang mengikut giliran komen di post segmen sebelum ini. 

YOUR LIST NUMBER

1-Miss Mulan
2-Yun Sing
3-Syah Banu
4-Cik Tie
5-Farhanna Jafri
6-Mia Liana
7-Abam Kie
8-Cik Kaella
9-Jamil Hashim
10-Shirven 
11-Nur Izatie
12-Adda Comel
13-Shuhaida Saad
14-Nurin Irsalina
15-Misya (Aimi Syahirah)
16-Cikla Shahril
17-Cik Ash
18-Mamapp
19-Intan Saffyna 
20-Tiara Sapphire
21-Shikin Razali
22-Yeaslmn
23-Sayidah Napisah
24-Nadia Hakimah
25-Ejulz


Baiklah jom! kita berpindah pada pemilihan 2 pemeneng untuk blognya direview. Pengumuman, Najihah tukar Google Generator kepada Random.org tau. Lebih senang nampak gayanya hehe. Ok jom tengok Random.org 

Uish..korang tak sabar nak tahu siapa pemenang? Tunggu yaaa

TAHNIAH KEPADA EJULZ

dan

DAN ABAM KIE 

Pada mulanya Najihah terkejut dua-dua pemenang lelaki. Insyallah Najihah akan review blog tuan-tuan selepas Najihah habis final. Terima kasih kepada semua orang yang join. Korang tak rugi apa-apa sebab still dimasukkan dalam bloglist. Insyallah. 

HAPPY 2019 and HAVE A NICE DAY EVERYONE!
(yess siap juga akhirnya....yeah!)