Tuesday, 29 January 2019

Cara Belajar Menggunakan Teknik Pomodoro

Asalamualaikum.


Pengenalan
Teknik Pomodoro diasaskan oleh Francesco Cirillo pada akhir tahun 1980 an sebagai alat pengurusan masa. Teknik ini memberi masa 25 minit untuk lakukan sesuatu kerja dan berehat 5 minit seterusnya. Ia akan berulang sehingga kerja yang kita lakukan itu siap. Setiap selang masa itulah yang dipanggil sebagai Pomodoro, dari bahasa Itali dan bermaksud tomato. Kaedah ini banyak digunakan bukan sahaja untuk belajar, tetapi membuat sesuatu kerja dengan lebih efisien. 

Najihah sering guna teknik ini untuk belajar dengan lebih fokus dan aktif. Lagi-lagi menjelang final. 
Jadi apa yang korang perlu buat adalah sediakan satu buku nota atau kertas. Tulis kerja-kerja yang belum siap. Najihah bagi contoh di bawah ini.


What to do? (Study)
{Untuk (study) punya version adalah segala kerja-kerja rumah atau subjek-subjek yang Najihah nak belajar dan siapkan untuk hari ini} Contohnya...
  1. Belajar Fiqh Muamalat
  2. Buat Latihan Past Year Question 5 Soalan

What to do? (House)
{Untuk (house) adalah seperti kerja-kerja rumah Najihah yang belum siap dan selain pastikan perkara tersebut adalah perkara yang selain daripada perkara belajar} Contohnya...
  1. Gosok baju untuk ke kelas x3 
  2. Balut buku
Baiklah. Untuk lebih mudah, pertama sekali korang perlu download app Pomodoro. Ada banyak app pomodoro samada yang berbayar atau tidak. Sekiranya berkemampuan, boleh beli yang berbayar. Tetapi Najihah, Najihah cuma guna app yang free. Never the less, app itu juga banyak membantu Najihah.

Download App 

Kemudian, jom start belajar!

25 minit pertama - Belajar Fiqh muamalat 
5 minit rehat - Gosok baju 1
25 minit kedua - Belajar Fiqh Muamalat
5 minit rehat - Gosok baju 2
25 minit ketiga - Past Year Question 1
5 minit rehat - Gosok baju 3

[Kadang-kadang ada orang rasa leceh dan membazir elektrik bukak tutup bukak tutup iron. Korang boleh adjust dengan sendiri masa. Contohnya untuk lima minit pertama, gosok semua baju sampai habis. Kemudian seterusnya buat seperti biasa. Benda ini perlu diubah masa ke semasa bagi penyesuaian situasi]

25 minit keempat - Past Year question 2
15-25 minit rehat - Balut buku [Selepas 4 Pomodoro, biasanya akan ada satu tempoh rehat yang lama seperti 15 minit/25 minit] 
25 minit kelima - Past Year Question 3
5 minit rehat - [Kalau malas nak rehat, boleh sahaja sambung belajar]
25 minit keenam - Past Year Question 4
5 minit rehat- Tengok Internet
25 minit ketujuh - Past Year Question 5

Siap! Maka, Najihah hanya mengambil masa 175 minit dan 50 minit untuk rehat dan selesaikan semua benda dalam masa 3 jam lebih. Hebat tak hebat?

Belajar Fiqh Muamalat DONE
5 Past Year Question DONE
Gosok 3 baju DONE 
Balut buku DONE
Kebaikan Teknik Pomodoro
  1. Teknik Pomodoro ini adalah satu cara untuk melatih otak kita menjadi lebih fokus dalam belajar. Otak kita ini adalah otot-otot. Apabila kita memaksa untuk terus belajar tanpa henti, otot atau otak kita menjadi lemah. Di mana ia akan memberi kesan kepada pembelajaran kita.  
  2. Kita perlu juga melatih otak kita dengan menggunakan teknik ini setiap hari. Bukan sahaja sebagai alat untuk belahar, tetapi untuk kegunaan aktiviti seharian juga. Jadi, apabila otak sudah terlatih, maka waktu final nanti tidaklah kita terasa penat semasa belajar!
  3. Apabila kita serius dan fokus dalam menggunakan teknik ini. Banyak sebenarnya perkara yang kita boleh siap lakukan tanpa tertangguh. 
Bagi Najihah, menggunakan teknik Pomodoro ketika belajar membuatkan Najihah lebih fokus. Najihah tekad untuk tumpukan sepenuhnya 25 minit untuk belajar dan lima minit seterusnya rehat dengan mendengar lagu dan semua itu akan berulang sehingga Najihah siap kerja... Namun, semua orang ada cara belajarnya sendiri. Kena cari sahaja mana teknik yang baik dan tepat untuk diri sendiri. Apa-apapun korang boleh cuba teknik ini untuk siapkan kerja/belajar dengan lebih cepat...dan sistematik. 

Rujukan
  1. Wikipedia
  2. Med School Insider
  3. PsychologyThoughts
Terima kasih baca...

1 comment:

Anis Hayati said...

nice sharing. Kita tak tahu tentang teknik. Boleh apply time kerja nie. Thanks shared