Thursday, 31 January 2019

La La La Vie En Rose

Asalamualaikum.


Just random stuff here. Kalau korang perasan, Najihah dah tukar background dan header yang baru. Adik aku cakap blog aku nampak keremajaan gitu. Apa-apapun dah tukar template rasa bersemangat sikit nak tulis. Sikit je hahaha.

So cuti ini buat apa? Najihah macam biasa kemas rumah, masak, basuh baju ect. Walaupun nampak cliche aktiviti cuti ini banyak sebenarnya Najihah belajar benda baru. Aku belajar cara tukar gas. Belajar masak Gulai Nenas buat kali pertama! Belajar beranikan diri bawa kereta jauh-jauh.

Alhamdulillah Najihah dah improve sikit bila bawa kereta. Kalau dulu Najihah tak boleh bawa kereta sambil dengar radio. Tapi alhamdulillah sekarang dah ok. Boleh fokus dan multitsaking kah kah.

Kalau bab bab kpop, Najihah adalah Woollim stan. Dan tahun lepas, masa tengah study week tak silap, Golden Child ada buat MV untuk lagu I See You. First minute macam wowww diorang dancing sambil tutup mata! Smart weh...


Lepas itu, lately ini aku ketawa banyak sebab tengok variety show Korea yang ada Super Junior. Dari weekly idol, Super TV hingga Knowing Brother. Lawak weh. Kalau tentang drama, Najihah tengok Drama Lawless Attorney yang dilakonkan oleh Lee Joon Gee dan Seo Ye ji. Cerita itu memang plot twist betul!

Lagu tempatan yang aku suka lately ini adalah lagu Faizal Tahir - Bisa Aja. Best!!! Lagu Faizal tahir memang tak pernah tak best! Tak boleh move on dengan lagu BUTA dan RAGAMAN. Huhu.


Have a nice day...

No comments:

Post a Comment