Sunday, 17 February 2019

New Semester, New Me, Three Resolutions

Asalamualaikum.


Hello. It nice to be back blogging. If you are UITMinians (lol) you will know that we have received our own result. Congratulations to those who get the result with flying colours and to those who were studying the hardest but still not achieved their goals result. It's okay. You have worked hard and deserved the compliments. Let's do our best for the upcoming semester. Fighting! I know it is hard to accept it (results) but let's just keep moving forward and being more optimistic about the future. All you have to do is start now and believe in yourself more.

So the upcoming semester will be my third semester at university. Without Allah's help and family's pray I am sure I cannot survive in this field. Seriously. And, I thought deeply about myself. Adulting. <--- It is so hard. But I'll not give up. May I be more dependent...

My 3 Resolutions For This New Upcoming Semester.

1) Eat healthier. 
I want to avoid eating Maggi and Ramyun. And definitely, to make to sure I eat before going to class. 
2) Study More + Reward Myself + Mutabaah Amal
3) Commit to Exercising

Saturday, 9 February 2019

Selamat Datang Kuntum Kedua!

Asalamualaikum.


Wahhh hari ini kuntum ros kedua Najihah dan mekar! Seronoknya! Alhamdulillah... akhirnya berkembang juga...Yang kiri gambar sebelum. Yang kanan gambar selepas. Maknanya Najihah berjaya jugalah jaga bunga ros ini kan? Hehe...

Terima kasih baca!

Kebaikan Makan Kek?


Jangan risau... bukan kek sahaja boleh yang tambahkan berat badan korang. Korang boleh makan Nasi Lemak tiap-tiap hari, makan makanan berat setiap kali korang ke dapur dan tingkatkan makan gula dan makanan manis setiap malam. Huhu //justjoking

No! don't do that ok? Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang ya...


Siapa Ada Gigi Senyum


Siapa tak senyum, tak ada gigi lah tu. Eh. //justjoking credit

Movie Ani Tomo yang 'awkward' dan 'cute'

Asalamualaikum.

Ini adalah movie pertama yang aku tengok tahun ini. Cerita dia cliche macam movie dan drama jepun biasa tetapi watchable lah bagi Najihah. Dalam bahasa inggeris nama movie ini adalah brother's friend. Dalam bahasa jepun, Ani tomo. Ani bermaksud abang. Tomo bermaksud kawan. So kalau gabungkan 2 perjataan itu jadilah kawan abang... bukan abang kawan ya hahaha. Ok director ceerita ini adalah Ryo Nakajima. Ini first time Najihah tengok movie arahan dia. 


Menurut AsianWiki, Sota Nishino yang dilakonkan oleh ryusei Yokohama adalah seorang lelaki yang kacak dan terkenal di sekolah. Dia berjumpa dengan Mai yang dilakonkan Risaki Matsukaze, adik kawannya Yukihiro Nanase. Mai adalah pelajar sekolah menengah dan seorang yang naif. Sota bagi tahu kat kawannya yang adiknya comel dan Mai terdengar perbualan itu. Maka mulalah bibit-bibit percintaan mereka apabila keduanya bergaul.

Bagi Najihah, kalau nak bagi bintang, Najihah bagi ⭐⭐⭐/5. Not bad lah kan? Cerita ini memang lawak. Sebab keduanya memang noob. Dalam cerita ini watak abang Mai yang Najihah paling suka. Memang wahhhh... Cerita ini oklah kalau ada sesiapa yang tak expect tinggi. Sebab jalan  cerita dia mudah dan simple je. 

Drama ini adalah aplikasi dari manga oleh Modomu Akagawara. Dan kalau nak tahu, cerita ini adalah cerita pertama yang dilakonkan Ryusei Yokohama. Maknanya first premiere dialah... lakonan dia ok sahaja. Dan! dan! pertama kali bila Najihah tengok movie ini... Lead actress iaitu Rizaki Matsukaze muka dia sama macam Kim Sohyun kalau Risaki rambut panjang... comel!

Rujukan - AsianWiki

Thanks for reading!

Friday, 8 February 2019

Drama Korea Yang Ditunggu-tunggu - Touch Your Heart

Asalamualaikum.

Yeay akhirnya keluar juga drama yang ditunggu-tunggu Najihah iaitu Touch My Heart yang dilakonkan oleh Yoo In Na dan Lee Dong Wook. Drama ini berdasarkan webnovel yang diterbitkan oleh KakaoPage pada tahun 2016 yang lepas. Drama ini mula bersiaran di kaca tv pada 6 February 2019 di tvN. 




Drama ini mengisahkan tentang pelakon perempuan yang dilakonkan Yoo In Na dengan wataknya Oh Yoon So. Dia adalah seorang pelakon yang terkenal dengan kecantikannya dan ketidakmahiran dalam berlakon. Dia juga sering terlibat dalam skandal menyebabkan dunia hiburannya jatuh mendadak. 

Pada suatu hari, Oh Yoon So mendengar ada penulis skrip terkenal mahu mengambilnya berlakon sebagai watak utama dalam drama bersiri. Watak lakonan itu sebagai setiausaha untuk seorang peguam. Jadi, untuk meningkatkan lagi skill dan pengalaman, juga salah satu syarat untuk dia dapat jadi watak utama. Oh Yoon So dikehendaki untuk menjadi setiausaha bagi peguam yang dilakonkan oleh Lee Dong Wook sebagai Kwon Jung Rok. Watak Kwon Jung Rok adalah seorang yang sombong dan sejuk hati. Namun, atas permintaan boss nya nak tak nak dia perlu terima Oh Yoon So menjadi setiausahanya selama 3 bulan. Walaupun Kwon Jung Rok tidak mahu. 

Kalau korang peminat Goblin, mesti korang tahu dua orang pelakon ini telah bekerjasama sebelumnya. Wahhh diorang berlakon lagi dalam drama yang lain!

Najihah dah tengok first episode. Memang lawak weh! Lagi-lagi bila one of the scene itu dalam Descendents of The sun. Wahhhh nostalgiaaaaaaaa.... [For your information, I 💕 Descendent of The Sun + Goblin + Witch Court. Nak berlagak sikit- Najihah tengok ketiga-tiga cerita ini sebelum dia popular lagi! Hahaha bongkak kau Najihah!] Jangan triggered eh. 


Part ini aku tengok, keluarlah fangirling seorang bernama Najihah. Aduh! rasa nak ulang sahaja cerita DOTS (Descendent of The Sun) SongSong Couple... {Picture by KissAsian}

Lepastu ada cameo oleh Jang Ki Yong! Kalau korang pernah baca sebelumnya, Najihah pernah tengok drama Korea Come and Hug Me. Watak lelaki itu adalah Jang Ki Yong. Memang JKY pandai expressed feeling dalam drama Come and Hug Me. Lepas itu dia buat cameo dalam cerita ini! aduhhhh kenapa banyak fav Najihah ada dalam cerita ini? Nasib ada drama yang best keluar bulan ini. Inilah drama yang ditunggu tunggu Najihah! Selamat menonton!

Rujukan
  1. AsianWiki
  2. Wikipedia
Terima kasih baca! 

Thursday, 7 February 2019

Kaktus dan Bunga Ros

Asalamualaikum.

Pada cuti hari raya cina yang lepas, Najihah dan keluarga ke Cameron highlands. banyak sangat bunga-bunga dan pokok kaktus comel yang ada di sana. Alhamdulillah Najihah diberi lagi kepercayaan ibu abah untuk menjaga pokok-pokok ini. Lepas itu, tambah lagi kepercayaan ibu untuk Najihah sendiri menjaga Pokok Bunga Ros. Semua orang percaya Najihah boleh jaga bunga ros dan kaktus itu. Tetapi...
Najihah percaya dengan diri sendiri tak?

Hahaha entahla. 50 percaya 50 takut Najihah terbunuh tanaman comel itu. Sebab itu Najihah bagi tahu siap-siap dekat tanaman itu, Wahai tanaman-tanaman ku. Sesungguhnya Najihah ini kurang berkebolehan untuk menjaga korang. jadi korang kena kuat tau. Najihah pun cuba banyak belajar tentang jenis kaktus dan apa yang perlu dibuat. Tapi jangan risau Najihah akan menjaga korang dengan penuh kasih sayang. Satu je Najihah pinta. Live! Hiduplah!

Oh by the way mari Najihah memperkenalkan pokok-pokok Najihah... Semuanya ada 12 kaktus dan 1 pokok bunga ros. Najihah pun sekarang tengah berjinak-jinak nak belajar tentang pokok-pokok ini. Semoga tanaman Najihah ini terus berjuang hidup. Najihah pun perlu berusaha keras untuk menjaga diorang. Bertahanlah wahai pokok-pokok comel dan Najihah!

    

   

Review Blog Ejulz (http://ejulz.blogspot.com)

Asalamualaikum.

Blogger yang Najihah nak review ini, sangat sangat peramah orangnya. Banyak post dikomen blogger ini. Mesti ramai juga tahu siapa gelaran blogger ini... iaitu Ejulz! *bunyi tepukan sikit* 


  1. First Najihah nak minta maaf kerana lambat sangat review blog Ejulz. 
  2. Tak tahu kenapa, tetapi bila Najihah selalu tengok header Ejulz, terasa macam wow... [tak boleh describe perasaan itu] Semoga Ejulz dan keluarga Ejulz bahagia di dunia dan diakhirat. Dilimpahi rahmat yang banyak dan berjaya di setiap perkara yang dilakukan...
  3. Dalam blog Ejulz, ada tapak sewa iklan. Jadi kepada sesiapa yang menjual produk-produk dari makanan hingga pakaian boleh sewa dekat blog Ejulz. 
  4. Latest post pada 7 February 2019 dengan bertajuk "Apakah ini?". So kalau korang curious apakah itu boleh usha-usha blog Ejulz tau! http://ejulz.blogspot.com/
  5. Kalau ada nak bekerjasama dengan Ejulz boleh email Ejulz di ( asrul_harian@hotmail.com )
  6. Banyak sangat Ejulz share tentang isu semasa, iklan, info ilmiah dan sebagainya. Korang boleh tekan di labels gadget sebelah kanan blog. Senang sahaja! Jangan lupa baca juga ya!
  7. Follower Ejulz sangat ramai iaitu 2061 orang. Semoga mereka yang follow ini terus support Ejulz dalam menulis. 
  8. Post pertama ejulz adalah pada tahun 2010 (18 November 2010) dengan bertajuk My First Word. Waaah lama betul Ejulz ini menulis. Teruskan berkarya!
  9. Terima kasih kerana selalu singgah blog Najihah walaupun tak aktif sangat. Terima kasih juga join segmen bloglist Najihah yang tidak seberapa. 
Terima kasih baca! Jangan lupa selalulah berkunjung ke blog Ejulz, Abam Kie dan Najihah! 

Friday, 1 February 2019

Fav Momento Return of Superman Ep 261

Part yang pertama yang paling paling paling aku suka bila Sungjae tolong Sian tolak Sua. Najihah memang kagum dengan perbuatan yang dibuat sungjae (tolong Sian). Pssst, walaupun Sian tak tolong Sungjae pada mulanya [No hate ok] Tapi itulah, Sungjae dari kecil lagi ada sifat balas kasihan yang tinggi. Comel dan bagus Sungjae ini... harap-harap dia kekal lama sikit dekat Return of Superman. 

Part yang kedua apabila Sian cuba tahan air mata dan tidak menangis. That's the spirit boy! Boleh sahaja Sian nak menangis tetapi budak-budak itu dah berjanji tak mau nangis. Sian ini ada spirit macam ayah dia. Competative. Tak mudah menyerah kalah. Sebab itu bila dia kalah dengan Sungjae dia down dan terasa nak nangis. So cute... It's okay Sian... You can do it! Lepas itu terharu dekat ayah Sungjae, Jiyong yang cuba comfort Sian. 

Bila Sian mula menangis, kakak-kakak Sian, Sua dan Seola peluk Sian. Dan Sungjae join sekali peluk Sian. Moment ketiga yang Najihah suka! Everyone love you Sian... Alolololo

Paling lawak bila Sungjae tipu Donggook nak ajak Sian pergi tandas. Padahal nak melencong tempat lain. Sungjae...Sungjae... Ya, tak elok Sungjae tipu tapi demi nak comfort Sian, Sungjae sanggup buat macam itu. Lagi-lagi bila Sungjae kata "If you cry, it makes me feel bad" Nampak tak betapa tingginya balas kasihan dia dekat Sian. Tabik!

Terima kasih baca!