Friday, 8 February 2019

Drama Korea Yang Ditunggu-tunggu - Touch Your Heart

Asalamualaikum.

Yeay akhirnya keluar juga drama yang ditunggu-tunggu Najihah iaitu Touch My Heart yang dilakonkan oleh Yoo In Na dan Lee Dong Wook. Drama ini berdasarkan webnovel yang diterbitkan oleh KakaoPage pada tahun 2016 yang lepas. Drama ini mula bersiaran di kaca tv pada 6 February 2019 di tvN. 




Drama ini mengisahkan tentang pelakon perempuan yang dilakonkan Yoo In Na dengan wataknya Oh Yoon So. Dia adalah seorang pelakon yang terkenal dengan kecantikannya dan ketidakmahiran dalam berlakon. Dia juga sering terlibat dalam skandal menyebabkan dunia hiburannya jatuh mendadak. 

Pada suatu hari, Oh Yoon So mendengar ada penulis skrip terkenal mahu mengambilnya berlakon sebagai watak utama dalam drama bersiri. Watak lakonan itu sebagai setiausaha untuk seorang peguam. Jadi, untuk meningkatkan lagi skill dan pengalaman, juga salah satu syarat untuk dia dapat jadi watak utama. Oh Yoon So dikehendaki untuk menjadi setiausaha bagi peguam yang dilakonkan oleh Lee Dong Wook sebagai Kwon Jung Rok. Watak Kwon Jung Rok adalah seorang yang sombong dan sejuk hati. Namun, atas permintaan boss nya nak tak nak dia perlu terima Oh Yoon So menjadi setiausahanya selama 3 bulan. Walaupun Kwon Jung Rok tidak mahu. 

Kalau korang peminat Goblin, mesti korang tahu dua orang pelakon ini telah bekerjasama sebelumnya. Wahhh diorang berlakon lagi dalam drama yang lain!

Najihah dah tengok first episode. Memang lawak weh! Lagi-lagi bila one of the scene itu dalam Descendents of The sun. Wahhhh nostalgiaaaaaaaa.... [For your information, I 💕 Descendent of The Sun + Goblin + Witch Court. Nak berlagak sikit- Najihah tengok ketiga-tiga cerita ini sebelum dia popular lagi! Hahaha bongkak kau Najihah!] Jangan triggered eh. 


Part ini aku tengok, keluarlah fangirling seorang bernama Najihah. Aduh! rasa nak ulang sahaja cerita DOTS (Descendent of The Sun) SongSong Couple... {Picture by KissAsian}

Lepastu ada cameo oleh Jang Ki Yong! Kalau korang pernah baca sebelumnya, Najihah pernah tengok drama Korea Come and Hug Me. Watak lelaki itu adalah Jang Ki Yong. Memang JKY pandai expressed feeling dalam drama Come and Hug Me. Lepas itu dia buat cameo dalam cerita ini! aduhhhh kenapa banyak fav Najihah ada dalam cerita ini? Nasib ada drama yang best keluar bulan ini. Inilah drama yang ditunggu tunggu Najihah! Selamat menonton!

Rujukan
  1. AsianWiki
  2. Wikipedia
Terima kasih baca! 

3 comments:

Nurulatika Yunus said...

Lamanya Nurul x dtg blogwalking huhu.. dah bertukar template rupanya~

Carly Fifie said...

Blogwalking here ~ :)

Mrs Liez said...

kak liez tgk dah DOTS..best sbb hero dan heroin kira kak liez leh terimala..
touch your heart ni belum tgklagi sbb tgh jatuh hati dgn cerita lakonan ji sung dan Jung eum dlm secret love dan kill me heal me..duk repeat 2 drama ni dah 3kali...nnt nak tgk touch your heart pulak