Thursday, 7 February 2019

Kaktus dan Bunga Ros

Asalamualaikum.

Pada cuti hari raya cina yang lepas, Najihah dan keluarga ke Cameron highlands. banyak sangat bunga-bunga dan pokok kaktus comel yang ada di sana. Alhamdulillah Najihah diberi lagi kepercayaan ibu abah untuk menjaga pokok-pokok ini. Lepas itu, tambah lagi kepercayaan ibu untuk Najihah sendiri menjaga Pokok Bunga Ros. Semua orang percaya Najihah boleh jaga bunga ros dan kaktus itu. Tetapi...
Najihah percaya dengan diri sendiri tak?

Hahaha entahla. 50 percaya 50 takut Najihah terbunuh tanaman comel itu. Sebab itu Najihah bagi tahu siap-siap dekat tanaman itu, Wahai tanaman-tanaman ku. Sesungguhnya Najihah ini kurang berkebolehan untuk menjaga korang. jadi korang kena kuat tau. Najihah pun cuba banyak belajar tentang jenis kaktus dan apa yang perlu dibuat. Tapi jangan risau Najihah akan menjaga korang dengan penuh kasih sayang. Satu je Najihah pinta. Live! Hiduplah!

Oh by the way mari Najihah memperkenalkan pokok-pokok Najihah... Semuanya ada 12 kaktus dan 1 pokok bunga ros. Najihah pun sekarang tengah berjinak-jinak nak belajar tentang pokok-pokok ini. Semoga tanaman Najihah ini terus berjuang hidup. Najihah pun perlu berusaha keras untuk menjaga diorang. Bertahanlah wahai pokok-pokok comel dan Najihah!

    

   

1 comment:

yeaslmn said...

Cantik3 nya pokok kaktus! Hehe