Saturday, 9 February 2019

Movie Ani Tomo yang 'awkward' dan 'cute'

Asalamualaikum.

Ini adalah movie pertama yang aku tengok tahun ini. Cerita dia cliche macam movie dan drama jepun biasa tetapi watchable lah bagi Najihah. Dalam bahasa inggeris nama movie ini adalah brother's friend. Dalam bahasa jepun, Ani tomo. Ani bermaksud abang. Tomo bermaksud kawan. So kalau gabungkan 2 perjataan itu jadilah kawan abang... bukan abang kawan ya hahaha. Ok director ceerita ini adalah Ryo Nakajima. Ini first time Najihah tengok movie arahan dia. 


Menurut AsianWiki, Sota Nishino yang dilakonkan oleh ryusei Yokohama adalah seorang lelaki yang kacak dan terkenal di sekolah. Dia berjumpa dengan Mai yang dilakonkan Risaki Matsukaze, adik kawannya Yukihiro Nanase. Mai adalah pelajar sekolah menengah dan seorang yang naif. Sota bagi tahu kat kawannya yang adiknya comel dan Mai terdengar perbualan itu. Maka mulalah bibit-bibit percintaan mereka apabila keduanya bergaul.

Bagi Najihah, kalau nak bagi bintang, Najihah bagi ⭐⭐⭐/5. Not bad lah kan? Cerita ini memang lawak. Sebab keduanya memang noob. Dalam cerita ini watak abang Mai yang Najihah paling suka. Memang wahhhh... Cerita ini oklah kalau ada sesiapa yang tak expect tinggi. Sebab jalan  cerita dia mudah dan simple je. 

Drama ini adalah aplikasi dari manga oleh Modomu Akagawara. Dan kalau nak tahu, cerita ini adalah cerita pertama yang dilakonkan Ryusei Yokohama. Maknanya first premiere dialah... lakonan dia ok sahaja. Dan! dan! pertama kali bila Najihah tengok movie ini... Lead actress iaitu Rizaki Matsukaze muka dia sama macam Kim Sohyun kalau Risaki rambut panjang... comel!

Rujukan - AsianWiki

Thanks for reading!

1 comment:

  1. Tak pernah tengok.. Drama/filem jepun ini macam susah sikit nak masuk kecuali Kamen Rider.. kikiki..

    ReplyDelete