Sunday, 7 July 2019

Menjaga Rahsia dari Orang Tua?

Asalamualaikum.
Update: Najihah dah cuti sem! Yeay!


Hari ini Najihah nak membawang sikit tentang assigment English yang lepas. Tajuk artikel yang menarik untuk dikupaskan iaitu tentang Menjaga Rahsia dari Orang Tua: Kelebihan dan Kekurangan Kerahasiaan dalam Remaja. Ayat baku bukan? Salahkan Google transtlate. 


Disklaimer: Mungkin apa isi yang Najihah sampaikan tidak tepat 100% dengan apa yang artikel ini cuba sampaikan. Najihah just membawang mengikut kefahaman Najihah dan apa yang telah Najihah kaji. Jadi yang keruh dibuang yang jernih diambil. 

Sebenarnya, kami diberi tugasan untuk buat karangan esei dalam inggeris menggunakan sumber artikel. Dan artikel ini menjadi pilihan Najihah dan kawan Najihah. Pada mulanya Najihah menyesal sebab page artikel ini sangat banyak. Dan khuatir tak ada masa untuk analisis semua artikel ini. Tapi alhamdulillah banyak tak banyak kami siapkan juga. 

Artikel ini ditulis oleh Catrin Finkenauer, Rutger C. M. Engels dan Wim Meeus. Najihah respect dengan mereka sebab ulas tentang menjaga rahsia dari parents di mana mereka tak spektikal. Maksud Najihah, mereka tidak judgemental dalam penulisan dimana mereka juga mengkaji kebaikan DAN keburukan menjaga rahsia dari parents. Apa yang Najihah nampak, ada banyak artikel tentang betapa bahayanya menjaga rahsia dari ibubapa. Najihah tak kata yang perlakuan sebegitu 100% betul untuk dilakukan oleh remaja. Tetapi semua benda ada kebaikan dan keburukannya. Cuma yang mana dominant atau tidak sahaja. 

Setelah Najihah kaji artikel ini, menjaga rahsia bagi remaja sedikit sebanyak membantu mereka dalam perkembangan ke arah kematangan. Artikel ini cakap, menjaga rahsia perlukan kemahiran. Iaitu kemahiran mengawal diri. Remaja akan lebih independent di mana 'rahsia' yang mereka simpan perlu dijaga sekemas-kemasnya. Mereka akan belajar untuk simpan rahsia dan cuba tidak spilling the secret. Kemahiran ini juga atas faktor pengalaman dan umur. Contohnya, budak-budak seperti umur 6 tahun hingga 10 tahun mungkin akan terasa beban menjaga rahsia. Mereka rasa itu adalah satu kesalahan yang sangat besar walaupun mereka rasa mereka ada hak untuk menjaga rahsia. Namun, lain pula dengan remaja yang dianggan 'besar'. Mereka rasa mereka ini ada hak untuk mempunyai rahsia dan menjaga rahsia. Ada banyak lagi kebaikannya, tetapi sampai sini sahaja Najihah nak ulas. 

Nak dikatakan kat sini, keburukan menjaga rahsia lebih tertumpu kepada budak-budak. Kerana mereka rasa mereka masih kecil untuk menjaga rahsia. Dari situlah mulanya budak-budak stress, depress, terasa sunyi, emosi tidak stabil dan lain-lain. Ini juga termasuk dengan remaja yang besar. Keburukan menjaga rahsia di antara remaja yang besar adalah dari segi sosial kebanyakannya. Contohnya, mereka berahsia tentang markah keputusan ujian yang teruk, atau mempunyai teman wanita/teman lelaki tanpa pengetahuan ibubapa. 

Jadi nampak betapa menjaga rahsia juga mempunyai keburukan dan kebaikannya yang tersendiri. Dalam satu aspek menjaga rahsia mengajar untuk bertanggujawab dengan rahsia yang ada dan dalam pada masa yang sama juga ia sangat memberi kesan yang buruk. Walaupun ada kebaikannya, tidak semestinya menjaga rahsia amat 'dituntut' untuk dilakukan oleh remaja. Kalau mereka tidak buat salah, buat apa berahsia. 

Antara faktor mereka berahsia juga daripada ibubapa adalah disebabkan kualiti dengan kawan lebih banyak daripada kualiti masa dengan keluarga. Kalau bukan dengan kawan dengan diri sendiri. Mungkin dengan media sosial?

So, macamnilah kalau korang rasa simpan rahsia lebih baik makan simpanlah. Kalau korang rasa simpan rahsia itu membawa keburukan jadi berilah tahu kepada yang selayaknya. 

Najihah rasa, Najihah hanya terangkan 10% sahaja dari artikel ini. Tapi sekurang-kuranyalah korang tahulah sedikit sebanyak tentang artikel ini bukan? Kalau korang nak faham dengan lebih jelas dan lebih mendalam boleh baca artikel di bawah ini. Hanya tekan klik sahaja. Najihah rekomen untuk korang baca. Jangan terkejut kenapa ada statistik dalam artikel itu. :D Terima kasih mendengar bebelan Najihah. Bye!


5 comments:

  1. this is a good issue to be discuss.

    ReplyDelete
  2. Lebih baik berahsia daripada berbohong

    ReplyDelete
  3. tq najihah for sharing.. :)

    ReplyDelete
  4. Honestly tak suka simpan rahsia orang! hehehe :D
    .
    Nice sharing! ^^

    ReplyDelete
  5. menarikkk...saya suka berahsia ngn parents..

    mmg betul kita rapat dgn kawan2...tu faktor dia

    ReplyDelete