Monday, 10 February 2020

Post Blog Edisi Tak Boleh Tidur Disebabkan Kopi

E-Book atau Buku Fizikal
Ibu ada tegur tentang buku-buku aku yang berlambak di almari. Lagi-lagi sejak kebelakangan ini ada menaruh niat untuk beli buku yang lain. "Kenapa tak beli E-Book?" asked Ibu. So jawapannya adalah tak feel. Lagipun tidak banyak buku-buku yang menarik dekat online. Aku ada baca novel di Wattpad dan ia sangat menyedihkan. Banyak penulisan-penulisan yang tidak bermoral diterbitkan. Al-Maklumlah kerana di ditu semua orang boleh menulis. Menulis guna otak atau tidak sahaja. Aku ada cari inisiatif lain iaitu dengan pembelian buku online di Shopee. So far seller itu memang cepat balas dan sudah ada 5 buku online dalam laptop aku. Credit photo: Google



Buku Melayu tak banyak dalam bentuk online. Mungkin ada tetapi aku tak tahu sumbernya di mana. Otak seorang pelajar yang belajar pelaburan... kalau ada modal banyak memang aku nak melabur dekat syarikat buku online ini. 
Final Year Project & MUET
Disebabkan aku sudah nak masuk sem akhir. Pastilah ada FYP. Pensyarah suruh fikir tajuk awal-awal. So far dah ada 2 tajuk dalam perancangan. Relevan atau tidak itu tidak pasti. Dengan peningnya nak belajar MUET. Mulalah tidak semangat nak belajar. Buku sebanyak beratus muka surat itu belum aku hadam. Nak hadap FYP lagi. Fakta: Memang banyak kerja, banyak nak kena fikir. Solusi: Plan dan lalui sahaja. Ah kalaulah benda itu mudah seperti apa yang ditulis. 

Teh atau Kopi? Yang mana satu pilihan hati?

Teh. Aku minum kopi yang baru beli iaitu Agromas Kopi Putih Pracampur. Cover bungkusan ala-ala kopi dekat Old Town White Cofee aku rasa. Rasa dia boleh terima. Kaffeine dalam kopi itu tidak terlalu kuat. Kerana aku dah mula mengantuk walaupun baru minum beberapa jam yang lepas. Nak lawan dengan kopi Nescafe, memang Nescafe lagi kuat. Aku boleh minum kopi apa-apa tetapi kalau Nescafe aku akan consider dulu. Sebab aku pernah minum kopi itu dan tak tidur 1 hari. Boleh mengamuk aku dibuatnya. Nak cakap pasal teh, aku ada minum teh sabah dan memang recommended! Sedap! Tapi satu sahaja aku kurang suka tentang packaging teh ini. Tea Bag Teh Sabah ini terlalu fragile. Cepat koyak. Mungkin aku terlalu ganas? Ok. 

1 comment:

  1. teh.
    kopi.
    both feveret aida.
    but but but.. nescafe yg pertama la dlm list.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...