Thursday, 25 March 2021

#5 REVIEW BUKU | Terkaitnya Kita oleh Syaz Eym


Tajuk: Terkaitnya Kita
Penulis: Syaz Eym
Penerbit: Syihabudin Press 
Format: Paperback
Halaman: Hitam Putih
Muka Surat: 132
Tarikh Penerbitan: November 2020

Book Blurb:
"Percayalah, sesungguhnya semua kisah-kisah hidup ini ada perkaitannya. Sama ada kita percaya atau pun tak saja. Satu cerita, banyak episodnya. Begitulah hidup ini, pelbagai rasa, pelbagai warna. Kerisauan, kehilangan, kekecewaan, penyesalan akan berselang-seli dengan kebahagiaan dan gelak tawa yang sesungguhnya memberikan pengalaman dan pengajaan meniti kehidupan." 

My Rating: ★★★★☆/5
Review:
Ini adalah buku kompilasi beberapa cerpen dan ceritanya berkait antara satu sama lain. 
Baru baca cerpen pertama dah kena 'main' dengan penulis. Plot twist dan suspen untuk cerpen pertama memang mantap membuatkan saya nak baca cerpen-cerpen seterusnya. Ramai watak, banyak jugalah ragamnya membuatkan kehidupan karakter-karakter dalam buku ini lebih menarik...dan sedih. Baca buku ini pasti akan membuatkan perasaan pembaca bercampur-baur dan yang paling menarik, semua watak dalam ini ada spotlight masing-masing. Bila habis baca cerpen yang terakhir barulah pembaca akan dapat gambaran yang jelas susunan plot dan watak. Kalau diberi pilihan untuk memilih watak mana yang paling saya suka, saya akan pilih Sadah. Seorang kakak yang mithali dan mengutamakan keperluan adiknya melebihi dirinya. 

Untuk karya sulung penulis, saya mengucapkan tahniah kerana berjaya menyampaikan satu cerita yang luar dari kotak. Saya langsung tak dapat nak agak apa yang akan jadi seterusnya sepanjang pembacaan. Memang best! dan recommended! Terima kasih juga kepada penulis kerana menghadiahkan buku ini kepada saya. Saya amat menghargainya. Buku Terkaitnya Kita boleh didapati di Shopee atau boleh berhubung dengan penulis sendiri melalui Instagram @syazni_eim atau di blog penulis syaznirahim.com

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...